Hebat jugak hotel ni. Murah je satu malam RM70, bilik sempit je. Kalau kami berdua ok lah, kira selesa lah. Tapi, ada wi-fi. Masa tengah survey hotel tu, nampak je perkataan wi-fi terus je decide nak duk kat situ. Walaupun sebenarnya nak cari hotel paling murah yang boleh. Maklumlah percutian budget, katanya…. Tapi.. oklah kan. Ada tu satu malam RM48 tapi tak tahu pulak macamana keadaannya. Sekali kang macam rumah urut tidak berlesen kang, naya je…. Hahahahah…..
Sebelum keluar, check peta dulu.
Naik sikit atas bukit tu, ada Big Red Strawberry Farm.
Kat sini ada macam-macam pokok selain pokok strawberi.
Ada pokok sayuran. Hijau! I like………..
Ada pokok anggur. Saya sedang cuba mencapai buah anggur :-)
Malangnya, ketinggian tidak mencukupi.
Dah lompat pun tak sampai lagi.
Ada daun parsley.
Tomato
Ada periuk kera.
Cik abang siap pegang lagi periuk kera ini.
Dia kata kalau pegang nanti ia tertutup.
Sekali, tak tertutup pun. Jom, kita gelakkan dia!
Hahahahha..
Saya pun buat muka pelik melihat tumbuhan yang berbentuk sesuatu itu. =)
Luas juga ladang strawberi ni.
Semua barangan dan makanan yang dijual
adalah berasaskan strawberi.
Milkshake nya sangat sedap!!!
Lepas ladang strawberi yang luas itu, kami ke taman rama-rama. Haaaaaaaa… banyak rama-rama di sini. Tapi, tak batak sangat lah. Kalau ada budak kecik oklah kot sebab budak-budak kecik je yang minat mendalah terbang-terbang ni kan..
On d way turun tu, singgah Rose Valley
Sayur 7 peket RM10.
Dalam satu paket tu, sikit punya banyak sayur.
Tiba-tiba rasa macam vegetarian pulak dah.
Hahahahahha..
Tak lupa juga sedikit fresh strawberry.
Masa makan kat Cameron memang manis, tapi bila makan kat rumah..
aik? Dah masam?
elik … heheheh
As a conclusion (hahahhahaa..lama betul kan nak jumpa perkataan ini. Semua orang mesti dah bosan dah baca entri pasal tanah tinggi.. kan? kan? kan?), saya sangat seronok di Cameron Highland. Keluar dari rutin harian yang sama memang menyeronokkan. Sekali sekala kita perlu juga rehatkan minda kan? Robot pun, kalau hari-hari guna.. mestilah jem kan.
So, abang? Ke mana destinasi kita seterusnya?
Bukit Tinggi seperti yang dicadangkan oleh Kak Eila?
psssssssstt...
Ok.. jangan bimbang! Entri seterusnya bukan entri pasal Cameron Highland lagi. Saya janji, saya akan mengarang entri yang lain pula nanti. Jangan bimbang!!!
6 comments:
Anggur itu masam agaknya... (baca: sour grapes).
Oh, ya. Bila nak siapkan 4 bab itu??
salam perkenalan...
saya nak tanya la hotel mana yg ain menginap yea???ada tak no call dia...bercadang nak ke sana jugak...tq...
apa nama hotel tu. siap ada free wifi. bagus ni... leh masuk list ni ;)
ayah.. tak ada masa.. sangat sibuk.. ini semua entri autopublish.. tapi, jumaat akan dicuba sedaya upaya
risanur.. Flora de Cottage. Try search nama dia..
Has. Flora di Cottage.. Hotel dia cikai je.. tapi ada wi fi
siap ada wifi lg bagus la tu
ena.. kalau berdua ok lah.. kalau bertiga dalam bilik tu, mahu mengamuk si umairah..
Post a Comment