Pembaca Blog Ini...

Monday, September 28, 2009

Kisah Bibah

Saya nak kongsi cerita.
Tiada gambar.
Hanya cerita.
Semoga menjadi teladan untuk semua.

Ada laaaa orang ni, sangat lupa diri...
Dulu-dulu duduk bilik sewa je kat Batu Caves..
Naik motor berhujan berpanas, naik bas balik kampung.
Sekarang dah banyak duit. ~sebab dah capai tahan gaji mati skim kerajaan laaaa..
Dah rasa senang sikit hidup..
Dah rasa boleh bermewah sikit...
Dah ada duit simpanan EPF beribu-ribu lemon...
Kereta dah ada...
Motor dah ada...
Rumah dah ada...
Dah renovate rumah cantik-cantik... ~walaupun duit loan Bank Rakyat
Siap nak hina orang tak berduit.
Tergamak nak keluarkan kata-kata yang macam bagus.
Padahal orang tak berduit tu bukan orang lain.
Malas mengemas siap boleh keluarkan kata-kata seperti,

"Siapa rasa diri kuli, dia kemas lah.. Siapa rasa diri tuan tak payah kemas..."


"Kau tak de kereta, kau tak bawa kereta mana kau tahu!"

~ganas tak ayat dia? Ayat ini bukan ditujukan kepada saya. Namun, hati saya turut terguris.

Ada juga yang dulu naik kereta besi buruk je.
Duit tak berapa nak ada kan..
Pinjam duit sana sini..
Susah hidup dulu.
Sekarang dah senang, oooooooooooooii.. berlagak sangat.
Dia kata VIVA saya macam 'tin biskut'. hahahah...
Saya tak kesah pun. Saya tak susahkan sesiapa pun dengan kereta 'tin biskut' saya.
Apa laaaa sangat kutukan dia terhadap saya tu, kan?
Bagi saya biar sederhana je, janji tak tanggung hutang keliling pinggang.
Dah lah ukur lilit pinggang saya ni macam anak badak.. Kalau keliling pinggang..
ahahahahah..
Sila bayangkan sendiri..

Tapi, bila bab sudah menghasut sampai berpecah belah saya tak boleh terima.
Saya tak sedih laaa..
Sampai bayar zakat duit pun nak jaja kat semua orang.
Tamak haloba tak hingat. ~tak nak cerita laaaa bab ni..
Beli saham, beli tanah, beli kereta, beli rumah siap menunjuk datang rumah orang.
Nauzubillah...

Ada juga yang berasal dari kawasan haram a.k.a setinggan yang dhaif.
Diceritakan pernah makan nasi berlaukkan air garam satu ketika dulu.
Allah memberi tuah kepada mereka bila si suami berjaya
menjawat jawatan besar dalam kerajaan.
Malangnya, lupa asal usul.
Dia rasa diri sangat bagus, nak bagi duit kat si Polanah
dengan syarat kena bercerai dengan suami si Polanah itu
sebab dia tak berkenan dengan suami si Polanah.~saya dengar sendiri dengan telinga saya..
Haiiiii.. sesuka hati.. sesedap rasa je ye?
Dia ingat duit tu boleh beli segalanya ke?
Buka mulut je cerita pasal tanah, pasal duit, rumah...
Sanggup memaki hamun tukang sapu sampah di hospital secara terang-terangan.
Menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai.
Meludah muka saudara sendiri. Diulangi.. meludah muka saudara sendiri.
Menitis air mata bila melihat sendiri dengan dua bijik mata ini....
Betul kata ayah, kalau kita hidup berbangga dengan kemewahan adakalanya kita akan lupa diri. lupa mati dan paling menakutkan lupa Tuhan.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Saya masih tidak dapat melupakan semua peristiwa yang di atas.
Semuanya sangat berkesan di hati saya.

Saya yakin, sebagai manusia waras..
kalau semua yang di atas berlaku di depan mata, tentunya akan berasa
sedih.. terkilan.. hiba.. kesal.. ahhhhhhhhhhhh.. semua perasaan bercampur baur.
Saya tidak dengki mereka ada harta yang banyak.
Saya tak kesah mereka kumpul duit beribu-riban.
Cuma saya sedih, apabila perkara seperti ini berlaku dalam lingkungan orang yang hampir dengan saya.. Sedih yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata...
Nasib baik ada blog.. hehehhe

Cerita ini bukan untuk mengata, mengumpat atau mengeji sesiapa.
Tambah-tambah hari baik, bulan baik ni kaaaaan..
Saya ingin mengingatkan semua, terutamanya DIRI SAYA SENDIRI..
Agar tidak lupa diri.
Agar tidak menjadi alpa dengan kesenangan yang dikecapi sehingga sanggup menghina hamba Allah yang kurang bernasib baik.
Mungkin kadang-kadang secara tidak sengaja
kita tak berniat untuk mengecilkan hati sesiapa,
tapi kata-kata kita ada yang melambangkan sedemikian.

Kesenangan dan kekayaan dunia adalah bukan milik kita.
Bukan sekali-kali.. Semua itu Allah hanya pinjamkan kepada kita.
Bila-bila masa, kalau Allah nak ambik, Dia boleh ambik semuanya dalam sekelip mata.
Kalau manusia tak tamak haloba, tentu tak ada orang susah macam dalam rancangan 'Bersamamu TV3' tu. Kena makan siput babi laaaaa.. Hadui.. tak sanggup nak tengok..

Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya sampai saya mati.
Jangan Dia terbalikkan hati ini sampai bila-bila.
Allah buka pintu rezeki pada saya, agar saya boleh bersedekah kepada yang memerlukan.
Ayah pernah pesan, banyakkan sedekah... tolong orang susah.. kalau kita berbuat baik pada orang lain, Allah akan bagi balasan baik. (bergenang air mata pulak dah)
Begitu juga sebaliknya.........

Saya pesan pada suami saya......... pada mak saya............
kalau satu hari nanti saya lupa diri, saya minta mereka ingatkan saya.
Saya tak nak jadi seperti Qarun yang dimakan bumi.

Semoga Allah lindungi hati-hati kita dari sikap sombong, bongkak, tamak haloba, lupa diri, busuk dan iri hati serta hasad dengki.

~Amin Ya Rabbal 'Alamin

9 comments:

leadleedeea said...

gulp..sadis nye perangai dia...
tapi mmg ade manusia spesis macm nih..lupa diri n lupa asal usul..lupa siapa yang mencipta..

*sigh*

zh-ena said...

mmg sedih kan ader sedara mara yg rapat ngan kita mempunyai perangai yg sebegini..

family ena pun ader..blk raya pun cam sadis jea kunjung ke rumah diorg nie..kami adk beradik ikut ajer sbb mengenangkan mak ajer..klu tak....lu pikir la sendiri..

~Eila Nur Kaseh~ said...

ain< tq sebab memberi ingatan utk kak eila juga..takutnya kalo Allah duga begitu...suh die mintak maaf cepat sebelum mati...

~ain said...

lead..memang sadis.. sedih je bila dikenang-kenang..

ena.. kalau orang lain buat gitu pun kita dah sedih kan.. ini kan pulak sedara mara terdekat.. memang kita anak-anak ni kdg2 hangin je, rasa nak melawan kan..pk nnti diorang tuduh plak mak pak kita tak pandai ajar anak... kalau tidak, memang perang dunia laaa...
sebab tu seboleh2 ain mengelak kalau kena pi mana-mana yang dia ada sama..

kak eila.. kita sama-sama berdoa kak.. moga Allahlindungi kita dari sikap macam tu. Lepas insiden ludah meludah tu, dia buat dek je kak.. At last, orang yang kena ludah tu yang minta maaf kat peludah sebab tak nak panjang2kan hal.. Kalau ain laaaa, jangan harap.. sekarang ni pun, ain memang tak boleh tengok muka dia dah....

Anonymous said...

hmm.. org lupa diri mmg. ckp sedap rasa aja. bkn reti nk pikir & jaga hati org. geram lak pasal "tin biskut" tuh. nape ain x jwb.. tin biskut pun aku byr pakai duit aku.. ke ko nk byrkan?? huh! has mmg -ve aja..heheheh

~ain said...

has.. biasalaaa manusia ni memang mudah lupa..

hahaha.. pasal tin biskut tu, ain tak kesah pun. macam yang has cakap bukan ain minta duit dia pun nak bayar.. mak ain kata, kita ni kalau hidup berdasarkan kata-kata hinaan orang, memang tak boleh hidup kita. baru nak naik dah kena cantas..

Zura Tahir said...

kekayaan n kesenangan yg allah bg bukan lah hak milik kekal...ia hanya sementara saje...so kite kenalah beringat2 sentiasa yg kesenangan tue boleh di rentap dlm sekelip mata je atas kehendak Allah s.w.t....

~ain said...

zura.. exactly.. bila2 Allah nak ambil, Dia boleh ambil... hehhe

~ain said...

zura.. exactly.. bila2 Allah nak ambil, Dia boleh ambil... hehhe