Pembaca Blog Ini...

Saturday, January 16, 2010

Merancang Percutian

Autopublish

Kami merancang sebuah percutian ringkas untuk kami berdua.

Kira macam honeymoon juga lah.
Selagi berdua, selagi itu lah ada masa nak jalan-jalan.
Nanti nanti kena fikir banyak perkara pula kan...
Lagipun, memang ada hadith yang sebut
yang kita harus rebut 5 perkara sebelum 5 perkara kan?

Kami tak nak percutian yang lama-lama.

Kena tengok pada tempat juga kan.
Kalau menarik, dan banyak tempat nak dikunjungi, haruslah lama sikit.
3 hari 2 malam ke kan.
Kalau tak de banyak sangat destinasi, 2 hari 1 malam pun ok rasanya!

Kalau boleh tak mau jauh-jauh sangat.
Dan tak nak dekat sangat.
Nak ambil mood menulis 3-4 novel pada tahun 2010 ini! (nanti lah saya cerita)

Dalam kepala telah terlintas beberapa destinasi...


Pulau Langkawi..
Tapi, dah plan nanti nak pergi dengan mak ayah dan adik-adik.
Lagipun, kalau dari Setiu ni nak ke Langkawi jauh juga kan..
Kalau AirAsia nak kena pi LCCT pastu baru ke Langkawi.

Kota Bharu..
No..no..no.. tak mencabar ok!
Asyik Kota Bharu je.
Kalau ke Wakaf Che Yeh boleh laaaa membeli baju ke tudung ke.
Tapi, kami bukan nak membeli.
Kami nak jalan-jalan, rehatkan diri dan berkasih sayang...
(macam laaaa kat rumah tak leh berkasih sayang)


Pulau Redang... Ish.. musim hujan hujan ribut ribut ni kan..
takkan lah nak pi pulau.
Bahaya!


Cameron Highland...
Hmmm.. bagus!
Saya rasa ini adalah pilihan yang tepat setakat ini.
Akan di propose kan kepada cik abang...
Semoga beliau setuju!

4 comments:

Anonymous said...

has vote for Cameron Highland. sejuk!
if nk g honeymoon sesama ke langkawi pun boleh..has pg 28mei2010 ni..raikan 8th anniversary ;)

~Eila Nur Kaseh~ said...

langkawi best!! kak eila tetiap tahun pegi...memula sampai tuk hanimun..pastu setiap thn pegi just jalan2 je...awal bulan februari thn ni akan pegi lagik..hehe

kak eila add lagi satu tpt..bukit tinggi, pahang..dok 1 malam..mmg syok..tpt tu sesuai tuk relax..jalan2 berdua..

Zura Tahir said...

g lah cameron...okey jgak...

pB said...

Go to Sabah ...

bestttttt