di manakah telefon bimbit saya. (sila baca label dalam gambar)
Khamis malam, saya dah perasan hp itu dah tak ada.
Tapi, dek kerana mata yang mengantuk... saya pedulik kan saja...
"Esok-esok saja lah cari!"
Jumaat pagi, masih tak jumpa cari juga.
Puas dah misscall dari hp cik abang.
Ada bunyi tapi tak berangkat.
Kalau kena curi
Tak juga dengar bunyi ringing dari mana-mana.
Saya pesan suami carikan dalam kereta masa pi solat Jumaat.
"Tak ada pun hp sayang!"
"Abang dah cari dalam dashboard?"
"Dah.. tak ada juga"
Haaaa.. sudah!! Mana pula perginya hp ni.
Adui laaaaaa....
Saya fikir-fikir..
Tertinggal kat mana-mana ke?
Seingat saya, saya tak pi mana-mana pun lepas balik kerja hari Khamis petang tu.
Saya harap saya tertinggal kat hp itu di pejabat.
"Arghhh.. malas sungguh nak pi cari kat opis."
Hari Ahad nanti laaa...
Harap sangat saya tertinggal hp di opis.
[Banyak sangat makan semut ke? Begitu sekali lupanya]
FYI, seumur hidup saya..
saya tidak pernah kehilangan hp.
Tercicir apatah lagi!
Harap-harap saya masih mampu memelihara 'rekod bersih' itu.
Psssssssss...
[SEKARANG SAYA BZ LAAA SIAPKAN MANUSKRIP. HUJUNG BULAN NI DAH NAK KENA HANTAR]
3 comments:
nk suruh beli hset br kot...
hahah. tak de maknanya zura.. ada tertinggal di opis.. kawan ain kata, masa belum kawin dulu, sampai hp nak bawa masuk ke jamban,.. sekarang dah kawin, main abai2 kan je hp.. hehehe
dah jumpa ker hp ain tu
Post a Comment