Pembaca Blog Ini...

Saturday, October 3, 2009

Dari LCCT ke Kundasang

Gambar ini dirakam ketika berada di LCCT dengan penuh cinta!!
Hahahaha..
Poyo kan?


Dalam flight sangat bosan.
2 jam 30 minit dari LCCT ke Kota Kinabalu.
Siap tidur-tidur lagi.. juga dengan penuh cinta.
Hahahah

Kemudian, ke Kundasang menaiki van sewa.
Ayah memandu dengan berhati-hati sebab tak biasa jalan kat sana.
Lagipun, van nya sangat panjang.
Payah oooo nak parking.
Ini ialah mak saya yang bertindak selaku
pom-pom woman pemberi semangat
kepada pemandu 'van panjang' yang amatur.
Sampai sana hari sudah gelap.
Ada jugak posing sikit2 masa malam tu.
Nanti lah cari gambar tu..
Kat kamera adik saya kot.

Kundasang adalah sangat sejuk.
Lebih sejuk dari Cameron Highland.
Bilik kami agak jauh sedikit dari bilik adik-adik dan mak ayah.

Lihat aksi 'rakan sebilik' saya..
Macam poyo ke saya buat badan melentik gitu.
Ko ingat ko kurus langsing ke?
hahahah

Ada sedikit cerita seram pada malam kami di resort ini.
Nanti saya cerita ye..
Sekarang ni, tengah malam.
Saya nak cerita pun, rasa takut.. =p

Kami menginap di Kota Kinabalu Pine Resort hanya untuk satu malam.
Satu malam lagi, di Kota Kinabalu.

Resort ini dikelilingi oleh pokok pine.
Sekelilingnya adalah bukit bukau.
Dah nama pun Kinabalu Pine Resort.
Cuba tengok betapa banyaknya pokok pine di gambar ini...

Banyak kan pokok pine?

Makan malam dan sarapan di resort.
Makanan di Sabah ni tidak berapa menepati selera kami sekeluarga.
Semuanya ala-ala saja.
Waktu makan malam, masa pelayan hidang makanan,
dia bagi satu jenis minuman.
Ya Allah.. apa daaaa ini minuman.
Macam teh hijau kat McD masa promosi Prosperity Burger tu..
Hayooooo.. sangat tidak enak..
Alih-alih minta air suam je laaa..
Air suam pulak bubuh dalam gelas kecik2
macam orang cina minum teh..
Pelik je.
Tapi, daripada tercekik, kami belasah je..
Banyak sangat ambil gambar kat sekitar resort.
Saya rasa macam nak muntah keluar gambar jek..
hahahahaha

Entri-entri akan datang akan lebih 'kaya' dengan gambar.

Tak percaya?
Nanti saya upload gambar lagi..
Gambar dari 3 buah kamera digital hampir mencecah 2000++ keping
Sekarang nak pi mandi..
Lepas tu nak tidur.

tata..

4 comments:

honeylanz said...

byknye pokok pine. sesuai dgn nama resort nih. ala² obersi pun ada. cuma x de salji aja..

zh-ena said...

suka la tgk gambo yg 1st tu..ain pki baju merah..nampak slim jea

Zura said...

lawalah tempatnye...pokok pine tue buat tmpat tue nmpak eklusif

~ain said...

has.. sepanjang masa kita akan rasa macam hujan renyai renyai. sebenarnya bukan hujan tau. itu ada macam wap sejuk .. kat sana mmg sejuk. Sebab tu kot orang kundasang semua putih2.. tak kena matahari terik..

ena.. itu adalah gambar setelah di edit. ada crop sana sini.. supaya seimbang.. ahahahah harap maklum..=)

zura.. mmg lawa tau.. rasa tak mau balik..