Pembaca Blog Ini...

Saturday, July 18, 2009

Sudah masak...

Ingat tak entri pasal depan rumah abah ada pokok rambutan?

Alaaaa.... ada kan hari tu kan, saya ambil gambar
dengan rambutan hijau-hijau lagi sebab belum masak tu.

Ingat tak?

Tak pe laaa kalau tak ingat. Meh klik sini untuk kisah rambutan itu..


Semalam, suami saya pergi solat Jumaat dekat kampung dia.
Dia menyinggah ke rumah abah..

Haa.... rupa-rupanya dah masak dah pun rambutan depan rumah abah tu.
Dulu suami saya pernah kata yang rambutan tu tak lokoh..

Ewah-ewah...mentang-mentanglah buah-buahan,
nak jugak letak atas dulang gambar buah-buahan..

Suami saya bawakan sikit untuk saya rasa.
Suami saya kata ada banyak lagi kat atas pokok.
Tak dapat nak ambil sebab tinggi-tinggi.
Malas nak menggalah katanya.
Suami saya pula kan 'ala-ala' ringan je nak memanjat..
hehehe..

Waaaaaaaaaahh.....
Seronoknya dapat makan rambutan segar dari pokok!!
Maklumlah... saya kan 'orang Serdang'.
Mana nak dapat tengok rambutan merah penuh satu pokok tuuu!!!

No comments: