Pembaca Blog Ini...

Thursday, February 4, 2010

Eksiden laaa pulak!

Adik saya yang ketiga.
Adham..
Mungkin tak banyak cerita tentang dia dalam blog saya.
Tapi, dia tetap adik saya.
Hari Isnin, masa saya sedang mengadap emak
mengemas barang dapur yang dibeli dari pasar borong,
mak saya telah suruh dia pi ambil adik bongsu saya (Naim bakugan)
balik dari sekolah. Dia pun menurut perintah.
Sebelum tu, mak sempat lagi suh dia pi beli air batu dulu.

Beberapa minit selepas dia keluar dari rumah, dia call mak.
Dia cakap dia eksiden.
Motor dia dilanggar orang dari belakang oleh orang India.. bla bla bla..
Dia suh mak saya pi amik Naim kat sekolah.
Mak pun, pergi lah amik Naim. Mak dah cuak dah bila dapat call yang anak dia eksiden.
Laaaa, dah nama pun mak kan.. mana boleh tak cuak kan kalau apa-apa jadi kat anak dia.
Tapi, bagi saya.. Selagi dia boleh call mak, bagitau dia eksiden, maknanya dia ok lah kan..
Kalau tak takkanlah boleh call.

Masa mak pergi amik Naim tu, adik saya yang eksiden ni pun balik.
Dengan kaki terdengkut.
Seluar koyak tu biasa laa kalau eksiden dengan motor kan..
Muka penuh darah.
Hidung terkoyak laaa...
Dia duduk atas kusyen.
Dia lap muka dengan tisu.



Lepas tu, mak balik.
Dia ajak mak pi klinik.
Sekejap je, pas tu balik laaa..

Dia ok je.
Sebab dia selalu eksiden.
Dari kecik, dia memang jenis tak leh tumpu perhatian.
Sabo je laa...
Nasib baik tak de apa-apa yang serius sangat.

Ada satu lawak tau berlaku tadi.
Dia call awek dia.
Dia cakap doc suh jahit hidung dia, awek dia kata tak payah lah.
Biar semakin besar lubang idung tu....
Kah kah kah kah.. lawak bodoh gak awek dia!

Ok laa.. Lain kali sambung lagi update!

4 comments:

Anonymous said...

teruk jugak luka tuh..

leeds said...

memula kesian tapi sampai tang awek takbagi jahit hidung tu hahahhaaa adehh

Zura Tahir said...

aduuiii...seram nye tgk luke tue

~ain said...

has.. dia pernah luka lebih teruk lagi daripada itu. jadi, dia dah biasa..

kak leeds.. yelah, awek dia rilek je. gila punye selamba dia tengok bf dia eksiden. siap kata hidung adik den dah macam ahmad nisfu.. hahaha

zura.. seram gak.. tapi tuan badan pun rilek je..