Pembaca Blog Ini...

Saturday, August 29, 2009

Beli baju raya sedondon lepas tu kena marah sebab duit tak cukup lagi RM2. Bukan nya saya sengaja! Nasib baik peniaga itu baik hati...

Baru balik dari Wakaf Che Yeh di KotaBharu.


Gile je buat keputusan last minute dengan cik abang saya.
Sebab bosan tak tahu apa nak buat, lepas tengok Nur Kasih..
Cik abang mengajak berjalan-jalan..

Ok, jom!! Pukul 10.30 malam baru bertolak dari Setiu.
Masa tu laaa nak pi cucuk duit, masa tu laa nak pi isi petrol.
Dalam perjalanan hujan renyai-renyai.

Sampai dalam pukul 12 sebab tak boleh bawa laju. Hujan!
Peniaga tak ramai malam tadi.
Mungkin sebab hujan kot.

Cik abang telah memberi baju raya atau lebih tepat lagi baju melayu.
Mula-mula kami decide nak pakai baju sedondon temanya maroon.
Tetiba, saya terluahkan isi hati kepada suami saya
yang saya tak suka maroon sebab warnanya tidak sesuai
dengan kulit saya yang tak berapa nak cerah ni.
Bila pakai maroon rasa macam suram je...
Lepas tu, kami bersetuju nak pilih warna..............
hmmm..nanti saya tunjuk laaa ye masa hari raya nanti..

Ok.. settle baju melayu cik abang.
Saya gatai nak beli jugak baju raya.
bla..bla..bla.. malas nak cerita,
saya pun ambil laa sepasang baju kurung warna sedondon.
Tetiba je masa nak bayar tu, baru saya perasan duit tak cukup lagi RM2.
Sebelum tu, saya dah tawar menawar dengan peniaga tu, dapatlaaaaa kurang RM10++.
Disebabkan tak cukup duit, saya pandang cik abang.
Nak dijadikan cerita......
Kebetulan pulak, cik abang pun cash in hand sudah betul-betul yileeeeeek.
Sesen pun tak dak!!!!!

Gilo.....
Saya pun rilek je cakap kat peniaga tu yang tak cukup lagi RM2.


Nasib baik peniaga tu ok.
"Tak pe laaa, sedekoh bule poso (sedekah bulan puasa)"

So, dah tak de duit kan? Apa lagi, balik laaaaa......
Macam mana nak buat ni, nak cucuk kat ATM masa tu dah pukul 1 pagi.
Mana ada ATM berfungsi pagi-pagi ni, kan?
Sengaja tak keluarkan banyak-banyak tadi sebab tau-tau je laaaa kan,
banyak dikeluarkan banyak laaaa 'terpaksa didermakan' kepada peniaga tu kang! =)
Saya pun sudah yileeek..
Cik abang pun sudah yileeeekk..
Nasib baik petrol dah isi penuh.
Boleh laaaaa nak balik rumah.
Cik abang saya dah plan tadi, nak sahur on the way balik.
Tapi, ni dah yileeeek dah masing-masing, macam mana??????

Cari dalam handbag, mana laaaa tahu ada duit cicir-cicir ke, selit-selit ke..
Pun tak de.. Sudah !!!!!!!
Dalam kereta ada syiling je.. Tak sampai RM10 pun.
Macam mana nak berhenti sahur?
Macam mana? Macam mana? Tolong bagitau saya!!!!

Cik abang kan ada masalah penyakit merepek bila lapar, kan?
Tapi, tadi dia tak merepek pula. Dia diam je.
Dia sound saya sikit je sebab tak check dulu sebelum nak beli...

Saya berkali-kali minta maaf sebab saya tau saya yang salah.
Mula-mula saya dok fikir jugak, macamana boleh tersalah kira ni?
Rupa-rupanya........
Saya tak ingat yang sebelum saya beli baju yang tak cukup RM2 tu,
saya dah singgah sebuah gerai membeli t-shirt.
Jadi, saya punya budget sememangnya dah terlajak. ~boleh pulak tak ingat!!

Ya Allah, sabar je laaaa..

Saya bukan malu ke apa ke dengan peniaga tu.
Lantaklah, kan.. Customer is always right, kan?
Lagipun, saya tahu dia memang dah untung banyak dah atas sepasang baju tu kan?
Saya cuma kesian kat cik abang sebab dia lapar
tapi, nak berhenti makan sahur tak de duit dah kat tangan.

Dalam perjalanan balik, kami diam je tanpa sepatah kata.
Merajuk laaa tu sebab tak boleh sahur on the way balik!
Saya takut loooooor bila cik abang saya marah.
Sampai je rumah, saya terus masak kan dia nasi goreng planta bubuh kerang banyak-banyak.
Lepas tu saya togok laaaa, oat sama susu je sebab nasi lebih berbuka tadi sikit sangat.
Kang tak puas makan kang, marah lagi.. Mati laaaaaa saya kang...

Sekarang,
cik abang sedang tidur kekenyangan nasi goreng kerang berlambak
dan milo panas.

Abang.. owang minta maaf sangat-sangat ye!!
Owang tak sengaja loor..
Harap salah silapku diampunkan laaa...

~Huarghhhhhhhhh.. mengantuk laaa!!
Nak kejut cik abang, solat subuh.
Kemudian nak bumbum..

Tata.. Selamat berpuasa untuk hari ke-8.
Semoga kita beroleh keberkatan dari-Nya!

6 comments:

honeylanz said...

ciannye. mesti rs terkilan sgt!
x pe bkn disengajakan.

zh-ena said...

biasa la tu selalu terjd kat ena gak..
tapi nsb baik la ain dpt pujuk uncle encem ngan msk n.grg kerang byk..

~ain said...

has, memang kita tak sengaja. tapi cik abang kalau nak marah ke merajuk ke dia pedulik apa.. hahhaha

ena.. dah bagi nasi goreng kerang banyak pun dia senyap je.. takut den..

~ain said...

has, memang kita tak sengaja. tapi cik abang kalau nak marah ke merajuk ke dia pedulik apa.. hahhaha

ena.. dah bagi nasi goreng kerang banyak pun dia senyap je.. takut den..

Zura said...

nasib baik bulan pose...klau bln lain sure peniaga tue xkasi sedekah kot...hehehhe...

~ain said...

zura.. kalau bulan lain, kena hambat je laaa dek peniaga tu.. kah kah kah