Pembaca Blog Ini...

Monday, February 1, 2010

Tak suka! Tak suka! Tak suka! vs Suka! Suka! Suka!



Minggu lepas (maaf, sejak akhir-akhir ini memang tak update blog. banyak entri autopublish je)
saya dan cik abang sudah terminate broadband.

Sebab apa? Broadband di tempat tinggal saya ter lalu-lalu lambat. Muncul simptom demam kepialu menunggunya upload... Download usahlah nak berharap. Memang tak de harapan. Sakit hati tau. Sejak Ogos tahun lepas lagi saya pakai broadband. Mula-mula tu ok lagi. Lama-lama semakin menyakitkan hati. Saya tahan je tau. Tahan je.. Sambil mengurut dada menahan sabar!

Tak pelah, mungkin saya duk di kawasan liputan kureng baik kot. Malam tu, call operator suh dia terminate line broadband itu. Sungguh tidak ada mood si operator tu hendak menjawab panggilan saya. Ada jugak pujuk-pujuk suruh setia dengan broadband. Saya terus je kata, "Takpe, encik! Terima kasih sahajalah.. Terima kasih kerana broadband telah banyak membantu saya selama ini," ~ayat terakhir tu saya tak luahkan pun.

Lepas tu, terus bayar bil tertunggak dan berlari-lari anak (ahahahha.. over) menemui agen streamyx dan berdaftar!



Hari ni, kontraktor TM nak datang rumah pasang line talian tetap. Malangnya, kami tidak ada di rumah. Makanya, lambat lagi lah baru boleh online kat rumah. Tapi, takpe... Kalau Internet access laju, tunggu lama sikit untuk pemasangan pun berbaloi-baloi (aih.. terguna ayat Celcom lak dah)

Kami apply yang pakej 1Mbps sahaja. Harap-harap kali ini saya tidak menghadapi simptom demam kepialu lagi..

Majulah Streamyx untuk rumah saya sendiri. Tak payah lah nak potong memotong sebab kat Kuala Terengganu pun line untuk access potong memotong tu pun tak berapa nak ada. Permaisuri? Janganlah letakkan harapan yang terlalu tinggi.

Sekali lagi, majulah Streamyx untuk rumah saya sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

ye..maju streamyx utk rmh sendiri ;)

~ain said...

has.. ye!! betui!!