Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 17, 2010

Masakan Suami

Kenapa sejak dua menjak ni asyik duk masakan suami je kan?
Ntah... sejak dua menjak ni dia sangat baik hati dan berlapang dada nak memasak untuk keluarga (hahhahaha.. sangatlah besar keluarga kami)


Tengahari semalam kan makan talapia goreng sedap nak mati sampai tak puas makan kan.. Cik abang beli setengah kilo je.. Dapat laaa dua ekor. Mana cukup, kami ni kan nafsu makan macam apa pun tak tahu laaa.. Sama naik je laki bini...


Petang.. tak makan.. Eh? mana boleh tak makan? Kami beli pisang goreng je sikit dengan ABC. Uiiiii.. kali ni ABC sedap sikit. Tapi, masih tak naikkan mood nakambil gambar. Masih merindui ABC di Giant Stadium Shah Alam. Tunggu si Ena pos, tak sampai-sampai. Entah-entah pakcik posmen dah ngap dulu.. hahahahha .. BTW, sebelum terlupa. Ena, barang yang di Gedex tu tak sampai pun kat saya. Sudah 2 minggu rasanya. Mungkin Gedex hantar balik kat Ena kot sebab tak orang kat rumah.


Ok.. ok.. sambung balik pasal masakan suami.
Malam tu, dia macam lapar.


Dia tanya, "Yang, macam mana nak masak bihun?"


"Bihun apa? Yang merah tu ke yang putih?"


"Yang mana-mana laaa.. Eh, yang putih laaaa"


"Biar owang buat laaaa..."~Tengok! Saya dah tawarkan diri nak buat. Tapi, dia still nak buat juga.


"Takpe.. abang buat! Sayang buat kerja tu" ~saya tengah menaip kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah.


Maka... terhasil lah!


Bihun Goreng Singapura yang tak berapa nak cukup bahan.
Belasah je apa yang ada dalam peti ais tu..
Sotong nya banyak,
tapi macam malu lak nak bergambar kat sini..
hahahaha


(Rasa: Pedas-pedas sedap!)
saya kena kemam gula pasir lepas makan.
=)

5 comments:

Zura said...

bubuh lada hitam byk2 baru kawwww

zh-ena said...

laaaa tak smp lg ker
wata tak ckp pd ena

jap ena call gedx dulu

~ain said...

zura.. ini pun dah tak mampu nak tahan pedas.nak buh lada hitam lebih? menggelupur laaa kang.. hahha

~ain said...

ena.. tak teringat langsung.. tengah taip entri ni teringat kat ena, terus teringat pasal gedex tu..

Nay-MrsNurl said...

untung ada hubby yg rajin ke dapur =) kekalkan hihi