Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Pecah!


Kalau ikutkan, malas dah aku nak bercerita pasal kereta kena pecah ni... Tapi, kena tulis juga. Kasi ingat dalam kepala! Jangan selalu lalai.....

Lepas balik Singapore yang gi kenduri PakNgah Din tu, kitorang lepak-lepak kat Bluewave dulu. Makan roti, buat kopi... Alas perut.... Nak makan kat Singapore kemain budget memasing. Heheheh.. Apa nak buat? Kita bukan orang kaya duit melambak. Tapi, kita masih boleh berjimba ramba. Maksud saya, masih boleh pergi bercuti sekeluarga. Tapi, kenalah pada budgetnya. Makan luar kena skip sikit-sikit... Shopping tak yah nak merepek sangat. Yang penting, kita happy dapat jalan-jalan satu family.. Giteww.....

Kalau kita banyak duit, kita boleh lah bercuti bagaikan orang kaya.

Ok, lepas solat maghrib kitorang check out. Sebenarnya, book Bluewave dua hari. Tapi, sebab esoknya (AHAD) bas ke Universal Studio tu amik kat hotel dekat Danga Bay. Maka, kita check in lah hotel budget kat sana. (nanti cerita)

Check out, dan pi Kozi Hotel. Check in amik kunci aje lah.. Pi makan dekat depan hotel tu. Restoran Singgah Selalu nama dia. Alaaa... orang Johor tau lah kot. Kereta banyak masa tu. Parking jauh sikit depan JOHO. 

Saya nak keluar tapi tanya cik abang, "Abang, beg ni nak bawa ke?" - beg sandang belakang.

Cik abang jawab, "Bawa lah... Eh, tumpang bonet kereta Anep."

Adik saya pun bukalah bonet kereta dia. Saya masukkan beg tu. Beg tu ada cash 2k lebih .. untuk bayar pakej ke USS esok dan ada lah sikit-sikit duit belanja... 

Kita pun makan lah kat Restoran Singgah Selalu tu...

Habis makan.. Saya pergi lah kat kereta. Cermin tepi belakang dah rompong! Saya pun cakap, "Alaaaaaaaaaaaaa.. kereta kena pecah...."  Tapi, hati macam rasa tak de apa-apa. Sebab apa? Sebab saya tau brg saya takde apa yang berharga dalam tu. Sebab beg yang ada 2k tu ada kat kereta lain. 

Saya tgk takde apa hilang. Saya tengok Smart Tag ada. Adik ipar saya muka dah cuak. Saya rilek je. Adik saya dah sumpah menyumpah. Cik abang diam aje. Macam biasa.. Dia tak gelabah pun. Dia cool aje..

Mak datang.. "Mak... kereta orang kena pecah..." ~nada paling mengada..

Mak biasa laaa.. Panik... Heheh... 

Saya cakap takde apa. Mak kata beg kain telekung mak hilang... 

"Ada apa lagi dalam tu. Mak?"

"Minyak Mustajab dengan gel pencuci wanita!" hehehe

Oh, bodoh lah penjenayah ni!

Hantar balik rumah adik di Pasir Gudang. Nasibbaik tak jauh. Kitorang yang lain masuk bilik hotel. Anep dengan cik abang pi hantar kereta balik rumah dia.Tutup dengan plastik sampah.. Kurung kereta dalam pagar. Kesian kereta aku..


Takpe laaa... Benda dah nak jadi.

Emak cakap dia rasa bersalah sebab dia yang tinggalkan beg kain telekung. Tapi, bagi saya... Sapa yang tinggalkan tak penting. Musibah ni berlaku untuk ajar saya dan adik2 saya yang suka sangat tinggal beg dalam kereta. Padan muka aku sebenarnya. Amik kau! Mungkin malam tu mak yang tinggal.. dan terkena... Padahal sebelum sebelum ni? haaaaaaaaaaaaaaaaa...

Kesian mak.. Bersungguh2 dia cakap kat saya, "Along... jangan sedih.. Jangan sedih.."

Tak sedih .. Cuma, terkejut aje.. 

Bersyukur sangat sebab musibah ini tak libatkan nyawa ahli keluarga dan tak de siapa yang cedera. Nasib baik lah bukan kereta aku yang dia bawa lari. Syukurlah ... Allah lindungi kami semua walaupun melayang RM350 cari cermin baru. Emak jugak yang bayar..... hehehe 

Terima kasih lah emak kerana memayungi anakmu yang pokai ini.......

Wednesday, July 24, 2013

Semoga Allah Merahmati ....

Semalam (pagi) lebih kurang pukul 9 pagi dapat berita rakan sekerja terlibat dalam kemalangan jalanraya on the way nak pi kerja. Kemudian, rakan-rakan dua tiga buah kereta pergi menziarahi jenazah. Saya tidak dapat turut serta sebab kelas penuh sampai tengahari. 




Terkedu.


Kasihan anak kecil yang ditinggalkan ibunya. Menjadi yatim di usia saya ni pun sudah cukup merobek hati. Inikan pula anak yang masih bayi. Semoga ahli keluarganya kuat, tabah dan pasrah dengan ketentuan ujian dari Allah. Kehilangan yang tersayang adalah perkara paling sedih pernah berlaku dalam hidup saya dan saya memahami rasa itu. 


Giliran kita akan tiba jua nanti. Cuma, kita belum tahu bila.


Semoga Allah merahmati roh kedua-dua mereka dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang soleh. 


Al-Fatihah.


~Ya Allah, tolong ambil nyawaku ketika aku sedang mengingatiMu....

Wednesday, January 30, 2013

Langkawi Kali Kedua 2

Sangat lah mengantuk ini hari...

Jm kita update blog dulu. Nak hilangkan mengantuk. Jap lagi sambung kerja. 


Ini cerita hari Ahad (27 Jan)
Saya dan cik abang bangun lambat.
Cik abang suh ahli rombongan lain pi jeti dulu sebab kitorang dah terlambat.
Nanti jumpa lah di jeti, kan...
Tiket feri ke Kuala Perlis pukul 1 petang.


Kitorang turun dan nak check out jam 11 pagi. 
Sekali tengok semua ahli rombongan duk tunggu kat bawah lagi. 
Aik?
Kenapa tak gerak ke jeti lagi ni? 


Rupa-rupanya, ada tragedi la.
Kereta sewa salah seorang dari ahli rombongan kena pecah dek melaun mana tah. 




Habis barang kena curi. 
Kecuaian diri sendiri. Takleh nak kata apa.
Semoga jadi pengajaran kepada semua lah.
Kena bayar RM100 ganti rugi kat syarikat sewa kete tu.


Saya tunggu agak lama sampai haus. 
Minum dulu.
Inilah baju yang saya beli 3 pasang tu.
Warna tekois, pepel dan ijo..
Hahaha.. Suka sangat sampai beli 3!
Ada 3 warna je tak beli iaitu hitam, coklat dan meron.


Ini anak kawan yang kereta kena pecah tu.
Apa nama tah tak ingat.
Senyum dan cool je budak ni.
Tak banyak meragam.



Kitorang pergi bawa 2 beg galas belakang je.
Sekali balik, beg beranak jadi 3.
Bawah tu set pinggan mangkuk.

Lepas settle semua urusan report polis bagai, kita gerak ke jeti. 
45 minit langsung tak terasa sebab saya tidur sepanjang 45 minit tu.
Letih lah konon nya sangat.
Padahal apa lah sangat. 
Pergi bercuti tapi banyak tidoooo kat hotel. 
hahahahaa


Sampai Kuala Perlis jam 2 lebih. 
Abang amik kereta. 
Gerak balik..
Sambung tidur lagi.


Sampai R&R Gurun, berhenti makan.
Kena RM17 untuk 2 pinggan nasi + ayam kurma + paru goreng.
Hampagas betul!


Tetiba, kitorang decide turun KL jap. 
Buat apa? 
Nanti lah cerita...

Friday, December 10, 2010

Kemalangan Ngeri

Keratan akhbar Harian Metro minggu lepas.


Sangat ngeri.


Berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah insan tersayang!


Sunday, June 6, 2010

Ingatlah orang tersayang!

Petang tadi dikejutkan dengan berita adik ipar
terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Tergelincir, terbabas ke tepi jalan.
Kereta terbalik belah driver.
Nasib baik driver tak apa-apa.
Syukur laaaa!
Alhamdulillah.........


Kemalangan memang malang.
Sudahlah melalui saat-saat yang mendebarkan.
Malah, poket juga malang.....
Malang juga sebab kereta masuk bengkel.
Payah nak gerak.


Tayar pecah..
Sebab utama kemalangan.
Tak dapat kawal kereta dan terbabas.


Tarik kereta ke balai polis...

Sedih nya tengok kereta dia!


Kereta calar sikit pun saya rasa macam nak menangis!
(Ok.. saya memang emosional punya orang)


Berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang......


{Risau betul bab-bab tayar ni..
Rasa nak pi beli tayar baru sekarang jugak}

Wednesday, May 19, 2010

Kemalangan

Saya hari ini adalah sejuk.
Hujan lebat sungguh di luar sana.

Hmm.. apa mau cerita hari ini?

Saya dikejutkan dengan berita kemalangan pagi ini.
Seorang staff di sini,
telah terlibat dalam kemalangan jalan raya
petang semalam ketika pulang dari kerja.
Berderau darah saya.
Beliau memandu VIVA.
Saya sering berkongsi pengalaman mengenai VIVA dengannya.
Saya selalu gelakkan dia sebab tak reti parking.
Selalu cuai keluar kereta tanpa menutup tingkap dengan sempurna.

Oh.. semoga selamat semuanya.

Friday, April 2, 2010

Eksiden Satu Malaysia!


Tengahari tadi, mak call.

Mak kata, mak eksiden masa nak hantar
kawan adik saya balik rumah.
Kesian kat mak. Mesti mak cuak...
Dah lah mak ni memang kalau terkejut je naik darah tinggi.
Salah uncle yang bawa motor tu lah
sebab dia keluar simpang main terjah je.
Haaaa... kan dah cium jalan.
Nasib baik tak masuk hospital!


Kereta mak teruk juga laaa belah depan.
Mak kata, masuk bengkel kena dalam RM700 juga laa..
Itulah namanya kemalangan.
Sudahlah luka, tak pasal-pasal kena keluar duit kan?
Mak kata, uncle tu mengaku salah dia.
Dia bayar ganti rugi.
Jadi, tak payah report polis, tak claim insuran laaa..
Kesian juga mak kata. Berdarah-darah kaki dia..


Mak saya yang berbangsa Melayu.
Mak eksiden dengan uncle berbangsa India.
Kawan adik saya yang mak hantar balik itu adalah kanak-kanak istimewa berbangsa Cina.

Jadilah Eksiden Satu Malaysia!

Thursday, April 1, 2010

Kehilangan

Jiran sebelah bilik saya di opis ni kehilangan sesuatu yang berharga..

Hilang handbag.
Hilang dalam bilik sendiri.
Kasihan dia...
Handbag dah lah boleh kata mahal jugak.
Kalau jual 2nd hand tu boleh lah lekat 3-4ratus.
Tak macam handbag saya, jual timbang kati pun orang tak mau.
hahahahha

Dalam handbag tu ada banyak barang berharga.
Ada purse.. dalam purse sudah tentu lah ada
duit,
kad ATM,
kad kredit,
kad pengenalan,
kad nikah,
kad Avon,
kad Cosway,
lesen memandu...
ish.. macam-macam laaa..
Pendek kata, segala macam jenis kad laaa...

Kebetulan dalam handbag tu, ada beberapa utas barang kemas.
Nilai dalam 3-4k jugak laaa..
Cincin kahwin, gelang rantai..
Dia kata selalunya tidaklah dia bawa ke mana-mana.
Tapi, dah nak kena kan...
Beberapa hari sebelum tu,
dia pi jalan dan terlupa nak simpan barang2 tu kat rumah...

Bahaya betul laaa..
Sebelum ni ada jugak kes-kes macam ni.
Tapi, tak da lah sampai dengan handbag-handbag sekali hilang...
Setakat duit text book 3-4ratus je.

Haiii laaaaa.....
Bilik kena sentiasa berkunci walaupun nak keluar sekejap je.
Kadang-kadang saya pun gamble je pi turun bawah pi sana sini
dengan tinggalkan barang berharga dalam bilik.
Tapi, kalau bawa laptop,
memang saya kunci laaaa even nak ke tandas sekejap pun.
Kena lebih berhati-hati lah.

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah..


~Semoga kak **** sabar dan bertabah!

Sunday, February 21, 2010

Hatiku Terguris di Pagi Hari

Tak nak cakap apa-apa...
Tengok je laaaa gambar!



Ape benda?
Haaaa...
korang rasa apa benda yang membuatkan
hatiku terguris di pagi hari.


Salah sendiri yang careless.
Makanya, sila tanggung sendiri!


Thursday, February 4, 2010

Eksiden laaa pulak!

Adik saya yang ketiga.
Adham..
Mungkin tak banyak cerita tentang dia dalam blog saya.
Tapi, dia tetap adik saya.
Hari Isnin, masa saya sedang mengadap emak
mengemas barang dapur yang dibeli dari pasar borong,
mak saya telah suruh dia pi ambil adik bongsu saya (Naim bakugan)
balik dari sekolah. Dia pun menurut perintah.
Sebelum tu, mak sempat lagi suh dia pi beli air batu dulu.

Beberapa minit selepas dia keluar dari rumah, dia call mak.
Dia cakap dia eksiden.
Motor dia dilanggar orang dari belakang oleh orang India.. bla bla bla..
Dia suh mak saya pi amik Naim kat sekolah.
Mak pun, pergi lah amik Naim. Mak dah cuak dah bila dapat call yang anak dia eksiden.
Laaaa, dah nama pun mak kan.. mana boleh tak cuak kan kalau apa-apa jadi kat anak dia.
Tapi, bagi saya.. Selagi dia boleh call mak, bagitau dia eksiden, maknanya dia ok lah kan..
Kalau tak takkanlah boleh call.

Masa mak pergi amik Naim tu, adik saya yang eksiden ni pun balik.
Dengan kaki terdengkut.
Seluar koyak tu biasa laa kalau eksiden dengan motor kan..
Muka penuh darah.
Hidung terkoyak laaa...
Dia duduk atas kusyen.
Dia lap muka dengan tisu.



Lepas tu, mak balik.
Dia ajak mak pi klinik.
Sekejap je, pas tu balik laaa..

Dia ok je.
Sebab dia selalu eksiden.
Dari kecik, dia memang jenis tak leh tumpu perhatian.
Sabo je laa...
Nasib baik tak de apa-apa yang serius sangat.

Ada satu lawak tau berlaku tadi.
Dia call awek dia.
Dia cakap doc suh jahit hidung dia, awek dia kata tak payah lah.
Biar semakin besar lubang idung tu....
Kah kah kah kah.. lawak bodoh gak awek dia!

Ok laa.. Lain kali sambung lagi update!

Monday, November 23, 2009

Di depan mata!

~Baru balik dari Kuala Terengganu.

Masa nak pi tadi, ada satu kejadian cemas telah berlaku.
Jalan memang licin.
Hujan memang masih turun renyai-renyai.
Kadang-kadang je lebat gilo..

Cik abang drive slow je laa.

Depan kereta kami ada sebuah WAJA, depan WAJA tu ada WIRA...
So, korang dapat bayangkan tak? WIRA< WAJA< Kereta kami...

Tetiba, WIRA tuuuuu masuk lorong berlawanan
sebab nak memotong sebuah kereta lagi di hadapannya.
Cuai dan tidak berhati-hati, tiba-tiba datang VIOS dari arah berlawanan.
Cuak gila kami.
Depan mata nampak WIRA tu terhoyong-hayang.
Mungkin dia terkejut bila VIOS tu datang dari arah berlawanan kan.
Dah lah dia nak memotong.
Nasib baik VIOS tu sempat ke tepi.
Mujur sangat-sangat VIOS tu tak laju mana jugak!

"Biar betul WIRA tu!!!!!"
(Terus cik abang brek, sebab memang dekat sangat dah dengan kereta kami)..
WAJA depan kami tu pun brek gak.
Nasib baik kereta memang masa tu tak laju mana,
semua kereta slow je sebab hujan.
Huiiii laaaa... nak memotong tak tengok betul-betul dulu.
Bahaya sungguh laaaa...!!

Kejadian berlaku sekelip mata.
WIRA mengelak, ke kanan ke kiri, tak dapat kawal kenderaan itu.
Akhirnya, WIRA itu berpusing dua ke tiga kali masuk ke dalam semak tepi belah kiri jalan.

Nasib baik tak bertembung dengan VIOS tu.
Kalau bertembung, mungkin kami pun jadi mangsa.

WIRA malang tu terus landing cantiiiiiiiiiiik je dalam semak tu.


Lepas tu, cik abang dan pemandu WAJA depan kami terus je
berhenti tepi tolong keluarkan pemandu tu.
Saya duduk je dalam kereta. Sebenarnya, den terkojut!

Pemandu tu perempuan.
Dia seorang saja dalam kereta tu.
Kebetulan cik abang memang kenal dia.
Sekali orang kampung daaaaaaaaa.....
(Entah-entah ex-gf dia.. AHAHAHAHAHAH~tetiba)

Cik abang kata lagi, (semua cik abang laaaa kata sebab saya tak turun pun)
cermin tingkap sebelah pemandu tu pecah mungkin sebab terhantuk kepala.
Mesti pening kejap kepala dia.
Kesian pemandu tu.

Masa cik abang nak tolong dia keluar tu,
tayar kereta masih berpusing lagi.
Mungkin kereta jenis automatik kan?
Sebab tu tak pick up sangat time nak memotong kan?
Pemandu tu pulak, tengah tutup muka lagi.
Mahunya tidak!! Mesti terkejut, menggigil seluruh badan.
Kesian dia...
(kesian laaaa, apesal ko tak turun pi tengok??.. hahahha.. saya takut laaaaa!)

Ya Allah, terkejut gila saya tengok.
Dah lah saya ni jenis lemah semangat.
Drive pun jenis berani-berani takut kan...
Alhamdulillah...
Nasib baik laaaa tak ada apa-apa kat pemandu tu.

Nasihat:
Berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang.

Pict from google!
Tak ingat bawa kamera..