Pembaca Blog Ini...

Tuesday, September 15, 2009

Zakat Fitrah

Anda sudah bayar zakat fitrah?


Saya tak pernah bayar zakat fitrah tau.
Sebelum ni ayah yang bayar..
Sekarang ni, sejak tahun lepas... cik abang yang bayar.

Semalam singgah masjid kat Jerteh, cik abang bayar kat sana.
Berapa % sangat laaaa kan zakat ni
kalau nak dibandingkan dengan duit yang kita duk beli barang2 nak beraya tu...
Dulu dalam tahun 2006 kalau tak salah RM4.00++ je.
Tapi, sekarang ni dah RM6.00++.
Beras mahal kan sekarang ni...
(bukan beras je, semua barang laaaa mahal..)
Lepas tu, ada pulak jenis2 nya..
Ada yang murah, sederhana dan mahal sikit..
Mahal tu tak de laaa beratus-ratus..
Cik abang cakap kami makan mewah, takkan nak bayar yang paling murah tu.
Kena ingat juga orang susah kan..

Siapa lagi yang belum tunaikan zakat fitrah tu,
haaaaaa cepat laaaa pi settle kan.
Raya nak dekat dah ni..
Bayar awal2 kan senang..
Shopping berbondong-bondong,
jangan sampai yang wajib dilupakan, ye..

~Cik abang duk kata, selagi tak bayar zakat ni, selagi tu rasa tak sedap hati.
Lepas bayar tu, masuk kereta terus je cakap, "Lega rasa hati abang ni,"
Agaknya, dia risau bini dia ni asyik membeli je.
Risau kot duit dia habis..
Tak sempat nak bayar zakat kang..
kah kah kah...

Gurau je, bang!! Ampun.. ampun...
Selamat hari raya!! hihihi

4 comments:

honeylanz said...

has pun x pernah byr sendiri. sblm kawin ayah byr. dah kawin hb byrkan.

~ain said...

has.. dah tanggungjawab orang lelaki..

zh-ena said...

betul tu shopping smp beratus2 takkan la zakat yg skit tu pun tak blh nak byr kan..

sama la ena pun tak pernah byr zakat..dulu sblm kawen ayah yg bayar skang nie turn suami plak tolong byrkan..

~ain said...

ena.. itu laaaa pasal kan.. bukan tolong nyar kan na... dia bertanggungjawab bayar untuk kita.. kita tanggungjawab dia..