Pembaca Blog Ini...

Thursday, August 27, 2009

Renungkan.. Fikir kan....

Ada orang tuuu kan, dia kan, kena kan, belanja saya tau!!!
Tak yah belanja memahal, belanja ABC special pun ok..

Nama dia Icah..

Dua hari lepas, saya call dia.
Kesian dia berbuka puasa jauh di perantauan.
ahahhah macam laa saya tak berbuka di perantauan..
Dia kan tak pernah duduk asrama,
jadi ini lah kali pertama dia berbuka BUKAN dengan masakan mak.

Adik saya tu nun jauh di Penang
baru saja berjaya mendapat biasiswa dan
seharusnya dia membelanja saya kerana saya yang memeras ugut
untuk dia bergegas memohon biasiswa tersebut.
Siap balaci mak ayah lagi..

Bukan apa..
Kalau boleh tak nak lah buat loan PTPTN (ada orang kata PTPTipu.. saya tak pasti laaa) kan..
Sebab nya kan kena bayar balik kan?
Kat sini saya tak nak bahaskan soal riba' ke charge perkhidmatan yang tah apa-apa tu kan...
Nama pun loan kan..
Kena laaa bayar balik.
Perit ooo nak bayar balik.


sekadar gambar hiasan

Ye lah, senario biasa kalau lepas habis belajar pun, kalau senang dpaat kerja laaaaaaa....
mula kerja gaji boleh jadi RM1800 atau kalau nasib baik dapat laaa RM2k++..
Setakat bayar loan belajar RM200++ tu apa laaaa sangat kan?

Dengar macam banyak, tapi bila kira-kira semula..

Kalau nak pi kerja, mesti laaa kena tanggung belanja transport kan?
Komuter laaaa.. tambang Monorail laaaa.. Bas laaaaa.. Teksi laaaa...
Kalau yang bertuah dapat kerja dekat tu tak pe laa.
Kalau yang dapat kerja rezeki jauh?
haaaaaa.. berapa ratus dah kena tolak situ?

Dah kerja tentu laaa nak ada kereta kan?
Haaaa.. gaji kena tolak untuk ansuran kereta pula.
Mahunya 4-5 ratus juga kan.. Roadtax, insuran.. maintainance kereta tu..

Dah tu, dah kerja takkan nak puasa hari-hari kan?
Kena laaa beli makanan sendiri.
Bukan atas tanggungan mak ayah lagi, tau....
Itu belum masuk shopping barang gedik lagi kan?
Takkan nak pi kerja pucat lesi tak de mekap, dan pakai baju yang sama je kan?

Lepas dah kerja 2-3 tahun, tak kira laaa lelaki ke perempuan.
kalau sampai jodoh nak kawin kan? Kena simpan duit kan..
Takkan nak buat loan lagi, beb..
Loan belajar tak settle lagi!
Ada tu berhutang nak kawin punya pasal
15 tahun terikat dengan hutang Bank Rakyat.
15 tahun kawin anak mungkin dah 3-4 orang..
Hutang tak settle lagi..
Bagi saya, kalau tak ada duit tapi dah sampai seru nak kawin, harus bersederhana la.
Tak perlu sewa pelamin besar-besar, potong dua tiga ekor lembu..
Memang laaa sekali seumur hidup je kita nak jadi raja sehari
Tapi, lepas tu.. haaaa ... silaaaaaaa menanggung hutang seumur hidup..!
No.. no.. no.. tidak bagus macam tu!


Ok...
Dah kawin? Lagi banyak kena tanggung.
Sediakan duit rumah laaa..
Takkan nak duduk rumah mak ayah..
Tak de privasi looooo...

Bila dah ada rumah sendiri, kena laaa ada kelengkapan kan..
Takkan nak duduk dalam rumah kosong bergema bila berborak.. hehehe
Haaa.. perkara wajib ialah
tilam ((eceh.. tilam dulu=) )
katil,
almari,
sofa,
mesin basuh, ~takkan nak jadi dayang senandung basuh baju pakai tangan?
peti sejuk,
dapur.. bla bla bla.. haaaa..
kalau nak disenarai sikit punya banyak..

Banyak lagi perbelanjaan nak kena tangggung masa akan datang.
Ditambah dengan segala macam barang naik harga, keadaan ekonomi global laaa...
Macam-macam lagi nanti..
Yang saya senaraikan tu, cuma basic2 saja..
Kalau anak orang kaya tu, tak pe.. Mak ayah boleh payung.
Semua yang di atas ini, adalah untuk yang sederhana..
Bukan yang kaya raya.. Anak Dato', Tan Sri, VVIP, Kontraktor kelas A.. bla bla bla..

Kadang-kadang, saya fikir..
Kenapa laaa ada budak zaman sekarang
(bukan zaman sekarang je, zaman saya pun sama je)
bila dapat duit loan, biasiswa, tergamak duk sibuk berjoli..
Shopping mengalahkan orang bekerja woooooi...
Perfume branded, handphone Kelas A (haaaa.. yang beribu2 tau..),
PS2 laaa... baju berpasang-pasang dan sangat-sangat kelas A..
Gadget2 ribuan ringgit yang saya fikirkan tak perlu..
Kalau laptop tu, memang laaa perlu kan?
Ada yang bayar downpayment kereta tuuuuuuuuuuu...

Apa laaa, hilang akai ke apa?
Ingat tu, duit free ke? Duit welfare?
Kena bayar balik laaaaa oiii..
DIULANGI.. kena bayar balik!!!!!
Kalau difikir, lantak korang laaa korang yang bayar..
Tapi, masalahnya sekarang..
Korang boleh bayar ke tak lepas tu?
Mampu ke korang nak harungi semua onak duri cabaran ekonomi ni semua?

Haa... fikir.. fikir... fikir...
Hidup banyak hutang ni "TEKANAN" laaaa...

Seperkara lagi yang buat saya rasa tak patut kadang-kadang tu,
anak orang berkemampuan pun nak apply loan laaaa.. biasiswa laaaa..
Padahal mak pak kerja bagus-bagus, berniaga untung juta-juta..
Setakat nak tanggung anak belajar tu tak de masalah..
Tapi rela laaaa duk suruh anak apply loan segala..

Ye la.. budak biasa mewah ni, kalau berlebih kurang, dia jadi macam tak boleh nak hidup..

Sama laaa kes di kampung suami saya ni,
ada manusia pakai Toyota Caldina tapi duduk rumah PPRT..
Sungguh tak malu, kan?
Takpe, di dunia ni mungkin dia boleh bua muka tebal berpuluh inci,
tapi di 'sana' nanti........................ (sambung sendiri)

Ada juga kes, memang tak mampu..
Sampai duit loan belajar, biasiswa boleh tanggung mak ayah adik beradik lagi...
Sedih tau, bila saya kenangkan seorang sahabat saya ni...
Ayah kerja kilang je.
Di JB.. JB tau..
Kos sara hidup agak tinggi berbanding negeri lain.
Mak dia jaga anak orang je.
Adik beradik 7 orang..
Susah tau hidup dia.
Dia selalu cerita. (bukan nak tagih simpati. Saya tahu laaa sebab dia kawan saya)

Sekarang dia adalah salah seorang kawan saya
yang sangat berjaya dalam pelajaran dan sekaligus dalam kerjaya..
Saya sangat kagum dengan dia.
Sungguh tinggi keazaman
sampai dapat maintain 3.5 above every sem untuk diploma dan degree..
Asik dapat 4 pointer je tetiap sem..
Dapat Anugerah Naib Canselor bagai..
Bangga mak ayah tau!!
Tengok!!!!!!
Dengan sumber yang terhad,
kewangan yang sangat terbatas, dia masih mampu lakukan dengan baik.


Alaaaa hai... panjang pula saya dok membebel hari ini.

Tak de laaa, sekadar nasihat untuk si Icah ni..
dan juga students saya agar lebih berfikir secara matang..
Fikir masa depan yang akan lebih mencabar..
Renungkan kesusahan mak ayah kita berkorban untuk kita..

Untuk yang kaya raya tapi tak sedar diri tu,
renungkan laaaa nasib individu yang kurang berada
yang benar-benar mengharap sumber kewangan
dari pinjaman dan biasiswa untuk ke menara gading..
Sanggup ke kita nak mengambil hak orang lain?
Tergamak ke?

Saya bukan cakap kosang..
Saya bercakap berdasarkan pemerhatian.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Oleh itu, Icah.. jangan lupa menjadi individu yang lebih berhemah ye!
Mak pesan, "Jangan boros!!"

Biasiswa untuk beli buku dan peralatan keperluan belajar!!!!
Biasiswa bukan untuk shopping secara besar-besaran dan berleluasa!!!!
Biasiswa bukan untuk
online shopping secara tidak terkawal!!!!
Kalau nak jugak, tunggu dah kerja..
Aku bayar balik tau duit yuran yang ayah dahulukan tu..

~Mungkin diorang ni tak faham laaaa sebab diorang tak rasa lagi kan?


5 comments:

Reformis Jalanan said...

Adush! Terasa la jugak sikit-sikit. Sebab saya pun ambil PTPTN. Betul juga kan, susah sikit nak bayar. Seingat saya, jumlah pinjaman saya 24k. Bila la boleh habis =)


Sepatutnya pendidikan di negara ini kena percuma di semua peringkat. Negara ini terlalu banyak hasilnya, dan juga negara yang kaya. Asalnya dulu tak ada pinjaman, hanya biasiswa. Tapi biasiswa dimansuhkan pada 1995.

~ain said...

Reformis Jalanan.. entri ini bukan berniat nak buat sesiapa terasa. Memang payah sikit nak bayar. Masa belajar tak rasa susah nak bayar sebab belum ada tanggungan.

Memang betul sepatutnya kita ni peluang belajar percuma je di semua peringkat. Tapi, ke mana pergi sumber dan hasil-hasil negara kita tu? Hmm.. kita fikirlah sendiri ye...

zh-ena said...

betul tu sepatutnya diteruskan biasiswa kpd student yg betul2 cemerlang tapi dh takedr..

nsb baik la time ena study dulu tak pinjam maner2..

~ain said...

ena.. itu laaa pasalnya!

syukur kan tak berhutang loan belajar..

Siti Haslinda said...

ur entry inspires me.
gracias!