Pembaca Blog Ini...

Thursday, September 3, 2009

Menjadi sedih secara tiba-tiba........

Hari dapat mc satu hari.
Duduk rumah laaaa apa lagi, kan?
Tapi, tak payah risau
sebab sekarang musim student midterm exam..
Silibus pun telah dihabiskan dengan jayanya.
Cuma, semalam saya tak sempat nak ambil
kertas jawapan student yang saya kena tanda...
Ahad laaaaa gamaknya..

Hmmm.. hari ni masuk 13 Ramadhan kan...
Kejap je dah dua minggu puasa.
Lagi dua minggu saja lagi nak beraya.



Tahun ni kan, (sambil air mata bergenang),
tak sehari pun saya dapat berbuka dengan keluarga saya.

Saya rindu mak..
Rindu masakan mak.
Saya rindu bubur nasi mak yang sedap nak mati.
Saya rindu ayam masak merah yang mak masak.
Saya rindu mak punya kuih ketayap.
Saya rindu ikan goreng berlada mak,
talapia masak lemak,
udang masak kuning,
kuih puding roti.
Kalau pun saya pandai masak sendiri semua ini,
sudah pasti ianya tak macam yang mak masak!!!


Saya rindu mak..
Rindu ayah bebel-bebel masa nak buka puasa.

Rindu Aim yang tak larat nak puasa sampai abis..
Bila raya tetiba jadi mata duitan.
Maklumlah, budak-budak kan dapat duit raya..

Apis yang suka pi PARAM..
Imah dan icah yang malas tolong mak ke dapur.. hahahahah
Anip dan Am yang selalu beli baju raya yang lari dari warna tema..
Semua laaaaa saya rindu..

Apa? Ingat orang dah kahwin tak rindu mak ke?
(sambil bergenang air mata)

Raya nanti saya akan beraya di sini.
Bersama keluarga suami saya.
Mengikut sistem giliran.

Bukan lah saya tak suka.
Saya suka je.
Nanti raya ketiga kan ada kenduri kahwin.
Saya kan suka kenduri kahwin..

Tapi, saya tetap merindui
semua yang ada kat rumah mak ayah saya.
(bergenang air mata lagi)

Rindu semua..
Rindu nak beraya kat Melaka.

Walaupun orang lain kata tak best raya kat Melaka sebab tak ada apa.
Nenek atuk semua dah tak de....
Biarlah........... saya suka, saya pedulik apa kan?
Tambah sedih bila menaip entry sambil mendengar lagu ni....



uwaaaaaaaaaaaaaaa..... rindunya!!!!!
Saya rasa raya nanti,
tentu ada yang akan meleleh2 air mata.
Maklumlah, raya pertama tanpa keluarga.
Mujur ada keluarga cik abang,
kalau tidak kami dua-dua merepek meraung pagi-pagi raya...

hahahaha

6 comments:

zaza said...

kesiannya..tp, lepas kenduri tu.., still boleh balik umah mak kan...??? tak kira la raya keempat ke .. lima ke... janji dapat gak jumpa mak dan keluarga kat kg ..

ise said...

alah ikut giliran ah,kena selang seli.taun depan sana lak

zh-ena said...

sama mcm ena 1st raya kat umah family..n d way blk umah family suami ena melalak dlm keta..pg raya pun melala gak dlm blk..sedih mmg tak ingat la

Sidratul Muntaha said...

ain
ko sedih ler plak
mcmana nih?
takyah sedih2..
happykan diri
kan raya itu kemenangan tuk diraikan...
dah2 sapu airmata tu..
kang kurus susah plak!
chill babe!chill!

Zura said...

ala cedihnyeeee...itulah pengorbanan bile dh kawin...

~ain said...

zaza... ye laaa.. tp lain kan perasaan tu kalau di hari raya pertama.. sambil dgr lagu raya.. mencik laaaa...

abang.. ye laaa.. memang laa, tapi kan kita dah duk sini. bila raya balik laa sana pulak kan.. tak pelaaa ikut abang laaaaaa.. abang kan suami..

ena.. haaaa itu laa pasal, hari raya ni feel dia lain sikit kan, walaupun selalu je balik rumah mak tp still sedih jugak..

ayu.. ni tengah sabar laaa ni.. sedang mengumpul kekuatan.. eceh.. macam nak pi perang pulak dah.. hahahah