Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

Baru

Selama 3 tahun guna Sony Experia ni, mmg takde masalah pun. Walaupun dah guna lama sampai tak ingat dah apa model nya, performance tetap bagus. Tapi benda dah lama kan. Sempot, hang, tetiba gila tu perkara biasa. Aku ok je. Sejak jadi cheapskate ni mmg mcmni.

Last week, lepas bagi si kembooo makan tghari dia pi tumpahkan air milo sejug atas Sony Experia yg dah tua tu. Gila babun kawan tu kejap. Hahahahah.. gelak kecelaruan ni. Celaru kepala otak aku. Jemur atas dashboard kete masa g amik Naim kat sekolah. Lekit lekit toksah kata lah. Tapi aku tak salahkan budak2 sbb aku y salah buh atas meja makan. Arwah ayah selalu sgt pesan, jangan dekatkan gadget2 dengan air. Big NO! So careless kan?

Bila dah kering, still menggila gak Sony Experia tu. Nak guna kena buka casing belakang. Pastu tetiba bateri tercampak. Haru biru celaru betullah hidup. Hadui.. dah pk dah nak korek tabung ayam beli hp baru. Kalau tak rosak hp ni aku mmg pk nak tggu duit epf 50 tahun baru aku nak beli hp baru. Wakakakakaka. Maklumlah kan.. surirumah. Mana ada income. Nyusahkan suami aje. Menghabiskan duit laki aje aku ni. Dah lah takde anak. Jap lagi laki aku kawin lain baru mampos aku ni.. <---- kata sinis ke nista dari seorang hamba Allah yang tak ingat nk tgk cermin bila berkata-kata.

Ok. Sambung.......

Pk byk kali lah antara keperluan atau kehendak. Tapi, selama ni pun aku bukan jenis updated sgt pasal gadget ni. Beli sekali pastu bertahun lamanya pakai je bendalah sama. Minat tidak ke arah itu. Duit banyak habis ke lain bukan ke gadget.

Semalam demam. Demam terbaring tido tido tido saja lah kerjanya. Demam berjemaah dengan budak2 dlm rumah ni. Petang2 lepas asar tido lagi. Pening oiii.. tunggu cik abang pon tak balik lagi. Dalam hati agaknya dia OT kot. Wassap pon dia tak reply. Oleh sbb pening kepala, mmg tak pk sgt lah kenapa dia lambat balik. Dalam kepala, mmg OT kot.

Maghrib pon dia tak balik lagi    ....

Lepas solat Maghrib, pon sambung tido lagi. Adoi... teruk sgt perangai. Emak y masak semua sbb mmg tak larat.

Tetiba cik abang balik.. "Assalamualaikum..."

Jawab dlm hati ajelah.. kepala sinoneng lagi.

Dia keluarkan something dr dalam pouchbag dia...

Hp baru!!!

Terus rasa mcm baik demam..  Alhamdulillah .. selamat tabung ayam aku! hahaha

Sejujurnya, tak kesah pun hp jenama apa. Asalkan hp lah.

Terima kasih lah, abang   ..... Tak sangka pulak hehehehe ....

Kali ni tah berapa tahun pulak aku pakai hp ni .. 5 tahun bleh tahan ke?

Gambar? Takde... hahahah..

Terima kasih kerana anda gigih membaca post hambar ini.. hihi

Monday, September 14, 2015

Gila Cadar

Bulan ni aje dah 3 set cadar aku beli. Kalau mak aku tau, mampossss laaa aku kena bebel sebab membazir. Yelah, mak marah membazir sbb kena simpan duit nanti nak pi haji balik hari. Kahkahkah.. Maaf, gurau aje.. Betul lah kata emak. Berjimat cermat amalan mulia. Baiklah, emak.. Baiklah..

Bila dapat tau je BFF nak pi Ikea, terus download katalog digital. Hahahah.. Kirim tiga set. Murah-murah aje.. Sekali yang pattern dotdot coklat tu tak de. Hai laaaaaaaaa! Frust mak hencik. Oklah, dua je lah.

Lepas tu, ada pi Jusco tu.. Terbeli satu set Akemi... Dah tiga oi! Cik abang sengih aje. Ye lah sengih sbb tak mintak dia bayarkan. Sendiri nak, sendiri beli, sendiri bayar! Baiklah....

Monday, May 25, 2015

Punggah Baju

Malam ni rajin sikit. Sikit ajelah..  Kita buat clearance almari. Almari ni beli bila saya pindah sini. Bayar ansuran. Harga seribu hengget. Bulan ni last bayar lagi seratus hengget. Lepas ni, boleh beli perabot lain pulak. Hahahahaha..

Baju banyak yg tak pakai. Bukan tak boleh pakai tapi, tak suka pakai. Bukan baju favourite. So, terbengkalai... Masa pindah sini pum berkotak-kotak baju yg masih elok dah bagi kat bibik mak. Dia bawa balik indon bagi kat sedara mara susah. Kau baju berlambak lambak dalam.almari. Tapi, kat mulut kau asik cakap tak.de baju nak.pakai. Asyik gatal.online shopping baju baju baju baju baju.. Pening kepala laki aku melayan kerenah aku. Yelaaaa, aku lah suka beli baju. Pastu bila dah boring pakai, bagi kat orang. Dulu beli tudung memahal, bila dah boring bagi org. Kemain suma diorg dpt tudung mahal. Tak.mahal sgt pun tp ye laaa puluh2 hengget juga...

Banyak betul baju yg kena nyah dari almari... Kena jadi mcm imah ni. Oleh kerana almari dia.asyik roboh je dek kerana baju byk nau, imah takkan beli baju tahun ni. Dia.cakap, "Nanti sesedap.rasa.je org lain dpt baju tu sebab kita dah takmau. Padahal kita habis duit membeli. Tapi takkan nak jual balik kot, baju kita baju murah je kot. Bkn yg branded mahal. Alahai, sejak kecik.mak.dah ajar pakai baju pasar malam. Hidup je kitorang sampai masuk universiti plak...

Tuesday, October 14, 2014

Set Pinggan Baru

Sejak kawin, tak pernah beli set pinggan mangkuk. Pakai yang mak abah bagi. Nak bg pinggan yang percuma beli sabun dapat pinggan. Hahahaha.. Abah bagi set pinggan arwah ma. Cantik lagi. Dah guna bertahun-tahun maka ada yang dah pecah, sumpik dan tah hilang ke mana.
Kebetulan, kawan saya... Ada jual pinggan boleh bayar bulan-bulan. Hahaaaaa....
Dari bulan April gigihku membayar. Kalau rasa takde budget byr RM100 kalau byk duit byr lebih. Akhirnya.. Habis bayar, dpt pinggan... Tapi, bulan dpn ada sekali byr lagi. Hahahah Tak sabar sgt sbb nak pakai masa raya haji.


Tuesday, January 21, 2014

Kedai Kain Nagoya Kuala Terengganu

Saya dan cik abang dah berniat nak buat langsir untuk rumah abah. Minggu lepas alang-alang dah ke Kuala Terengganu, kita pun duk survey kain langsir kat Nagoya. 

Mula-mula fikir nak pi Nilai 3 nanti nak cari kain. Sebab katanya Nilai 3 banyak pilihan. Fikir punya fikir.. Jauh lah Nilai 3 tu. Banyak pilihan pun kena round satu Nilai tu dah lah panas. Saya kalau panas-panas ni mood  pun cepat kering. jadi garang, senang marah.. hahahahhaa.. Lagi pun kat Nilai 3 tu macam-macam ada. Kang tetiba terbeli bendalah lain kang.. Rabaklah... 

Saya tengok kat nagoya kainnya pun lawa-lawa. Dalam nak survey tetiba terbeli sebab dah ada yang berkenan. Dah cik abang kata lawa, lawa lah.. Nak kumpul adik beradik semua nak tanya fasal suka ke idak langsir ini itu, tak sempat dah. Belasah ajelah.. Kalau tak berkenan, lain tahun kita beli lain. hahaha

Macam-macam pilihan ada. Ada yang mahal puluh-puluh RM semeter. Ada yang belas-belas RM. Sangat lawa lah sebab mahal, kan? hahaha.. Kalau nak pakai dua tiga meter aje bolehlah. Semua sekali dah kira. Kami perlukan 68 meter.

Menurut budget yang terhad (semua benda nak buat pun mesti ada budget), kain RM5 adalah paling ideal. Itupun tak dapat bahagian dalam bilik. Takpelah, jangan kasi org masuk sampai dalam biliklah. Kalau ikutkan hatiku ini, memanglah nak beli yang ala-ala hotel tu kain tebal, lembut..wangi... hahahaha Dasar perempuan!


Banyak pilihan juga kain yang RM5 semeter ni. Oklah kan nak pakai kat langsir je. Kalau pakai kat badan tergaru2 lah kot. ahahahhaha... Beli dengan tape putih untuk penyangkut tu sekali.. Segulung besoo RM28. Kawan kata kat situ paling murah lah. So, kita beli je terus. Nak cari yang gulungan kain dia masih tebal2 dan besar2 sebab kita nak pakai banyak meter. Rumah banyak langsir, banyak pintu. Kalau rumah saya, ada sliding door aje. Bolehlah nak pakai kain mahal sebab sikit je nak guna pun. Ini rumah kampung, kan..

Dah google2 sikit. Nak buat pattern macam ni. Nampak simple dan agaknya mudahlah kot nak jahit. Tak nak yang ropol2 bagai sebab kesian tukang jahit..... Kalau jahit satu pattern je, tak nampak lah pembaharuan pulak. Kain biru putih mcm ni ada kat Nagoya tu tapi alamak ai.. semeter 23 hengget Malaysia. Mati laaaaa tak mampu! Kain aje dah 1500++.. Mahu muntah kain! ahahhaa


Belum masuk upah menjahit lagi ni. Kalau biasa tempah langsir, tukang jahit kira kaki. Hahahahhaha merangkaklah nak bayar upah. Mujurlah ada kawan tukang jahit kasi harga kawan-kawan. Kalau tidak, aku jahit tangan je... Sambil lap-lap air mata. Hujung tahun 2015 belum tentu siap.


Ok, bai!

Saturday, December 28, 2013

Cerita Keselesaan

Kita yang badan besar ni memang akan ada masalah fasal nak pilih bra yang sesuai. Saya pun lah. Kalau bab tudung saya cerewet, bab bra pun cerewet juga. hahahah.. Sebab mesti selesa lah. Sebelum ni pakai jenama Triumph... Mesti.. Sebab jenama lain dah cuba, tapi tak ngam. Macam - macam hal kang nanti.. 
Triumph ni kan macam mahal sikit, kan? Tapi sebab satu-satunya yang selesa.. maka itu je aaaa yang saya beli. 

Tapi, sejak dua menjak ni dah ada pulak orang jual Genie Bra. Hahaha.. seperti biasa saya mudah terpengaruh. Saya try lah beli satu. Satu set maksud saya. Ada 3 helai. Pastel colour. Pink lembut, biru lembut dengan purple mcm nak kelabu2 sikit. Malang betul yang kelabu purple tu tah mana pegi. Saya syak ada kat Melaka. Tertinggal kot. heheh. 

Kalau ada orang tanya, best ke idok Genie Bra nih.. Saya akan jawab cepat2.. Best! Selesa sangat. Lebih selesa dari pakai Triumph yang mahal itu. Genie Bra ni mcm sport bra. Ada sekali pad nipis disertakan. Support yang diberikan mencukupi. Tak londeh2 talinya. Senang dicuci. Boleh masuk mesin. Tak rosak. Makin selesa pulak. Takde batang besi terkeluar bagai. Tapi, takdelah renda2 seksi ke apa.. Kain lembut dan best. Tak gatal. Full coverage. Lelemak tak tumpah. ahahaha.. Tak de cangkuk2 yang lama lama berkarat. Harga pun tak mahal mana. Tak semahal Triumph pun. 

Korang boleh google cari. Kat instagram pun ada yang jual. Ada yang jual mahal. Murah pun ada. Saya dah beli dua set sekarang. Jap jap lagi nak beli lagi banyak2. Nak belikan untuk mak. Untuk adik. Keselesaan yang perlu dikongsikan. Selesa ni akan buatkan kita rasa lebih sihat. Tak sakit belakang. Tak tension. Takde la pucat mcm tak cukup oksigen sebab tersalah saiz. Terketat ke terlonggar ke.. 

Serius nih. Bukan cakap kosong. Sebab selesa sangat, dah tak pandang Triumph yang lama-lama tu. Tah mana pergi pun tak peduli. Macam habis madu sepah dibuang. 

First time beli tu kat penjual mahal sikit. Sekali jumpa kat instagram, jual lagi murah dari yang pertama. Sama je. Takde beza. Mungkin penjual pertama tu dapat brg harga mahal. So, dia jual laaa mahal. Yang penjual kedua tu pulak, mungkin dia dapat supply lebih murah. Tapi, kita mestilah nak yang murah dan berkualiti.. hehehe

Kalau nak tau penjual mana, bolehlaaa tanya saya kat email ke, pm ke.. Nanti saya bagtau lah detail. Saya tak jual tau. Saya boleh rekemen je mana seller yang murah tapi bukan fake product sebab saya dah beli. Sharing is caring, kan? 

Gitew lah...


Sunday, December 22, 2013

Tudung Murah Tidak Tension

Hari Rabu lepas, petang ada hal di Kuala Terengganu. Settle hal semua perut pun lapar!

Ajak cik abang makan nasi ayam kat Batu Enam. Popular nasi ayam  ni. Dulu (zaman sekolah menengah), harga nasi ayam dia RM2 aje. Ayam menimbun. Sekarang dah RM4.80 dengan ayam seciput!.. Ahhhhhhhhhhhh! Tak puas makan ayam! Bagi saya biasa-biasa aje nasi ayam dia. Korang boleh google lah kalau nak tau pasal kedai nasi ayam Batu Enam ni. Kalau ada laaa.. Kalau takde, ahhhhhhhhhhhhh pepandai la korang. (Ayat malas nak cerita dah).

Lepas  makan, kena beli tudung. Paksa! Paksa! Sebab tudung kesayangan saya telah defect pasal apatah. Mungkin kerana kecuaian sendiri. Tension! Dah lah beli agak mahal. tapi idoklah sampai sehelai tudung seratus lebih. Puluh-puluh aje. Tapi, kira mahal jugak lah kan......

Korang boleh google. Desa Murni adalah popular. Batu Enam ada satu cawangan dia. Lebih lengang dari kedai lain sebab kecik aje lah kedai dia. Kalau malas nak masuk bandar, kedai tudung Batu Enam ni ok lah.. Saya jarang beli tudung kat sini sebab selalu kena awning serabut. Kemek... Blablabalabalaballala..

Saya sangat cerewet tau bab tudung. Memang cerewet. Sebab tu lah saya tak banyak tudung. Kalau pakai sekali dua, rasa tak selesa, saya bagi orang aje lah tudung tu. Saya punya Ariani dua tiga helai pun dah takde. Semua dah kasi orang. Kebanyakan yang selalu saya bagi kat makcik-makcik saya. Yang lawa sikit, saya kasi emak. Pernah sekali dua, beli tudung.. Belom pakai lagi dah bagi kat emak... Kecerewetan yang teramat. Lagi satu, kalau dah beli lepas tu balik tanya cik abang, "abang, lawa ke tak?" Kalau dia kata, "Tak!" Memang saya takkan pakai dah. Haaaaaaaaaaaa.. tahap gaban punya cerewet!

Tapi, sebab terpaksa kan. Beli jugak lah kat Desa Murni ni. Selalu beli kain pelikat, telekung, kain ela aje kat sini. Bab tudung kedai ni selalu tak memuaskan hatiku ini. Mungkin sebab banyak sangat tudung kat sini, jadi diorang payah nak handle... ahahaha pepandai je aku ni!


Beli dua helai tudung. Purple (RM17++) dan hitam (RM20++ sebab ada sulam batu apekebendatah). Tetiba terbeli kaftan baju tidur (RM10++) pulak... Tension hatiku ini! Semua sekali RM50++ aje. Hambek! Murah, kan? Paling bagus, kali ni tudung yang saya beli sangat memuaskan hati. Awning kemas dan buat wajahku bertambah ayu (pui).. Kejap-kejap tengok cermin. Hahahaha..

Murah aje. Kalau pakai lepas tu defect. Nak buang pun tak tension, kan?



Monday, October 28, 2013

Beli Online

Saya selalu beli shower gel. Macam yang saya pernah bgaitau sebelum ni. Saya selalu tukar tukar guna. Bukan dah habis satu botol, saya guna lain pulak. Kalau ada 5, kelima-lima jenis ada dalam bilik air. Saya guna ikut mood. Hahaha... 


Masa cuti raya haji, belikan emak hadiah besday. Set Mountain Rose ke apa tah nama dia. The Body Shop je pun. Itu aje yang aku mampu setakat ini. Kot masa lain, mampu belikan yang lebih lagi.. InsyaAllah.. 


Kebetulan masa tu pi shopping dekat Aeon Melaka. Besday mak dah dekat, so belikan lah. Adik-adik cadangkan beli perkakas dapur macam set kuali ke, periuk ke atau set pisau. Apa da? Emak memang suka benda macam tu sejak dulu. Tapi, asyik nak suh mak masak je. Dapur emak dah penuh dengan macam-macam jenis perkakasan. Lagipun, saya pernah cakap kat mak hari tu yang mak masak dah tak macam dulu. Emak jawab, "Ayah kau pergi bawa resepi-resepi aku sekali.." Bunyi macam lawak je tapi sebenarnya menunjukkan rasa hati emak yang sebenar. Takpe, aku faham! Semua tengah belajar bertabah. Perlahan-lahan..


Naim suh beli bekas beras Tupperware. Itupun cadangan bagus.. Tapi, kena order lah bendalah tu. Saya nak cepat.Lain kali


So, saya dan cik abang decide belika emank shower gel, body lotion dan EDP .. Emak nampak macam suka. Icah kata kenapa tak beli yang White Musk sebab emak memang suka bau tu. Tapi, saya cakap.. Tak naklah sebab itu kan ayah pernah belikan untuk emak. Nanti emak sedih pulak. Baiklah kita cuba sesuatu yang baru...."

Baru-baru ni dapat sms pasal The Body Shop ada sales. Haaaaaaa.. boleh beli online. Suka betul! Boleh pakai kad kredit. Haaaaaaaaaaa! Haaaaaaaaaa! Saya pun apa lagi? Sikit lagi nak meroyan dah. Rasa semua jenis shower gel saya nak. Masuk basket, keluar basket, masuk keluar masuk


... Sekali RM500++.. Kau gila? Tak kuasek aku. Membazir lah sangat kalau beli sampai RM500++ Keluar basket balik. Last sekali saya beli ini aje...


 Shower gel 
Atlas Mountain Rose (macam emak punya)
dan
Amazonian Wild Lily


Semua sekali, RM90++ termasuk pos. 
Order Ahad, hari Selasa udah sampai.
Sangat berpuas hati.
Kira berbaloi lah kalau nak pi outlet kat Kuala Terengganu tu agak jauh.
Belum masuk kos kena hasut dek salesgirl terbeli benda lain yang bukan-bukan.


Suka! 
Bau bunga-bungaan.
Bila mandi pakai sikit-sikit sebab sayang. 

Hahah psiko!


Sharing is caring!
www.thebodyshop.com.my

Thursday, October 3, 2013

Susuk Dara Deep Heat Lotion

Hamboi!


Siap nak bersusuk dara bagai?
Bukanlah nak langsing. 
Hai... macamana nak langsing 
kalau makan tak kawal mana dan tak buat senaman secara konsisten kan. 
Tak jalan lah kalau setakat bergantung kat losyen aje.


Tujuan utama beli mendalah ni sebab yang losyen pati halia mustajab tu dah habis.
Bertahun kot baru habis. 
Tak sapu tetiap malam. Kalau masa badan berangin tu, memang lah cari losyen panas-panas gini.
Lepas tu sedaplah kentut..

hahaha



Harganya mahal sikitlah dari yang mustajab tu.
RM48 kot kalau tak silap. 
Yang mustajab tu RM30++ je kot.
Tapi, yang ni pijau (pijar) nya lain macam.
Kalau tak cuci tangan dengan sabun betul-betul, memang meraunglah kalau tergosok mata!


Suka pakai. 
Kepanasannya berpanjangan. 
Kalau pakai malam tu, sampai esok pagi pun rasa panasnya lagi. 
Tak melekit. 
Tapi, leceh sikit sebab nak bangun cuci tangan pulok.

Tuesday, August 20, 2013

Jahit Bantal


Dah lama tak jahit bantal busuk. 
Last sekali, cik abang tolong jahitkan.
Tapi, dah lama dulu. Tak ingat dah bila.

Hahaha.. Dah tua pun masih ada bantal busuk. Cik abang belikan bantal ni masa tengah hangat bercinta. Tahun 2006 atau 2007. Kat Giant dekat stadium Shah Alam tu. 

Saya suka bantal ni bukan sebab cik abang belikan. Tapi, sebab bantal ni fleksibel. Kalau kita pi mana-mana yang perlu bermalam kadang-kadang takleh tido sebab bantal rendah sangat ke, tinggi sangat ke... Bantal  ni jadi penyelamat. Setiap kali. Saya lipat sikit, adjust sikit... terus selesa je nak tidur. Kadang-kadang cik abang pun pinjam bantal saya sebab selesa. Tapi, dia kena tahan bau lah sikit. hahahhaha

Oleh kerana ke fleksibelan itulah bantal merah bentuk bibir ini masih bersama saya. Esok lusa kena basuh lah sikit sebab masa jahit baru perasan yang memang busuk laaaa bau dia. hahaha.. Kesian cik abang terpaksa bersabar lama!

hahaha

Saturday, July 20, 2013

Shower Gel

Mungkin ada yang tak tahu yang hobi saya (salah satu) ialah membeli shower gel. Bukan yang mahal-maha pun. Yang murah-murah je. Yang kecik-kecik sebab saya pakai sorang je. Untuk cik abang. saya dah belikan dia sabun susu beras 12 ketul dan shower gel Dove untuk lembapan kulit. Cik abang kesayangan saya kulitnya pelik sikit. Sensitif lah. Mudah kering. Kalau tak beri rawatan lebih, rasa macam bersisik. Ditambah dengan memang kulit dia macam alergic sikit. Jenis kulit macam tu. Maka, tak boleh pakai shower gel sembarangan. 

Saya kalau pi kedai nak beli telur pun saya boleh menyinggah beli shower gel. Suka! Hari ni pagi saya pakai shower gel bau lavender, petang nanti bau sitrus... malam nanti bau rose.. Haaaaaaaaaaa, ikut suka nak pakai yang bau apa. Kalau rasa nak bau baby, pakailah milk bath Baby Johnson. Gitewwww......  Kalau rasa macam busuk sangat aku ni. Kita pakai white musk. Kasi hidung laki den pedih sket. hahah

Antara yang saya suka ialah jenama Palmolive. Murah je. RM4.50. Bolehlah tahan sebulan dua sebab saya gilir-gilir pakai dengan jenis lain. Dah 4 botol saya beli. Tetiba kelmarin, naik harga jadi RM5.60. 



Terkejut!

Sunday, June 2, 2013

Mini Water Dispencer

Sejak dua menjak ni, minum air kosong tak sesedap dulu. Penapis air yang kat rumah sekarang ni macam dah habis jangka hayatnya. Macam nak minta baling ke laut. Ahahah.. Tak tahu mana nak cari alat gantinya sebab yang belikan dulu tu emak. Emak belikan masa baru-baru kahwin dulu. Masa tu elok. Air tapis tak rasa air paip. Sekarang, erkkkkkk... Tekak macam berpasir je rasa bila minum. Saya tengok cik abang minum ok je. Ke saya je yang ngada-ngada?

Semalam saya ajak cik abang pi Giant. Nak beli sesuatu untuk selesaikan masalah ini sementara. Nak beli penapis air yang baru, memang taklah buat masa ni sebab tabung pun dah ringan. Tak cukup duit. Nak beli yang Coway panas sejuk panas sejuk tu, mahu ribuan ringgit diperlukan.... =)


Saya beli ini. 


Kena belilah stok air mineral tu. Yang tu lah cik abang macam tak setuju. Dia kan macam sayang duit sikit. Masalahnya nak beli water filter baru memang blom cukup duit. Takkan nak jerang air? Tak kuasek mak.. Dia ok je boleh minum air tu. Tapi, saya takleh. Lain orang lain lah jenis tekak dia kan... Bukan saya tak cuba, tapi tak berjaya nak buat dek je dengan rasa air paip tu. Bila saya bancuh kordial sebab nak hilangkan rasa air paip tu, dia cakap minum air manis je kang kena potong kaki.. Memang mengundang laaaaaaaaaaaaa ayat dia. 


Saya tak pedulik. Kali ni, ampunkan saya wahai suami. Saya beli jugak. Water dispencer bawah tu, RM30++ air dia 6 liter tu RM7++. Yang ada air panas sejuk tu RM80++ tapi takde stok dah. Lagipun, saya mana minum air panas sangat. Tambah pulak, memang memekak lah laki aku sebab kena guna kuasa letrik kan.. hahahah.. Alahai, nak minum pun nak berkira! Tak kuasek!


Bila dah elok pasang, sedap pulak dia ulang minum air mineral tu. Bila kita cakap, 'Haiiii.. sedap nye air mineral kan?" Dia jawab, "Yelah, abang minumlah air paip tu.."


Mengundang....

Wednesday, April 17, 2013

Rice Dispenser Pelepas Geram

Saya telah membeli mendalah ini untuk melepaskan geram! 
Saya dah lama nak beli mendalah ni. 
Banyak kali saya hint hint kat cik abang. Dia buat dek je. 
Geram. Tapi, simpan dalam hati je laaa.. 


Dalam hati isteri mithali (konon) ini, 
"Mungkin suamiku itu tak de duit lebih kot. Sebab tu lah dia buat dek je.."


Akan tetapi (sangat ayat penulis)..
minggu lepas eh... Ahad lepas dia ajak saya ambil kereta WUH dia kat pomen.
Dia modified WUH. 


Saya tanya, berapa kena semua ni?
Selamba dia jawab, "RM1000. Dapat diskaun jadi RM950 je.."


Saya macam... "Apa?? Perlu ke semua ni?"
"Perlu.."
"Kalau tak buat, kereta takleh jalan ke?"
"Takde lah.. Ini untuk kepuasan.."


Sakit hati. Orang lelaki macam ni laaa, kan?
Bila kita, "Jangan membazir. Ingat sikit.."
Bila dia, "Demi untuk kepuasan..."


Dia cakap lagi..
"Nasib baik abang habiskan ke kereta. kalau abang habiskan ke pompuan lain?"
Alasan nak kasi aku senyap laaa tu, kan?


Haaaaaaaaaaaa!
Saya pun geram. 
Saya pun order Rice Dispenser ni dari Kak Stoberi. 
Mula-mula nak lepas geram, usha Coach.
Lepas tu, fikir.. fikir...
Macam sayang duhet.. het.. het.. 


haaaaahaaaa
Lepas tu, memang duit haku sendiri yang habis!
Tapi, puas hatiku!
[Kita boleh claim next next next time]

Friday, February 22, 2013

Online Shopping

Saya lama tak tempah baju kurung.
Lama tak beli baju sebab payah nak cari kain yang takyah iron.
Saya selalu pi kerja pakai blouse ngan skirt je.
Takyah gosok.


Sesekali kalau perlu berbaju kurung, barulah paksa diri mengosok baju.
Kalua kena baju sutera, memang nanges laaa nak iron.
Terseksa jiwa. 


Tetiba saya ter like satu website yang jual baju muslimah. 


Terbeli lah dua pasang baju kurung kain lycra yang sejuk dan tak yah iron. 
Selesa dan tidak melekat kat badan.
Pattern dia lawa.
Sesuai untuk orang besar yang nak nampka kurus.
Cik abang kata saya nampak kurus.
Terus rasa nak order 8 pasang! (kalau murah)
Tapi, tak maulah beria sangat sebab kot kot duit nak pakai untuk hal lain.
Bulan 3 kena balik Melaka, kenduri kawin adik-adik saya. 

 


Try laaa terjah website tu. 
Best sangat! Puas hati!

Wednesday, August 1, 2012

Saling Meleleh


Saya memeleh air liur tengok koleksi Poh Kong yang ini.
Teringin!


Cik abang pulak meleleh air mato.
Sedeh!


huahuahuahuahuhuahuahuauhuhahua

Thursday, December 29, 2011

Yang Mana Satu

nak pakai pi bengkel hari ni?




Monday, October 10, 2011

Kain Ela

Hari tu, ada beli kain ela.
Sampai ke hari ni tak hantar pi tukang jahit sebab tak sempat.
Bila ada masa, ada pasar pulak depan kedai tukang jahit tu.
Susah nak parking pulak depan kedai dia.
Nak kena parking jauh. Memang tak lah.
Saya kan sayang lelemak. kehkeh


Inilah kain saya… Dua pasang.
Satu lagi yang tepi tu dalam gambar tu.
English Cotton yang lembut gila babeng.
Suka sangat-sangat. Tantik (cantik) tak kain saya?


Saya selalu macam ni.
Sebelum masuk kedai, plan nak beli kain yang
warna pink laaa… purple laaa…
Nak cari yang kuning ada oren-oren laaa
sebab nak match dengan tudung sekian sekian.
Sekali, masuk kedai memang selalu terbekenan warna macam ni.
Saya sendiri dah naik bosan.
Tapi, nak buat macam mana.
Hati dah teeeeerrr suka kat yang lain.

Masa pergi Wakaf Che Yeh tu, ada kain ela murah.
RM30-40 sepasang.
Kualiti pun bagus. Berat kain dia.
Saya suka kain berat2 sebab tak payah gosok. hahaha
Tak pecah-pecah kain dia macam sesetengah kain murah.
Takde lah nampak macam kain murah.


Tapi, sedih sekali dirasakan di dalam hati.
Masa tu duit dalam purse dah habis sebab dah beli blaus ke apa benda.
Tambah lagi, hujan tetiba turun dengan lebat maksima.
Nak pi ATM pun jauh. So, tak de lah membeli.


Tapi, ada hikmah juga semua tu.
Idaklah rabak poket saya kan.
Nak pow cik abang pun takut.
Sebab saya tengah atur strategi sekarang nak mengepow dia benda lain nanti.
Takleh bagitau kat sini.
Nanti dia tahu laaa (dia baca tau blog saya).. wakakakaka

Ok, itu sahaja…..


Tuesday, July 26, 2011

Botol Air

Semalam saya pergi Giant.
Nak beli botol air.
Saya selalu beli air botol mineral kat Shell yang harga dua hengget lebih tu.
Bukan sebab apa.
Sebab malas tadah air.


Orang kata, tak elok kan guna botol mineral tu byk2 kali kan.
Botol air yang ada kat rumah, semua macam takleh nak harap.
Selalu bocor je...


Bukanlah semata-mata nak beli botol air.
Nak beli barang dapur sikit.
Lepas tu, tak jadi nak beli botol air sebab macam ke hape je botol air tu.


Sebenarnya, dah aim botol ni.


Keluar je Giant, ada booth orang jual Tupperware.


Terus je beli pakai duit cik abang.
wahahaha


"Makcik, kalau bukan ahli boleh beli ke?"


"Boleh...."


[Nota: Saya ada botol air cantik!]

Monday, June 27, 2011

Tudung Gila

Eh, lupa nak bagitau!
Hari ini saya pakai tudung macam ni.
Pinjam Icah punya.


Cantik tak?


Tapi, pagi-pagi lagi cik abang cakap, "Macam orang gila!"
Tergamak weh, dia cakap gitu....


Kalau korang? Apa korang rasa?


Saya?
Walaupun saya tak rasa pun saya macam orang gila, tapi memang kecik hati lah, kan?


Tapi, takpe..
Ada hari boleh balas.


[Esok, biar dia gosok baju sendiri! Huh....]


wakakakaka

Wednesday, March 16, 2011

Jam oh Jam..

Masa balik Serdang dua minggu lepas, saya telah kehilangan jam tangan.
Entah ke mana perginya jam usang saya tu.
Sedih... Dah lah jam tu best!
3 tahun dah saya bersama jam itu.


Tak biasa hidup tanpa jam tangan,
saya pun minta abang belikan yang baru.
Hehehe
Ngade...


Beli yang murah aje sebab nanti kalau hilang lagi,
tak de laaa kecik hati sangat kan?


Beberapa hari lepas, saya jumpa jam tangan yang hilang tu dalam handbag saya.


Sekarang, sudah ada dua jam tangan.


lalalala