Pembaca Blog Ini...

Monday, August 24, 2009

Baru dua hari puasa kan?

Brupppp.. alhamdulillah..
Sahur pagi ni, masak nasi goreng bubuh kerang.
Macam tak sedap sangat sebab cili api tak dok.
Nak petik kat belakang, eeeee.... tak kuasek nak keluar pepagi buta..
(sebenarnya takut gelap.. hahahahhah)
Semalam kan saya tak sempat update blog.
Ada meeting nak kena attend laaa waktu tengahari.
Lepas tu, kelas laaaaa..
Student nak jumpa laaa..
Maklum laaa dah lama cuti, student pun ala-ala macam rindu kat saya..
ahahahahha.. (poyo jek ayat)
Tak de laaaa... kerjaya kan lebih penting. Itu amanah kan...

Keluar dari meeting room semalam...maksud saya pada 2 Ramadhan 1430H..

"Kito poso baru duo hari dok?" my boss tanya.

"A'ah.. Kenapa boss?"
saya ala-ala confuse.. Boss saya dah lupa ke baru dua hari puasa?
(mati laaaa kalau boss saya baca blog saya)

"Bakpo kawe kelih demo kuruh doh lo ni?"

"Eh.. tak de laaa....." ~ek eleh.. padahal suka..

Masa nak naik tangga,
"eh, ain.. akak tengok ain macam dah slim sikit. Nampak macam seksi sikit.."
~ aik? sikit-sikit je ke, kak? =p

"Eh, tak de laa kak... Biasa je laaa..."
~lari-lari sikit naik tangga sebab dah lewat nak pi kelas.
Orang lain bulan puasa balik 4.15 petang, saya pula boleh kata tetiap petang ada kelas..
Adooooi... takpe, boleh pi kerja lewat sikit..

Masa saya tengah kunci bilik nak pi kelas, seorang lagi bertanya....
"Kita puasa baru dua hari kan ain?"

"A'ah..."

pertanyaan seterusnya, biar lah rahsia (sambil nyanyi macam Dato' Siti Nurhaliza)
~lalalalalalalalalalalalalalalalalantak laaaaa orang nak kata apa pun kan?
Yang penting kita happy.....! (sambil nyanyi macam Amy Mastura pulak)


Ada beberapa entri saya dah autopublish untuk hari ni, esok dan lusa..


Dah..
Nak kejut encik suami.
Dia bangun sahur tadi, merah-merah bijik mata sebab mengantuk!
kemudian
nak solat subuh dan mengaji...

Tata..

6 comments:

honeylanz said...

best tu if org dah ckp kita kurus skit. has suka !

~ain said...

KENGKADANG orang sesaja je nak perli kan has.. tapi, tak pe laaa.. as long as kita bahagia.. sudah memadai..

zh-ena said...

kembang ajer hati kita kan bila ader org tegur kita dh kurus skit hehehehehe

puji la lg ~ dlm hati ajer la

~ain said...

ena.. itu laaa pasal nya.. hahahhha

Zura said...

sedap plak tgk telur mata kerbau tue...

~ain said...

zura.. haip.. haip.. mana boleh makan telur!! nanti gatal kaki!!