Pembaca Blog Ini...

Sunday, August 2, 2009

Astro oh Astro...

Hai.. semua..
Sila abaikan NOTES saya di sebelah nun yang kata saya tak nak update blog dah..

Kami dah tukar pakej Astro.
Ambil yang paling murah..
RM37.95 laa..



Suami saya kata orang kat kaunter tu, senyap je bila kata nak tukar pakej.
Entah-entah sebelum kami ada ramai lagi kot yang datang nak tukar pakej.
Hahahah.. padan muka Astro!
Sape suh naik harga pakej SUPERSPORT tu?
Tak kuasek nak membayar nya.


Kalau tak tukar basic pakej ni, bulan2 kena bayar RM70.++
Bukan berkira mana pun, tapi bagi kami servis Astro tidak begitu memuaskan hati.
Dan tidak berbaloi membayar begitu banyak untuk perkhidmatannya!
Baik pi makan lagi bagus!! Hahaha.. kata tengah diet?
Ini pengalaman saya lah.. Orang lain saya tak tahu laaa...

  1. Dah lah cerita yang sama diulang-ulang lebih lapan ploh lapan kali....Mula-mula tu, kami boleh bersabar lagi... tapi, lama-lama ni.. tak boleh jadi ni.
    Harus jiwa memberontak ni...
  2. Bila hujan sikit je tak leh nak tengok! Kadang-kadang angin kuat sikit.. haaaaa mula laaa dia buat hal!
  3. Bila terlambat bayar sikit, laju berdesup je nak potong! Ada satu masa tu kan, suami saya terlupa nak bayar bil. Bila banyak kerja nak diselesaikan, mesti terlupa 1-2 perkara. Astro dok call, call, call suh settle kan. Kalau tak bayar immediately, dia nak potong. So, suami saya ni gigih laaa bayar pagi tu jugak.
  4. Dah bayar pagi pun, malam tuuu dia potong juga... Dah lah kita dah bayar pun dia potong juga,
  5. lepas tu.. dia nak menyambungkan semula pun, di charge nya RM20. Padahal dia online je kan, bukan kena datang-datang tempat kejadian pun.
  6. Lagi satu hal, pernah siaran kat rumah saya tak dapat.Call Astro huh.. payah nye nak dapat. Engaged laaa... Orang tak angkat laaaa.... Bila dah angkat tu, macam-macam laaa di pot pet kan.. Suruh tekan itu, suruh tekan ni.. Dekat sejam lebih suami saya duk bergayutan di
  7. Lastly, siaran tak jugak dapat. Bila agen dia datang, haaaa.. apa lagi, sila bayar.. sila bayar...(namapun siaran televisyen berbayar)
  8. Mentang-mentang lah tak de saingan, sesuka hati je nak bubuh kat bil tu "new charge"
Hampagas sungguh..
Ada ke patut? Tak patut betul kan?





~uiii.. makin difikir, makin menyampah je dengan Astro ni!

Saya ni kalau tak fikirkan duduk ceruk rantau ni, dah lama saya terminate je Astro ni.
hah.. tengok laaa RTM dengan TV3 dan sewaktu dengannya je.
Tapi, ye laaa.. kawasan rumah saya ni kalau tak pasang Astro,
jangan harap laaa nak dapat siaran-siaran yang lain tu.
Kalau dapat pun, sipi sipi je..
Terang tak terang je.
Kang tak pasal-pasal pula, kami laki bini kena gilir-gilir pegang entena..
ahhahahah

Tata...

9 comments:

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

betulla... mie pon tensi.. rasa nak terminate trus...
servis teruk ya amat..
kalau mendung je pon dah tak nampak dah citernyer...
citer mcm yg dicakapkan laa.. diulang ulang sampai dok hapal...

honeylanz said...

has kalu nk downgrade / upgrade subscribe just via phone aja...dulu has ambik yg 93.95 kut. lps tambang van ac naik rm5..kami cut cost..downgrade astro ambik yg 89.95..;)

dukerobin said...

Saya pun sokong isu puan rumah nie. Dia xde saingan pastu harga makin tinggi, rancangan tak berkualiti....asyik2 pusing2 cerita yang sama gak. Tu tak masuk lagi sapa yang melanggan Astro Warna tu.....sedih2. Saya pun nampak gaya kena batalkan chanel sport tu huhu.

Mrs LVoe said...

yup ramai org complaint. sha pun nk reduce & buang supersport tu. mbazir tul!

~ain said...

mie.. sampai dah hafal skrip nye kan.. lepas ni, boleh laaa kita pulak jadi pelakon drama di Astro.. hahahha

has.. ain kalau setiap kali call, mesti payah nak dapat.. perbelanjaan yang paling utama seharusnya laaa diutamakan dulu, kan.. Bagus laa Has ni.. Perancang ekonomi rumahtangga yang baik..

dukerobin.. terima kasih kerana sokong saya. jom! kita hantar memorandum tak pun merusuh depan pejabat astro.. hahaha ~ acah je.. Tak berani den..Kang kena sembur ngan gas pemedih mata.

sha.. ye laa membazir. duit bayar astro boleh simpan dalam bank.. menabung untuk masa depan....

~Eila @ Along~ said...

ye lah..br dpt surat dr astro mengatakan pakej kami tu dah naik jadi RM 115 setiap bulan...adoii...eila ade amik boxoffice dan movie..so cadangnya nak potongla box office tuu..7 filem je tayang selama sebulan...muak sehh bila bukak2 je asyik citer yg sama..

honeylanz said...

baru has tau paham nape ain ckp caj sport naik. td br g check surat. ayoyo.. astro kami jd rm100++...apa nk di cut lg nih....

~ain said...

Kak Eila.. 7 filem sebulan? oh too bad..!! Lepas ni Astro boleh buat game show Jangan Lupa Skrip pula laa sebab kita dah hafal dah skrip dalam filem yang ditayangkan lapanploh kali di Astro..

Has.. haaaa.. itulah maksud ain. Kalau tak perlu sangat SUPERSPORT tu boleh cut kat situ je, has.. Tapi, kalau hubby has jenis 'hantu sport' tak dapek laaa nak nolong eh.. apa-apapun bayran seharusnya berbaloi dengan mutu perkhidmatan laaaa, kan?

Anonymous said...

Jom ambik pakej basic