Pembaca Blog Ini...

Monday, October 19, 2009

Sesungguhnya, syurga isteri di telapak kaki suami...(autopublish)

Saya buat entri autopublish ye masa lunch hour ni..

Al-maklumlah saya kan sedang mencoba untuk tidak mengadap laptop di rumah
demi untuk menyahut cabaran cik abang..
Mungkin dia mahu saya menghabiskan banyak masa untuk mengadap dia.
Lebih banyak masa untuk menggentel laaaa.. itu laaaaaa.. ini laaaa.. apa laaa...
Ye laa as long as masih berada dalam fasa honeymooning ni kan.. kan.. kan..
Jangan maraaaa aaaaa.. hahahha
Saya tak kesah laaa sebab he's deserve it. Dia berhak..

Nak cerita sikit..
Semalam cik abang sound saya..
Bukan pasal apa sangat..
Pasal saya ni kalau kat rumah
pakai t-shirt lusuh-lusuh,
seluar buruk-buruk laaa..
dengan rambut macam hantu raya laaa.... (ini saya tambah sendiri =))

Macam ni ayat dia...

"Ya Allah bini aku... Kalau kat rumah pakai baju berbintik sawo, seluar tidur gambar bunga-bunga laaaa...."
~sambil usik2 leher baju t-shirt saya (padahal nak usik 'benda' lain tu.. =p).
Kebetulan, semalam saya memang pakai baju paling lusuh dalam simpanan. Hahahah


Ok.. sambung lagi ayat dia..
"Cuba laaa pakai comel-comel sikit.. Pakai bedak-bedak sikit ke kat rumah.. Pakai baju elok, baju kurung ke...... Apa salah nya pakai lipstik sikit kat rumah.. Untuk suami.."
~apa ni, ari tu ahkak pakai lipstik kat rumah siap cakap ahkak buang tebiat.. Hahaha..

Lagi...
"Nanti kalau suami cari lain, baru laaaa nyesal.."
~cis.. ayat ni sungguh tidak boleh diterima. Tapi, semalam saya
mood baik punya.
Jadi, saya gelak-gelak je laaa dengar dia kata gitu..


Eh, tapi saya masih coba menjawab, (jawab.. jawab.. jangan tak jawab)...
Apa ek saya jawab.. Tak ingat laaa...
haaaa.. dah ingat..
Kebetulan masa dia cakap gitu, dia pun tengah tidak berbaju..
Dengan kain pelekat lusuh nya..
Kain pelekat kegemaran dia yang saya dah jahit
lepas tu koyak semula sebab dah gile punya lusuh..
hahahahah

Maka, ada point di situ...

"Abang ni.. pandai je cakap orang. Abang tu, dengan tak pakai baju nye.. Dengan kain pelekat lusuh sejak zaman tuk adam tu. Dengan perut yang dah ke depan tu.. Oooo... kalau isteri kena nak cantik-cantik, kena pakai mekap seinci dua... Kalau lelaki lek lek je kan kan kan.. Nak kawin lain.. eh eh...."
~ayat ini adalah dalam gelak-gelak ok.. bukan dalam intonasi serius..

Kah.. kah..
Kesudahnya dia diam, saya pun diam..

Saya merenung kembali kata-kata si suami yang walaupun dalam gurauan, ianya mempunyai makna dan petunjuk tersirat tentang apa yang ada dalam hati nya.. Yang saya pula, dah memang 'jaguh' menjawab.. Memang nak menjawab je kerja nya. Tapi, walaupun saya menjawab, saya tetap mengambil iktibar atas apa yang dikatakan oleh nya..

Sesungguhnya, syurga isteri di telapak kaki suami...


Artikel ini dari sini..

Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]

Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”

Dan kata-katanya lagi;
Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Renung-renungkan, dan selamat beramal..

Anda buat, anda dapat....

=)

2 comments:

Anonymous said...

kt rmh has pakai short skirt u! heheheh ;)

~ain said...

wow.. kelassssssssss has..