Pembaca Blog Ini...

Friday, October 23, 2009

Haji.. Haji.. Haji Mustafa

Tak de idea nak menulis dalam blog hari ini,
sebab nya kerja masih belum siap.
Soalan exam untuk final sangat kritikal.
Saya tak nak buat susah sangat, tak nak buat senang sangat.
Nak fill in Jadual Penentu Ujian tu, sangat menyusahkan..

Tiba-tiba macam rasa buat soalan exam ni,
lagi susah dari menjawab soalan exam.
hahahah

Sebenarnya, semalam saya tengok drama Qalesya.
Kelakar sungguh tengok budak kecik ni.

Nama apa ye?
Tak tahu nama sebenarnya.
Tapi, dalam drama tu dia jadi Mustafa.

"Bukan sekali, tapi tiga kali..
Haji.. Haji.. Haji Mustafa...."
Hahaha..
Buat adik-adikku (rumah mak ayah tak de Astro)
Ini lah Haji Mustafa yang diminati oleh Naim.

Naim ni mudah sangat terpengaruh dengan televisyen..
Hari tu masa datang rumah saya,
duduk 5 hari je dah terpengaruh dengan Haji Mustafa ni.


Siap minta mak belikan dia kopiah lagiii..

Lepas tu dia nampak
cik abang saya pakai kopiah masa nak sembahyang,
lagi laaaa menggelepar dia nak kan kopiah macam tu.

Haji .. Haji.. Haji Mustafa tengah menggodek Astro.

Sabar je laaa..

3 comments:

Zura said...

hahaha...dh nama pun bdk2 ain...cepat nau terpengaruh...

zh-ena said...

tak tgk sgt tapi bila tgk iklan lawak la plak kan..selalu terlupa bila nak tgk

~ain said...

zura.. ye laa. asalkan terpengaruh benda yang baik tak pelaaa..

ena.. lawak jugak laa budak2 dalam cite ni..