Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 15, 2009

Bila nak dapat kupon ni?

Di kawasan rumah kami ada sebuah kedai makan ala-ala siam
yang menawarkan hadiah menarik
sekiranya pelanggannya berjaya mengumpulkan kupon-kupon
yang boleh ditebus dengan barangan.
Kupon boleh didapati dengan membeli makanan dari kedai tersebut dengan nilai lebih dari RM10.

Kami selalu juga makan di kedai makan itu sebabnya masakan dia sedap.
Kalau mengikut tekak saya ni laaaaa,
tidak ada kedai yang dapat menandingi kesedapan masakan
di kawasan tempat tinggal kami ini.
Layanan pun ok. Memuaskan...

Maka nya semakin rajin laaa kami memasak makan di kedai itu.
Kami berazam untuk dapatkan hadiah yang ditawarkan.
eceh.. saja je kan..
Bukan nya apa, suka-suka je.
Boleh kata dalam seminggu tu paling kurang ada laaa 2 kali kami makan kat situ.
Ye lah kan dah selalu makan situ, tentu laaaa banyak dapat kupon kan kan kan..
Kalau ikut logik laaaa kan..

Malangnya, bukan itu yang terjadi kepada kami.
Sepanjang kami makan di situ,
seingat saya hanya dua kali saja kami dapat kupon.
Macam mana nak menang hadiah istimewa?
Macam mana?

Kenapa?
Bagaimana?
Mengapa?
Apa sebabnya yang kami sampai tak dapat kupon tu?

Jawapannya ialah.....

=



=




=




=




=




=



=




=




=



=




=




=

Biasa kami akan makan dua jenis makanan laaa..
Contoh:
Nasi goreng kampung +sup kosong +telur dadar @ mata (suami)
Mee sup ke bihun ke kuew tiau ke.. (saya)
Biasanya air kami akan order sejenis air manis (teh o ke teh ke jus buah ke..apa-apa je laaa...)
satu lagi tu air suam je..
Setiap kali order hidangan yang lebih kurang seperti di atas adalah berjumlah kurang dari RM10. Paling mahal pun RM9.70.....

So,
Kami makan tak pernah lebih RM1o.
Macam mana nak dapat kupon..???
Macam mana nak kumpul kupon banyak-banyak? =)


Kupon ini hanya sekadar hiasan sahaja
dan tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.


pict: google

8 comments:

said...

wah...ni festime dgr kedai mkn.... tawarkan hadiah....

sgt keretif kedai itu....

=]

zh-ena said...

la yea ker..murahnya harga kat situ..klu ena ngan suami mkn confirm mau kena puluh2 ringgit..lebih kurang jea aper yg ain mkn tu

Zura Tahir said...

selalu klau kat sini makan cm ain order tue dh kena rm10 keatas tau..murahlah tue...

ingatkan kupon betul td...cehhh..

~ain said...

yanie.. sebagai menarik pelanggan datang kedai dia.. tp kalau tak pakai kupon pun mmg ramai datang kedai dia sebab sedap dan murah..

~ain said...

ena.. kat area kampung ni, memang masih ada lagi kedai-kedai makan murah sebegini... ada kedai tu kalau sarapan.. makan nasi lemak sikit punya banyak dengan lauk segala + nasi kerabu banyak puas hati makan + teh o ke milo ke = RM4.70.. (mula-mula dulu ain siap suh makcik tu kira semula.. ye laaa takut dia tertinggal kira apa-apa ke kan)

~ain said...

zura.. mmg murah. makan dua orang tak pernah lagi lebih RM10.. kadang2 macam tak percaya.. kalau kita dah biasa makan kat situ, semakin murah.. Pendek kata semakin lama semakin murah. Magic kan.. ? Jangan tak percaya.. Sebab perkara ni adalah benar..

Anonymous said...

suka thai food gak. tomyam campur

~ain said...

has.. sedapnya tomyam campur..