Pembaca Blog Ini...

Wednesday, October 21, 2009

Toyota Alphard vs. Toyota Viva (hahahahahahahah)

Tadi, cik abang ajak pi makan satay kat Jabi.
Kalau duk kampung ni, satay makan dua orang pun baru RM10 je..
Maknanya kalau setakat hujung-hujung bulan gini, masih boleh lagi laaa nak makan satay..
Hahahahha...
Kenyang gile tau..

Ok laaa.. bukan itu nak dicerita.
Nak cerita ni.
Kisah antara dua darjat.

Kami parking kereta dekat bawah pokok berhampiran dengan kedai makan tu.
Kemudian, masa kami tengah makan...
Ada sekeluarga baru sampai.
Naik Toyota Alphard warna hitam.
Toyota Alphard itu di parking sebelah kereta kami..
Turunnya pemandu tu dengan isterinya dengan 4 orang anak mereka yang masih kecil.

Alaaaahai kecik nya tuan nya.
Tapi kereta sikit punya bapak laaaa besar.
Lepas makan, masuk kami masuk laaaa kereta kan.
Nak balik laaaa.. (takkan nak duduk bertapa kat kedai makan lak kan..)
Saya cakap kat cik abang..

"Besarnya Toyota Alphard ni, bang"

"Ye laaa..."

"Abang sesuai laaa naik kereta besar macam ni. Abang kan besar.."

"Ye laaa.. Tapi orang tu kecik je.. Kereta dia besar.."

"Tak mengapa lah, abang..
Toyota VIVA kita pun ok jugak..."

Kemudian, kami sama-sama gelak berdekah-dekah bila saya sebut Toyota VIVA..
Kahkahkah..

Tak mau kalah..
Tetap nak Toyota..
Lantak lah Toyota VIVA pun..
Yang penting kami bahagia.
Tak de hutang keliling pinggang.
hutang tu memang ada... tapi, keliling lengan je


~Dari dalam sudut hati kami ada terdetik,
tak mustahil satu hari nanti kami juga akan berpeluang untuk
menggantikan Toyota VIVA ini kepada Toyota ALPHARD..
Usaha tangga kejayaan, kan?

=)

5 comments:

zh-ena said...

berangan dulu pastu pastikan berangan tu di capai..isyaAllah dipermudahkan

ain mcm maner nak buat garis kat tulisan tu..

Sidratul Muntaha said...

ahahahaha
sakit perut den!!
ain ni cam adik ayu...
suke jer buat tambahan ayat gitu!!
pernah ade sorg (sape ntah datang rumah) naik merz...
bile mak cam sedih2 tgk org tu ade merz,adik ayu ni pun ckp ler
adik: 'mak..kita ade merz beso lagi tau!'
mak: 'mana ade?!'
adik: 'ade kat blkg umah tu'
mak: 'merz apenyer?!'
adik: 'merz geledekan kta tu ler'
(wagon beso angkut rumput nak bg kambing makan)
mak and kami sume gelak beso!!!

Zura said...

kete baru ke toyota viva tue...hahaha...

~ain said...

ena.. berangan tak kena bayar pun. heheh

ayu.. ye laa.. sesuatu perkara tu akan jadi positif kalau kita pandang ia dari sudut positif.. tak perlu sedih dan susah hati kalau orang lain senang.. hehehe.. kita pun boleh gembira dan bahagia tanpa kekayaan dunia.. percaya laah..

zura.. a'h laaa zura.. baru launch semalam.. KAH KAH KAH KAH

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!