Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Wah...
sekejap sahaja dah nak masuk tahun baru.
Rasa macam baru je lagi sambut tahun baru 2009 semalam.

Seperti biasa, bila masuk tahun baru
semua orang beria-ia mengarang azam baru kan kan kan?
Saya pun begitu juga lah.

Tahun 2010 ini tak banyak azam baru yang saya karang.
sebab saya sibuk mengarang novel

Azam tahun 2009, ada juga yang saya masih belum tunaikan.
Kebanyakannya memang sudah tertunai.
Namun, ada juga beberapa perkara yang diluar ketentuan saya.
Maka tidak lah dapat saya mencapainya jika tidak dengan izin-Nya.

Tak perlukah saya senaraikan apa yang sudah tercapai itu.
Ada di antaranya yang sudah saya ceritakan di entri-entri sebelum ini.

Takpelah...
saya akan terus berusaha mencapai azam-azam yang pending itu.
Sekali arung lah dari segi kehidupan
rumahtangga, kerjaya, keluarga dan sebagainya.

  • settle hutang piutang
  • nak rajin kemas katil .. hmmm... InsyaAllah..
  • mengarang 3 novel sekurang-kurangnya untuk 2010
  • selalu ke bengkel penulisan
  • nakbeli TV besar! HAHAHAHA (gelak pun besar)
  • sambung study

Ok..
Selamat Tahun Baru 2010
Semoga tahun ini kita akan menjadi
seorang yang lebih baik dari tahun lepas.

~gambar tak de sebab malas lah nak fikir.
(Malas pun kena kurangkan di tahun baru ini)

2 comments:

Anem Arnamee said...

Salam tahun baru ya:)

~ain said...

arnamee.. selamat tahun baru juga!