Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 16, 2010

Di Atas Telekung Cinta

Eceh...
nak juga si Ain ni buat tajuk
ala-ala drama bersiri "Di Atas Sejadah Cinta"


Tapi, macam ta k sesuai je kan buh perkataan "Di Atas"..
Apa nak buat atas telekung kan?
Telekung kan orang duk pakai, bukan duk duduk atas telekung.


Mengapa telekung itu di situ?
Basuh laaa..
Dah seminggu tak guna ni kan?
Kena laaa basuh.
Esok nak guna dah.



Apa-apa je laaa, Ain!
Janji bahagia!


Ok.. ok..


Sebenarnya,
telekung ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri.


Beberapa tahun yang lalu, sebelum kahwin..
Kami pergi membeli belah sempena hari raya.
Masa tu duk di Serdang, cik abang duk di Kemaman.


Turun shopping raya Jalan TAR.
Jauh? Kemaman -KL?
Ah... Orang bercinta!
Jauh pun jadi dekat kan?
Cuba kalau sekarang, saya suh hantar pi kerja pun
dia punya alasan berbondong-bondong.
Kena merajuk dulu baru dia nak hantar.


Kebetulan, cik abang dapat bonus raya tahun tu.
Kami shopping di
Itu tahun terakhir kami seorang yang bujang.
Tahun berikutnya, dah kawin dah...


Cik abang membeli belah secara sakan
dan membuatkan saya terkedu.
"Mak aiiiii banyaknya abang membeli!"


Cik abang menjawab,
"Sekali sekala.
Sayang nak apa?
Meh abang beli..
Abang belanja, ok?"


Saya ni sejak dulu memang jenis tak suka
minta yang bukan-bukan.
Tak suka nak "Abang, owang nak itu..
Owang nak ini.. Lepas ni, owang nak yang macam tu.. macam ni.."
Oh... tidak! Itu bukan saya...
Kang mak ayah saya tahu, mampus saya kena marah!
(Tapi, sekarang..
ada gak laaaa duk minat-minta sikit-sikit..
Itu pun, minta je...
Bila dia nak belikan terus je jadi tak sampai hati.
Ada duit sendiri kan? Belilaaa sendiri... )



Masa kat Jalan TAR tu, cik abang tanya,
"Sayang nak apa?"


"Tak pelaaa.. Tak nak apa-apa.."


Lepas tu, dia paksa-pasksa saya.
"Nak apa? Cepatlah.. Cakap je.. Abang beli..."

Ligat benar otak saya nak memikir masa tu.
Pandang gerai sana.. Gerai sini..
"Aish... apa aku nak beli ni?
Baju raya dah ada.
Tudung dah ada.. Kasut? hmm tak perlulah.."


Lepas tu mamat tu duk paksa-paksa lagi,
"Nak beli apa? Nak beli apa?"


Tiba-tiba ternampak telekung.
Terus je jawab, "Nak telekung ni!"
Tetiba rasa macam solehah pulak.


Haaa... itulah cerita di sebalik telekung ini.


Saya sayangkan telekung ini...

2 comments:

zh-ena said...

kisah di sebalik telekung :D

~ain said...

ena.. heheh.. memori dolu2.. masa muda2... hehe