Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

"Kak Icah Atas Puncak Gunung Kinabalu."

Malam tadi, Naim tag saya gambar ni kat FB. 
Dengan caption, "Kak Icah atas puncak gunung kinabalu."


Eleh, Aim! Sibuk je ngan Kak Icah.. Asik asik Kak Icah.. Kak Icah je asik asik.. Macam takde Kak lain. Bencik along tau dengan Aim ni. Malas belanja dah lain kali.. Wek! (Mood: Jeles)


Tahulah Kak Icah je yang pernah naik.. Tahulah along takkan boleh naik gunung tu... Kalau nak harapkan along, memang taklah. Stamina zerro. Hari perarakan sempena Maulidur Rasul hari tu pun macam nak pitam round satu kampus. MC dua hari lepas tu sebab demam... hahahaha.. Kalau naik gunung ni, agaknya MC 1 bulan terus... [Baca: Aktiviti itu akan serap tenaga saya in advance selama 1 bulan]


BTW, tahniah Icah sebab berjaya mendaki gunung!
Cayalaaaaaaaaaaaa!!!!
[Nasib baik ko tak semput!]

Wednesday, October 7, 2009

Apa dibeli? + Tata Sabah

Sepanjang di Sabah, saya tak beli banyak sangat ole-ole pun.
Sikit-sikit saja.
Maklumlah.. lepas-lepas raya ni kan sedikit gawat laaa..
Jadi, faham-faham laaaa kan..
hehehe

Berpatut-patut je laa..
Saya beli beberapa FM untuk koleksi peribadi.
Ada juga dua ke tiga ketul saya bagi kat kawan-kawan.

Kalau mak saya siap beli gelang mutiara bagai,
saya tidak begitu.
Gelang manik-manik ni je yang saya beli.
Haa.. cakap pasal mutiara, ada dua jenis.
Kalau yang jual di belah luar tu murah je.. itu mutiara sungai..
Kalau yang jual dalam almari kaca semua tu, mutiara laut..
Saya tak kesah pun, sebab bukannya minat pun mutiara-mutiara tu.
Gelang bebanyak pun, saya amik seutas je.
Yang lain semua bagi kawan-kawan..
hahahahahha

Cik abang saya tengah berangan nak menetap di Sabah
bekerja sebagai penjual gelang manik dan mutiara
di Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu..

Beg-beg mengkuang ni pun ada jual jugak.
Tapi saya tengok je laaa..
Tak de nafsu pun nak beli
sebab kat Terengganu pun ada jugak..
heheheh

Terumbu karang pun ada jual jugak.
Katanya boleh buat ubat.
Ubat apa saya pun tak pasti...

Di Kota Kinabalu, ada pasar kraftangan.
Ini gambar dari depan pasar tu laaa...

Macam-macam ada jual kat situ.
Pelbagai jenis mutiara, cenderahati, perhiasan rumah..
Saya beli mendalah kain dan kayu gantung-gantung kat dinding tu..
Ada tempat gantung kunci, dan ayat Kursi yang gantung kat dinding tu.
Semuanya ala-ala kraftangan kaum etnik Sabah laaa..
Malas laaa nak ambil gambar, bateri kamera dah habis.
Malas nak pi charge.
Kalau makanan, kami beli kuih cincin.
Hape? ..........
Ingat nak bawa balik sini laaa bagi kawan2 rasa.
Tak sempat sampai KL, habis dah ehhhh..
Nak pi beli lagi, tapi malas nak pi jalan kaki kat pasar tu.
Tak tahu nak describe rasa kuih cincin ni..
Nak kata tawar, tak..
manis tak.. masin pun idak.. rempah2 pun idak..
Ntah laaa.. makan je laaa.. hahaha

Ada juga keropok amplang..
Rasa macam keropok ikan sini laaa..
Tapi, bulat-bulat. Ada rasa udang, ikan laaaa apa laaaa..
Itu pun sama. Habis sebelum sempat diselamatkan..
Takde rezeki kan...

Malam masa kat Kota Kinabalu tu,
adik saya ajak pi Pasar Filipine.
Malangnya, masing-masing dah kepenatan.
Cik abang awal-awal dah tidur..
Dia pun dah ala-ala kuat berposing dah.
Sampai nak tidur pun suh snap gambar dia lagi..
Kena penyakit bini blogger.. Redho je laaa...

Akhirnya, adik saya pi dengan kawan-kawan dia saja.
Dia kan konvo, jadi ramai kawan-kawan dia yang ada di Sabah masa tu.
Ada juga kawan-kawan dia yang memang orang tempatan sana.
Mudah je laaa dia nak pi mana-mana.

Ahad pagi lepas pi ambil gambar kat studio,
jalan-jalan sikit lepas tu terus jalan banyak ke stesen teksi..
Bengong punya jauh, tercabut urat kaki urat belikat semua..
Hampeh punya budak Bob (kawan adik saya), dia kata dekat je..
Sekali jalan, mak aiii... jauh nak mati.
Baik dia suh kami jalan sampai airport je.. hahahahahah
Tapi ye laaa mungkin dia dah biasa jalan jadi dia rasa dekat je laaa..

Kami ni yang tak biasa jalan, rasa jauh gilooooo..
Tambah-tambah pula, kami memang dah sedia penat.

Tak pe laaa...
lain kali kalau ada rezeki lebih,
sampai laaa ke Sabah lagi.

Hmm.. ini masa nak balik dah.
Atas flight..
Tata Sabah.. Hope to see u again!

~Mana cerita menyeramkan???
Nanti saya buat entri..
Sekarang masih takut lagi..

Promenade

satu malam lagi di Promenade Hotel Apartment.
Kalau Kinabalu Pine Resort itu di tengah hutan dan menyeramkan,
Promenade Hotel Aparment ni pula terletak di tengah bandar Kota Kinabalu rapat ke pantai..


Hotel Apartment
sesuai untuk yang bercuti sekeluarga.
Terutamanya keluarga besar macam kami ni.

Ia seperi sebuah apartment lah..
Dah nama hotel apartment kan?

Ada dapur yang lengkap, boleh masak-masak laa..
Oleh kerana makanan di sana kureng.. jadi, kami masak sendiri.
Mungkin tak jumpa tempat makan yang sedap kot.
Cik abang saya baik tau.
Dia tolong saya bersihkan udang..

Seafood di Sabah adalah fresh sebab tepi laut kan..
Udang dalam gambar ni masih hidup tau..
Melentik-lentik ia melompat.
Ada ruang tamu lengkap dengan sofa dan TV.

Ada tiga bilik tidur yang selesa seperti ini..
Ini adalah pemandangan dari atas apartment yang kami sewa itu.

Ini pulak pengantin usang yang perasan
menjadi pengantin baru seketika.
Dari balkoni.

~Abang.. I love u sooo much!!
(sungguh tetiba)

Monday, October 5, 2009

Gambar demi gambar (V2)

Dalam perjalanan ke Kundasang jugak
(lepas berhenti makan durian tu)
Berhenti sembahyang Zuhur dan Asar.
Sekali dengan makan kat mana tah..
Tak tahu apa nama tempat.
Ayah suruh order makanan yang sama saja sebab nak cepat.
Jadi kami order nasi goreng telur..
Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini,
makanan di Sabah adalah tidak menepati selera kami seisi keluarga.
Mungkin orang lain ok kot.
Tapi, kami tak berapa laa..
Makan saja lah.
Janji kenyang pun syukur Alhamdulillah..

Dekat depan kedai makan tu, ada tempat jual cenderamata.
Ada jugak pemandangan yang indah.
Pelbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna-warni.
Agak berkabus dan sejuk.
Sejuk adalah indah walaupun bisa membuat jiwaku rawan..
hahahahah ~ tak de kena mengena.

haaa... korang jangan bosan tau baca entri pasal pi Sabah ni.

Dalam minggu ni memang akan ada entri pasal Sabah.
Harap bersabar ye, wahai kalian semua...
Minggu depan, saya tak buat dah pasal entri Sabah..

heheheh

Berhenti makan durian

Dalam perjalanan, singgah makan durian di tepi jalan.
Durian kat Sabah sedap sangat....

Eh.. eh.. kupas dulu laaaaa.
Jangan makan dengan kulit2 sekali.


Duduk melantak durian.


Makan dah tak reti nak duduk.
Letih laaa mencangkung.
Berdiri je terus.
Bukan buah durian je ada dijual sepanjang jalan ke Kundasang.
Buah ni pun ada..
Apa tah nama buah ni.
Tak ingat..
Buah manggis,
mangga,
rambutan
dan lain-lain..
Ini pulak, buah bambangan.
Yang pernah diidamkan oleh si Ayu tu.
Akhirnya, dapat juga tengok secara live.
Masing-masing kekenyangan buah-buahan.
Hahahahah


Gambar demi gambar (V1)

Haaaaaaaa.. seperti yang dijanjikan..
Entri ini adalah 'kaya' dengan gambar...

Layankan saja laaa ye...


Ini gambar sekitar Kinabalu Pine Resort di Kundasang.







Saturday, October 3, 2009

Dari LCCT ke Kundasang

Gambar ini dirakam ketika berada di LCCT dengan penuh cinta!!
Hahahaha..
Poyo kan?


Dalam flight sangat bosan.
2 jam 30 minit dari LCCT ke Kota Kinabalu.
Siap tidur-tidur lagi.. juga dengan penuh cinta.
Hahahah

Kemudian, ke Kundasang menaiki van sewa.
Ayah memandu dengan berhati-hati sebab tak biasa jalan kat sana.
Lagipun, van nya sangat panjang.
Payah oooo nak parking.
Ini ialah mak saya yang bertindak selaku
pom-pom woman pemberi semangat
kepada pemandu 'van panjang' yang amatur.
Sampai sana hari sudah gelap.
Ada jugak posing sikit2 masa malam tu.
Nanti lah cari gambar tu..
Kat kamera adik saya kot.

Kundasang adalah sangat sejuk.
Lebih sejuk dari Cameron Highland.
Bilik kami agak jauh sedikit dari bilik adik-adik dan mak ayah.

Lihat aksi 'rakan sebilik' saya..
Macam poyo ke saya buat badan melentik gitu.
Ko ingat ko kurus langsing ke?
hahahah

Ada sedikit cerita seram pada malam kami di resort ini.
Nanti saya cerita ye..
Sekarang ni, tengah malam.
Saya nak cerita pun, rasa takut.. =p

Kami menginap di Kota Kinabalu Pine Resort hanya untuk satu malam.
Satu malam lagi, di Kota Kinabalu.

Resort ini dikelilingi oleh pokok pine.
Sekelilingnya adalah bukit bukau.
Dah nama pun Kinabalu Pine Resort.
Cuba tengok betapa banyaknya pokok pine di gambar ini...

Banyak kan pokok pine?

Makan malam dan sarapan di resort.
Makanan di Sabah ni tidak berapa menepati selera kami sekeluarga.
Semuanya ala-ala saja.
Waktu makan malam, masa pelayan hidang makanan,
dia bagi satu jenis minuman.
Ya Allah.. apa daaaa ini minuman.
Macam teh hijau kat McD masa promosi Prosperity Burger tu..
Hayooooo.. sangat tidak enak..
Alih-alih minta air suam je laaa..
Air suam pulak bubuh dalam gelas kecik2
macam orang cina minum teh..
Pelik je.
Tapi, daripada tercekik, kami belasah je..
Banyak sangat ambil gambar kat sekitar resort.
Saya rasa macam nak muntah keluar gambar jek..
hahahahaha

Entri-entri akan datang akan lebih 'kaya' dengan gambar.

Tak percaya?
Nanti saya upload gambar lagi..
Gambar dari 3 buah kamera digital hampir mencecah 2000++ keping
Sekarang nak pi mandi..
Lepas tu nak tidur.

tata..