Hari ni saya mengambil keputusan muktamad.
Setelah beberapa hari duduk berbincang empat mata dengan cik abang, kami mencapai satu kata sepakat..
Saya harap abang redho dengan apa yang saya nak buat ni.
Saya harap abang redho kalau kita terpaksa PJJ sekali lagi..
Mungkin untuk beberapa tahun lagi.
Saya menyesal sebab tak selesaikan sejak dulu lagi.
Saya memang menyesal..
Kalau saya teruskan dulu, mungkin sekarang saya sudah setapak lagi untuk tittle Dr. Noraini..
Kalau saya teruskan dulu, best2 je ayah nak tanggung yuran semua..
Sekarang? Sila fikir sendiri laaaa....
"Minta tolong dengan Bank Rakyat!"
~ala-ala iklan Bank Rakyat tu laaa.. hahahah
Saya tak mahu berada di sini selamanya.
Di takuk yang lama untuk bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang kemajuan..
Saya menyesal tidak teruskannya dulu.
Saya tak mahu menjadi individu yang mudah senang dengan apa yang saya ada sekarang.
Saya masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan..
Adik-adik saya masih belum boleh mencontohi saya.
Saya nak kan sesuatu yang lebih..
Saya bukan orang yang akan puas hati bila kerja dapat 'duit raya' RM1k dah senyum gembira..
Senyum tersengih-sengih sampai ke telinga...
Seolah-olah RM1k tu segala-galanya..
Bagi saya, saya memang bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah kurnia kan itu
Tetapi, belum berpuas hati.
Saya mahukan sesuatu yang setimpal dengan usaha dan komitmen saya.
Memang kerja perlukan keikhlasan, tapi boleh ke beli nasi dengan 'ikhlas' je?
Tak payah guna duit?
Oleh sebab itu, saya harus terus berusaha, dan mencari peluang.
Harta kebendaan memang untuk di dunia..
Namun, takkan kita mahu hidup dihina, dipandang rendah semasa di dunia.
Allah pun kata mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah.
Maka nya...
dengan sokongan dan dorongan padu suami tercinta..
dengan kata-kata semangat dari mak..
(ayah tak yah tanya laaa, memang dia suruh saya further)
saya mengambil keputusan untuk mengisi ini buat kali kedua...
Apa nak jadi, jadi lah..
Saya nekad.
Apa-apa perkara lain, biarkan..
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kami....
Semoga Allah memberi jalan yang mudah untuk kami suami isteri.
~amin
Buat adik-adikku, sesal dahulu pendapatan.
Sesal kemudian tidaklah berguna...
Semoga saya juga masih belum terlambat!!!
5 comments:
good luck ain. insyaALLAH dgn restu suami & keluarga, ALLAH permudahkn sgala urusan ain :-)
sha.. terima kasih sha.. ain mmg perlukan kata-kata semangat seperti itu.. waaaaaaaahhh sha.. profile photo sha dah tukar ek? hehehhe
perlukan perubahan mmg perlukan restu suami tercinta..jika suami ain dh benarkan mmg senang hati utk aper yg akan kita lakukan kan..
cha yok cha yok
chaiyok ain!
ena.. terima kasih atas sokongan ..
has.. Tq sooo much...
Post a Comment