Pembaca Blog Ini...

Wednesday, October 21, 2009

Kisah Dongeng dalam Perkahwinan

Eceh.. sejak dua menjak ni makin banyak pulak tips2
dalam blog hakikat kehidupan ni kan..
Tak pe.. layan je laaa yek.
Sharing is caring kan kan kan..

Hari ni nak kongsi sesuatu dari buku "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah"
Saya dah khatam berkali-kali tau buku ni.
Bila saya rasa macam nak merajuk atau dah teeeerrrrrr merajuk,
saya baca buku ni untuk motivasi diri agar saya tak merajuk lagi..
Hahahah malu betul kalau pak ahkak baca statement ni
Sebab bila membaca... Saya sedar yang saya pun bukan nya perfect untuk cik abang saya, Jadi, kenapa pula saya nak cik abang saya perfect di mata saya?
Maklumlah kan, saya masih baru lagi dalam arena ini (ceh.. macam arena sukan negara pulak)


Kisah Dongeng dalam Perkahwinan..



1- "Bercinta untuk tempoh beberapa lama sebelum berkahwin
membuatkan kami serasi."

Sikap tidak puas hati akan timbul lebih kerap sesudah berkahwin.

Pengalaman saya laaaaa kan.. Sebelum kahwin, nak kentut dalam kereta pun malu. Biru-biru muka dok tahan kentut. Bila dah kahwin je, siap lock tingkap kereta kat window belah driver, lepas tu kentut sikit punya bau macam tuuuuuuuuuuuuutttttt. Bini nak bukak tingkap, dia tak mau kasi. Sampai hati dia 'membirukan' muka bini dia menghidu gas tersebut.. hahahah

Haaaaaaa... kan kan kan..
Masa bercinta semua wangi, masa dah kahwin macam-macam benda tak wangi nampak..

2- "Kami bahagia kerana nasib."
Cinta tak datang dengan sendiri. Ianya tak datang dengan hanya menunggu saja tau. Kena usaha mencari cinta. Masing-masing dalam perkahwinan kena berusaha mewujudkan magnet cinta supaya cinta dan kasih sayang dalam kehidupan lebih membahagiakan.

Apa-apa perkara pun tak leh harapkan nasib, beb!! Semua kena usaha...
Usaha laaa apa saja, asal jangan sampai guna bomoh
minta minyak senyonyong sudah leee... Nauzubillah... =)

3- "Anak menjadikan kami lebih akrab, bahagia dan gembira."
Dalam buku ni kata... Anak tetap akan menjadi pendorong kebahagiaan keluarga TETAPI jika fokus pada suami tidak menyimpang dan kekal sama. Kadang-kadang, isteri mula memberi fokus lebih kepada anak dan mengurangkan tumpuan kepada suami. Ini membuatkan suami pulak merebut kasih sayang dari anak.. Hehehe.. ada ke gini? Mungkin kot.

Ada juga (berlaku depan mata saya), pak nye sikit punya sayang anak, sampai anak jatuh pun dia salahkan mak nye. Siap suh anak nye 'babab' mak nye sebab anak nye jatuh. Aiisssshhhh.. saya rasa macam tak kena je kan situasi tu kan? Entah laaa.. Tak boleh laa saya nak hurai banyak-banyak, sebab saya masih belum ada penggalaman (baca dengan penGGalaman ye, bukan penGalaman.. ahahahah ~merepek).

4- "Jika berkahwin, suami saya lebih beruntung berbanding saya."
~ Perkahwinan adalah menguntungkan untuk sesiapa saja bergantung kepada niat. Suami akan lebih terjaga dari segi makan pakai, dan isteri pula mendapat kelebihan dari segi wang ringgit. Bila kahwin, suami ada kan nak tolong top up mana-mana sumber yang kureng cukup. Heheheh..

Bukan mata duitan ye, tapi kita ni hidup kalau tak de duit takkan nak makan cinta je kan.. Boleh pi beli nasi dengan cinta? Boleh? Boleh? Kalau boleh, mari kita ramai-ramai pi beli nasi kat kedai tu...

5- "Kami mesti dapat membaca fikiran satu sama lain setiap masa."
Tidak... Tidak... Kadang-kadang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun masih belum dapat baca fikiran pasangan. Apa? Ingat kita ni ada kuasa ajaib ke boleh nak baca isi hati orang..

Kalau kata memahami, .... mungkin. Itupun tidak semua..

6- "Kami pencinta sejati maka kami tidak akan ada masalah."
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri... Alaaaa.. malas laaa nak menyanyi lagu P.Ramlee dengan Sarimah dekat kandang kuda belakang rumah saudagar barang-barang antik tu (tak ingat nama dia)... Hari tu dah menyanyi kat blog Ena..

Ye lah, kan... Memang takkan ada pasangan yang takkan ada masalah. Masalah kat sini bukan semestinya konflik2 besar. Kadang-kadang konflik kecil2 pun cukup untuk menjadi 'barah' dalam hubungan kan. So, ubat nya.. Kata mak saya, sabar saja laaaaaa...

7- Orang berkahwin mesti melakukan semua aktiviti bersama-sama.
Walaupun dah berkahwin, kita mesti nakkan masa privacy untuk kita tanya pasangan kan kan kan.. Kalau asyik 24/7 duk 'menatap wajahmu' je, bosan juga kan. Tak yah laaa nak cakap tidak.. Baru-baru kahwin ye laaa kan.. Semua nya masih wangi. Bila dah lama-lama, sendiri mau ingat laaa.. At least, mesti kita nak masa menyendiri ke.. Jalan-jalan ngan kawan-kawan ke, kan..

Kadang-kadang saya fikir, macam mana laaaa orang yang kerja setempat dengan suami kan. Hahahah.. sungguh tidak berkembang minda. Tapi, semestinya kerja satu pejabat pun ada kebaikan juga. Terpulang pada rezeki masing-masing dan cara kita menghadapinya.

8- Ada wang semua masalah dalam perkahwinan selesai.
Wang bukan segala-galanya. Ada juga pasangan yang banyak duit, tapi bercerai berai sebab terlalu sibuk mencari duit. Lihat!! Duit pun boleh menjadi punca masalah kan? Jadinya, fikirlah sendiri kan....

9- "Latar belakang ahli keluarga tidak mempengaruhi perkahwinan saya."
Suka atau tidak, tingkah laku pasangan anda akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persekitaran dalam keluarganya.

Macam saya, saya ni hantu Internet. Boleh kata majoriti adik-beradik saya gemar online..

Kalau suami saya, majoriti adik-beradik termasuk laaaa pak dia minat hal-hal berkaitan dengan automobil. Sama seperti suami saya yang pelik dan kadang rimas dengan kegemaran kami yang macam cacing sakit perut kalau tak dapat Internet, saya juga kadang-kadang tak faham dengan hobi keluarga suami saya yang tak habis-habis dengan kerete, enjin, spare part kereta, sportrim.... hahahaha..

Apa yang penting, kita faham, menerima seadanya..

10-Pasangan yang bahagia hidup tanpa konflik.
Sekali lai, sila nyanyi lagi "Sedangkan lidah lagi tergigit" ~ke apa ek tajuk lagu tu?
Heheheh

Kata kunci dalam kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga ialah
TOLAK ANSUR dan BERSABAR kan?

p/s......
*Huraian untuk tips (saya cedok dari buku) di atas adalah hasil pemerhatian
dan juga pengalaman saya yang terlalu sedikit ini.
Mana lah tau, Tuan Zamri sudi nak berkolaborasi (Betul ke ejaan?)
dengan anak Tuan Imran pula untuk tulis buku-buku tips2 begini kan kan kan .....
(Kalau lah beliau sudi...... )


Saya sedar siapa saya yang baru setahun jagung dalam bidang penulisan ini

Banyak lagi tips yang best2 tau.
Sesuai untuk orang-orang muda macam i ni tau..
Orang tua pun boleh je kalau nak refresh - refresh kan kan kan....
Khabarnya buku ini sudah masuk cetakan yang kedua!

4 comments:

zh-ena said...

tips yg sebigini mmg bagus utk di baca..

Zura said...

tip yg bagus nie...tunggu zura kawinlah br zura gune tip nie..:D

Zura said...

tip yg bagus nie...tunggu zura kawinlah br zura gune tip nie..:D

~ain said...

ena.. refresh2 kan..

zura.. semoga zura cepat bertemu jodoh dan terus bahagia!!