Pembaca Blog Ini...

Wednesday, February 24, 2010

Sekurang-kurangnya, saya dah buat dia berfikir.


Apa yang terlintas kat kepala korang bila tengok gambar Awie ni?
Ini gambar masa dia sedang menjayakan watak dalam sebuah filem.
Tak ingat saya filem apa.

Meh dengar saya nak cerita.


Tadi, masa presentation..

Saya duduk di sebelah salah seorang student lelaki
yang mengalami krisis identiti.
Saya pun pandang dia dengan pandangan yang amat tajam
sambil memikirkan alangkah kasihannya saya melihatnya.

Sebelum ni, maksud saya malam sebelum ini
saya telah berbincang masalah ini dengan cik abang.
Sekarang ni, semakin menjadi-jadi pulak masalah ni.
Cik abang kata jadi tanggungjawab saya untuk menegur.
Biarpun mungkin teguran saya itu nanti tidak buat dia berubah.

1-Sekurang-kurangnya, dia memikir.
2- Sekurang-kurangnya, dia berfikir.
(apa beza ayat pertama dan kedua?)

So, sambung cerita masa presentation tadi.

Saya pandang dia.
Kebetulan kawan dia (perempuan) cakap kat dia,
"A****, ajar cik mekap macam kau!"

Dia tersengih-sengih pandang saya.

Saya terus memandang dia dengan pandangan yang tajam,
"Sepatutnya, kita yang ajar dia untuk jadi dia yang sepatutnya."

Dia senyum sambil cakap,
"Tak pe, cik.. Lepas grad ni saya berubah."

Saya cakap,
"Nanti bila dah grad, kamu cakap nanti lah cik..
Dapat kerja nanti saya berubah.
Lepas tu, nanti dapat kerja, takpe cik..
Nanti lah saya berubah.. Nanti.. Nanti..
Nanti nak tunggu sampai nak mati ke apa? "
~ye.. itu dia.. mak nenek membebel.
Tetiba, rasa macam kasar sangat ayat saya.


Dia senyum lagi,
"Nanti, cik. Sekarang saya nak enjoy dulu?"

Saya jawab,
"Kamu rasa enjoy dengan jadi macam ni?
Kamu rasa enjoy tu apa sebenarnya?"

Dia senyap. Saya nampak mukanya berubah.
Saya tambah garam dalam bebelan saya,
"Kamu kena fikir masa depan.
Fikiran tu jangan fikir masa ni saja.
Kita hidup bukan masa ni saja.
Banyak lagi yang kita kena harung hari depan sana.
Saya ni cakap bukan nak ejek kamu.
Bukan nak pandang serong, pandang rendah kat kamu.
Saya ni anggap kamu ni macam adik2 saya.
Kamu kalau tak fikir orang lain pun, fikir untuk diri sendiri laaa...
Apa akan jadi kalau kamu terus macam ni.
Kamu rasa apa faedah nya?"

Dia senyum.
Kawan dia yang suruh dia ajar saya mekap tu pun senyum sambil kata,
"Kau faham tak apa cik cakap?"

Dia senyum lagi.

Saya pun diam je lah.
Sampai situ je lah bebelan saya.

Sekurang-kurangnya saya sudah buat dia berfikir.

Bila tamat kelas, dia datang jumpa saya.
"Cik, terima kasih cik!"

Sekurang-kurangnya, saya sudah buat dia berfikir.



Saya semakin sukakan kerjaya saya.
Macam nak cancel niat untuk berubah angin.

13 comments:

Sidratul Muntaha said...

sesekali mmg kena ptut menegur
dari tejebak jauh..
better cegah skunk
org zaman skunk ain
nnti dululah
takperlah
enjoylah dulu
muda lagi..
hmmm..esok lusa dah terpesong jauh..nak bermula berubah walau sedikit tu mmg akan cukup susah.

Anonymous said...

ye ain, mmg kena tegur. tp ok gak dia tu. senyum aja mendengar teguran ain..

~ain said...

ayu... nak tegur tu pun lama memikir sebab takut kecik hati lak.. yelah.. kata orang kerana pulut badan binasa, kerana mulut santan binasa.. (eh.. macam terbalik je kan peribahasa aku pepagi ni).. hahahha

~ain said...

has.. nasib baik dia tak jeling ain dengan jelingan manja.. au... hahahha

Sidratul Muntaha said...

ain..
klu den..
tegur jer..
janji bahagian kita dah buat
at least kita menanggung dosa sebab membiarkan..
sekurnag -kurangnya jugak cam ain ckp buat n3 ni
dia berfikir dan memikir..
dan sekurang2nya peratus pencegahan tuk mengelak dari dilaknat oleh Allah kerana nak jadi kaum nabi lut tu dah berkurangan..
tpikan ain
even tegur berbisa pun sekurangnya dengan fakta dan berilmu..
mmg ain..
benda yg benar cukup pedih nak diterima
klu pujian...dan kepura - puraan tu mudah sgt ditelan bulat - bulat.


pstt: pulut binasa den santan apabila kita mkn cendol pulut!!
eekkee..
ain..
meh turun ilmu gentel cek mek molek
den dah cuba..
mmg tak jadi..
tangan 'panas' sangat!!
ekekeke..

zaza said...

betul tu ain.. kena tegur diorang!
Tanggungjawab TU!!
Akak dulu,bercita-cita nak jadi cikgu..
tapi, spm kondem sebab kuat main sukan!
amek dip je..
skrg br buat pjj!.. Degree
huwargh.. dah tua baru nak pandai berfikir!

~ain said...

kak zaza.. tak pe.. lambat-lambat pun takpe, asalkan ada kan.. biar lambat asalkan selamat!

zh-ena said...

mmg patut di tegur pun

~ain said...

ena.. ain dah tegur seorang tu.. ada lagi seorang lagi student yang ain ajar belum tegur lagi.. tengah susun strategi ni! hehhe

ise said...

aaaauuuwww i tak rela nyah (ayat THR)

Tie HT said...

berani ya ain tegur dia tapi bagus lah..maybe situasi dia student ain..dia respect ain..akak ingat masa zaman study dulu..akak just pandang je kat coursemate jns macam tu..nye tengking akak mcam ape je..geram la kat diorang ni..

~ain said...

abang.. apa yang tak rela? hahahahhh..

~ain said...

kak tihara.. dorang ni kalau dah ramai2 memang kureng asam sket.. rasa mcm nak lempang je.. hahahha