Pembaca Blog Ini...

Friday, September 11, 2009

It's time for fight with killer paper!!!

Sekarang student saya tengah jawab exam.

Paper saya yang satu ini berjaya mendapat jolokan killer paper tau!
Risau weh...

Harap-harap mereka boleh jawab dengan baik..
Ada baki 4 orang je lagi yang repeat.
Saya mula ajar paper ni masa tu, dah ada 21 orang kena repeat.

Semua itu adalah tugas saya untuk buat apa saja
yang termampu demi meluluskan mereka.
Mula-mula saya rasa macam.....
"Eh... apa ni? Kenapa saya pulak kena settle masalah orang lain ni?"

Bayangkan dalam kelas yang ada 40++ students repeaters
plus with

yang baru nak ambil paper ni...
Dah terpaksa buat waktu malam
sebab clash dengan repeaters kan.
Gile kentang sekejap saya dibuatnya!!!


Tapi, alhamdulillah..
atas dorongan dan sokongan serta tunjuk ajar
rakan-rakan yang lebih berpengalaman,
saya berjaya juga akhirnya.
Harap-harap yang 4 orang repeaters ini berjaya lulus...

Maklumlah, killer paper laaa kata kan..
Sebenarnya bukan killer mana sangat pun.
(Kalau benar lah killer, mengapa tak de pun orang mati sebab ambil paper ni?)
Masalahnya cuma terletak pada bahasa pengantarnya
yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Itu saja masalah....

Of course text book, slide and notes also in English too.
Even I have to lecture in English, tapi saya kena gak rojak-rojak kan.
Kalau tidak, saya umpama merepek dalam seorang diri,
sebab tak semua faham apa saya cakap.

Kadang-kadang saya duduk dan berfikir sejenak,
kenapa penguasaan bahasa ini amat lemah di kalangan pelajar luar bandar
terutama sekali di pantai timur ni?
Benar juga kata-kata lecturer saya dulu, Mr. Nathan.
Lecturer India yang ajar saya BEL120 masa kat UiTM dulu.
Masa tu, saya pun tak reti mana nak cakap bahasa omputih ni.
Boleh bayangkan? ...
Indian memang pandai English kan,
tapi kadang-kadang slang tu boleh buat saya keliru dan tak faham..

"Practise.. practise.. and practise...!!
There is no short cut for improve in English,"

Apa-apa pun.... semoga mereka mendapat keberkatan
menjawab killer paper ini di hari Jumaat dalam bulan yang penuh berkat ni..

~Amin!!

5 comments:

Anonymous said...

setuju. has pun "lem" skit english. spm dulu takat kredit je.

Sidratul Muntaha said...

betul2
practice make perfect!
speaking of that..bile english dah lanco blik ni haaa...
bahasa perancis den hancoq!

zh-ena said...

harap student tu lulus la kan..cian plak klu kantoi lg

Zura Tahir said...

dulu nyaris2 nk repeat paper english public speaking...nasib baik merit berubah mase tue..

~ain said...

has.. lemah takpe, asalkan ada practise..bukan nak suh fasih macam mat salleh, cukup laaa kita boleh cakap sikit2 dan kalau orang cakap kita faham..

ayu.. ye.. exactly.. tak de jalan pintas.. tak kira bahasa apa pun..

ena.. siap buat solat hajat sebab nak lulus killer paper ni tau..

zura.. fuh... kalau repeat habis laaa... ain dulu paper costing, oooo susah gilee.. rasa nak bunuh diri je bila tiba final costing tu.. nasib baik lepas..