Pembaca Blog Ini...

Friday, September 11, 2009

Berbuka di Restoran Nil dan Permohonan Membuka Cawangan Jusco di Terengganu..

Petang semalam pi berbuka kat di Pantai Batu Buruk.

Muka orang lapar, tapi buat-buat kenyang..
Restoran Nil tapi bukan di tebing Sungai Nil
yang terpanjang di dunia tu, tau!!


Apa yang adik ipar order kan , itu laaa yang kami makan.
Sebab rumah diorang dekat je dengan Restoran tu.
Kami suh dia je book meja dan order.


Alhamdulillah.. Kenyang..
Walaupun masakannya sederhana saja.
Sedap lagi mak saya masak.
Sebab mak saya memang masak sedap laaaaa......

Ikan bakar, tomyam putih, daging goreng merah,
telur dadar dan kailan ikan masin.
Mana gambar?
Malas nak ambik sebab dah lapar..
Saya kata biasa saja sebab saya pernah makan di tempat makan
yang lebih sedap masakan nya.

Baik rasanya kalau makan di CRS...
Tak pun kat kedai makan area Pantai Penarik ni.
Lagi sedap dan puas hati serta harga yang berpatutan..
Sebenarnya, kalau sedap dan memuaskan hati,
tak kesah pun berapa kena bayar..
hik..hik..

Apa-apapun kenyang jugak...

Lepas berbuka dan solat maghrib,
temankan cik abang pi cari baju raya..
Baju Melayu dah settle dah hari tu..
Alaaaa.. yang beli baju raya sampai duit kat tangan yilek tu...
Sampai tak leh bersahur on the way balik tu..
hahaha

Kali ni cari baju t-shirt dan jeans.
Impala.. apa daaaa jenama Impala ni..
Dah macam kepala dah bunyi nya...


Ada beli t-shirt lagi beberapa helai
tapi, malas laaaa nak tepek sini.
Ini blog saya tau, bukan blog cik abang saya
yang dah bersawang tak ber update tu.
Nak tunggu saya buat rusuhan kot baru dia nak update!


Seperti biasa, cik abang memang
sangat-sangat cerewet bab memilih baju ni.
Saya tertonggeng-tonggeng tolong dia
carikan pattern jeans yang dia berkenan.
Nasib baik ada yag dia berkenan.
Kalau tak sesaje je laaa
saya buat aksi menjolok bijik mata tu..

Kalau ikutkan hati dia,
dia nak shopping kat Jusco (kegemaran semua).
Nak dekat raya ni tentu best2 ada jual
kat Jusco dengan harga yang menusuk jiwa raga!

Baju lelaki ke perempuan ke macam-macam pilihan ada kan...
eh.. macam-macam ada laaa kat Jusco!
Ye dak?
Meleleh je air liur dengar mak, imah pi shopping kat Jusco.

Memandangkan kat Terengganu ni masih belum ada Jusco,
makanya cari laaaa alternatif lain..

Sesungguhnya kedai-kedai lain pun tak menawarkan banyak pilihan!!
Jenama biasa-biasa saja tapi, harga bapak laaaa mahal.
Yelah, kat sini apa laaa yang ada sangat..
Restoran Nil ada laaaaa..
ahahahhaha


~cepat laaaaaa buka Jusco kat sini!!
Tolong.. tolong.. Tahun depan boleh?
Boleh laaaa, ek?
Dato' Ahmad Said, boleh ek?

=)

5 comments:

honeylanz said...

setuju sgt if ada jj kt trg!! ain, pernah x bukak pose kt area cabang 3. kedai mkn tu x jauh dgn shell. semua sedap situ!!! ajak abe pg sekali ;)

zh-ena said...

kena buat surat cinta la kat Dato' dulu heheheheh bartu dpt Jusco

~ain said...

has.. apa nama restoran tu? restoran azlina ke?

ena.. hahah surat cinta..? tapi, ain mmg suka p jusco. Kat sini macam bosan je asik mydin, giant.. hehehe

Zura said...

Dulu suke g JJ tp skrg kureng lah...

~ain said...

zura.. best laaa p jj. hik hik hik