Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 27, 2009

Tangan comel kah?

hari ada masa sikit buat autopublish

Tadi, masa student datang jumpa saya nak tengok markah kerja kursus..

"Cik, tangan cik comel!"

"Ape?"

"Tak.. tangan cik comel.. jari bulat-bulat!"

Budak-budak ni.
Tetiba je tegur pasal tangan saya yang sememangnya comel ini.
Tapi saya dah biasa dah dengan kata-kata itu.
Memang selalu sangat orang tegur tangan saya.
Bulat-bulat dan gebu-gebu..

Walaupun masa saya kurus dolu-dolu,
tangan saya tetap comel dan jarinya bulat-bulat..
Saya suka tangan saya.
Sebab ia banyak berbakti.
Berpuluh tahun saya gunakan tangan saya ini.
Tak payah lah disenaraikan kegunaan tangan kat blog ni kan.
Melebih-lebih laaa pulak.. hahaha
Tapi, kerana tangan saya inilah
suami saya terpaksa membeli cincin saiz besar.
(lebih besar saiznya, tentu lebih mahal harganya)

ahhahahaha


Kalaupun satu hari nanti,
saya ditakdirkan menjadi kembali kurus dan langsing
angan-angan perlu ada,
rasanya tangan saya akan tetap seperti sekarang.

Ciri-ciri ini adalah diwarisi dari emak.

Terima kasih Allah sebab bagi tangan yang comel kat saya!

Alhamdulillah..

4 comments:

zh-ena said...

time ena kawen tak merasa nak pakai inai merah di jari mcm ain..mak ena tak bg la pakai mcm tu..jd pki bulat2 di jari ajer la

ain naper erk ena nak letak banner kat header mesti tak boleh..
blh bg step by step tak nak letak kat header tu..geram la asyik tak jd jea..nak crop gambo cantik2 tapi tak boleh letak plak..geramnyaaaaaaaaaa

Zura said...

hahaha...itu kelebihan org jari gebu..

xtgk lah mase kite jumpe tue...

~ain said...

ena.. ain suh orang tu lukis2 kat tgn tu sebab cik abang suka.. dia yang suruh.. heheh.. adik2 ipar seme tak suka, diorang cakap macam keling.. hahahha..

nak buat header, nanti ain email step by step..

zura.. heheh.. syukur laaa apa2 jenis gebu ke tak ke. yang penting, ada jari.. hahaha

Nurhayati said...

bestnye wat henna ;)