Pembaca Blog Ini...

Saturday, April 17, 2010

H.U.J.U.NG - N.Y.A.W.A

Hari ni, Saadah AKA Bibik nak kahwin.
Akhirnya, perkenalan dia dengan Man
di belakang dewan exam di UiTM Segamat (tak ingat nama),
selamat hingga ke jinjang pelamin.


Entah malam tadi dia dah tak leh nak tidur dah
sebab nak bernikah dah.
Mana tahu kan nebes ke..
Tapi, saya dulu tak nerbes pun.
Suka lagi ada laaa.. hahaha


Ok, kenapa Saadah ni AKA Bibik?


Saadah ni adalah kawan satu course @ wingmate
masa kat UiTM Segamat.
Dia rajin datang bilik saya, lepas tu kemas-kemas.
Dia tak boleh tengok bersepah-sepah..
Dia tak sedap hati..
Itu sebabnya, kami gelarkan dia Bibik.
Sampai laaaaaaaaaaaaa ni duk panggil bibik..
Dulu dia macam marah gak orang panggil dia Bibik.
Tapi, lama-lama dia pasrah je.
hahahah


Ini Saadah @ Bibik...



Lepas tu, minggu depan, Che Chom pulak nak kahwin.
Nama sebenar Che Chom ni ialah ... hhmmm.. lupa!
Haaaaa.. Suriani! (nasib baik ingat)
Asyik panggil Che Chom je.
Sampai tak ingat nama sebenar.


Kenapa Che Chom?
Sebab ada senior tu kata muka Suriani ni
macam muka mak sedara dia yang bernama Che Chom.
Alaaaa.. biasalah!
Kalau siapa-siapa pernah duk UiTM Segamat, mesti tau.
Senior memang suka suki bagi nick name kat junior.
Tapi, dorang tak kasi nick name kat saya
sebab saya kan garang..
hahahahaha
[takde kena mengena]



Lepas tu, giliran Idot pula.
Idot ni, namanya Irdawani.
Kenapa panggil Idot?
Ntah.. tak ingat lak!
Sekarang kerja di UPM.
Sangat baik hati, humble dan
saya rindu kat dia!
Kawan-kawan wingmate Baiduri WCL2,
Aku tak leh nak pergi majlis korang
dek kerana kekangan masa dan faktor halangan geografi.
Namun, aku akan doakan kebahagiaan korang
hingga akhir hayat.


Kahwin ni best tau, korang!


Tak percaya?
Janganlah tak percaya,
sebab ini benda betul ni....
HAHAHAHAHAH


No comments: