Pembaca Blog Ini...

Wednesday, January 13, 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Dua tiga hari ni, abang rasa tak nak duk sini je. Sebab tu abang tak cerita pun apa-apa kat sayang dua tiga hari ni. Abang tahu sayang pun akan sedih juga. Abang tak nak tengok sayang menangis sebab ni lagi. Abang rasa nak pindah je dari sini. Tak nak dah dengar orang membandingkan kita dengan orang lain. Abang rasa diorang semua memang tengah bercakap apa-apa tentang kita. Abang tak leh nak pi tengok lagi. Abang rasa sedih, bimbang, susah hati... runsing... Tapi, abang pun tahu abang tak boleh macam ni sampai bila-bila. Abang tahu, kita takkan boleh lari ke mana. Kita kena hadapi juga."

"Kita memang kena hadapi pun, bang. Kita tengah hadapinya pun sekarang. Abang, owang pun rasa apa yang abang rasa. Tapi, owang lega sebab abang sentiasa ada untuk owang. Biarlah semua orang tanya itu ini begitu begini. Semua orang yang tak rasa, tidak mungkin akan memahami perasaan seperti ini, bang.. Kadang-kadang owang fikir, kenapa mereka.? Kenapa bukan kita? Owang dah tak nak menangis sebab ni lagi sebab owang tahu, Allah lebih tahu apa yang Dia nak beri pada kita. Dia pun tahu kenapa mereka bukan kita! Tapi... owang tetap sedih. Dalam hati ni, ntah macamana nak digambarkan. Tak ada siapa yang tahu. Kalau owang kena sedih sendiri2 owang tak kesah.. tapi, owang terpaksa susahkan abang.."

"Abang tahu.. Tapi, abang tak pernah sikit pun abang salahkan sayang. Perkara gini bukan buat abang jauh dengan sayang. Abang lagi bertambah sayang kat sayang tau.."

"Abang, kenapa abang tak nangis pun. Kata sedih!"

"Hmm.. abang sedih juga. Sedih tak semestinya kena menangis. Belum sampai rezeki kita. Takkan kita nak merepek meraung sambil terjun bangunan pulak!"

~Kacau mood betul laaaa dia ni.. Baru nak dapat feel nak nangis. Dia buat lawak 'terjun bangunan' pulak dah! Adoyai................

11 comments:

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

hahah
sempat wat lawak plak dah

=}

ckds ahra said...

pedulikan apa org kata....mulut org mana bleh tutup...sabar lah yer...

Tihara said...

PASAL APE NI AIN?
SAYE NAK TEKA TAKUT SILAP..

-MUN- said...

Ain..
Kita menghadapi perkara yg sama..Belum sampai rezeki kita lagi..org lelaki ni, mmg susah nak nangis Ain..w/pun dieorg sedih, tapi hati kuat..tak mcm kita ni, skit2 nangis,emosi..dgr org pregnant,Mun boleh nangis sedu sedan..tp itu dulu,sekarang mun pikir +ve..Apepun, kita kena bersyukur dgn ape yg ada..plg penting,ade suami yg tersangat2 memahami situasi kita..pasti ade hikmah disebalik semua ni..Semoga kita semua akan terus tabah dan kuat utk menghadapi dugaan ni..amin..

zh-ena said...

hilang steam nak nangis :D

zh-ena said...

hilang steam nak nangis :D

Sidratul Muntaha said...

sengal ler..
mmg somi2 sume gitu wahai ain oii..
takleh nak feeling romantik!!
ekekeke..

honeylanz said...

power dah ayat² atas tu..tup² ayat bawah nk terjun bgnan lak ;)
p/s: pas ni cake nk msk cake apa lak ;)

~ain said...

yani.. itu laa pasal.. sabo je laa..

ckds.. tengah sabar laaa ni..

tihara.. apa yang anda nak teka itu? heheh

mun.. Allah itu kan Maha Kaya. Semua segenap isi bumi ini, Dia yang punya...

ena.. a'ah.. tp pastu nangis juga.. hahaha

ayu.. terkekek2 aku gelak tau.. hahahha

has.. hmm.. mungkin cheesecake kot.. =)

Tihara said...

ain..yg saya nak teka tu pasal anak kan..
saya dah 8 tahun kawen..tapi belom ade rezki..

cuba lah bayangkan bagaimana tahap stress saya ni..

Cuma ingat yang Tuhan itu Maha Pemurah.. Insya-Allah,sampai rezki kite tu nanti..Insya-Allah

~ain said...

tihara.. semoga Allah merahmati kita dengan nikmat-Nya..

Amin~