Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 30, 2010

Bandar Sauna

Hmm..
Semalam pi balik kampung mak.
Kat Melaka.
Hajatnya nak pi kenduri
dan tengokkan rumah mak ayah
yang tengah duk bina sekarang ni.
(Nanti akan diceritakan di entri akan datang)


Lepas kenduri,
(lantaklah cerita tak ikut urutan pun)
Achik (mak sedara) mintak bawa anak dia, Nurul (sepupu)
pi beli katil leper.
Hape kebendanya katil leper?
Puas dok memikir.
Rupa-rupanya, kalkulator.
(Sabooooo je la makcik aku ini.)
Berdenyut otak kiri duk gelakkan beliau.
HAHAHAH


Ok, kemudian kami menurut perintah.
Membawa Nurul membeli kalkulator
di pekan Masjid Tanah.
Ini ketua rombongan!
=)


Kemudian, tiba-tiba sahaja
kami semua sudah sampai di sini!
Di mana lagi kalau bukan di Bandar Melaka
yang sedari dulu amat terkenal di kalangan kami
dengan kepanasan yang melampau.
Punyalaaaa nekad nak pi sini.
Dah lama tak ke sini.
Katanya, mak orang Melaka.
Boleh kata tetiap tahun raya kat Melaka.
Tapi, kali terakhir jejak Bandar Hilir ni...
mmm.... bila ek? Dah tak ingat!
Maknanya, dah lama sesangat dah.
Mungkin masa tu,
saya tengah duk pakai gaun renda-renda
warna merah jambu sambil
memakai cekak rambut dengan rona yang sama.


Adui.. masa kanak-kanak sangat lagi.
Itupun, ikut Ateh (kakak kepada emak).


Kalau nak harapkan mak ayah, hahaha..
Tak de laaa.. Sebab mereka berdua sedia maklum,
bandar yang ada sekelompok bangunan berwarna merah itu
adalah bandar yang sangat panas.
Jadi kami pun berhenti berharap je laaa..
Hahaha


Kami pasrah!
Sekarang Bandar Hilir masih malah SEMAKIN panas.
Punya laa membahang.
Lalu, kami beramai-ramai
serang pakcik jual air di tepi jalan.
Dan mangsa nya ialah............

Malangnya, pakcik tu tak de duit kecik.
Kena collect laa sorang sikit duit
untuk bayar duit air tebu.
Hahahaha


Muka Imah macam pelik je.
Tapi, beca penuh bunga belakang tu lagi pelik.
Ada yang siap radio.

Cuma yang peliknya.....
pasanglah lagu tradisional ke lagu asli ke.
(eg; Dondang Sayang, Jingling Nona)
Tak payah pasang lagu
Lady Gaga
laaa, Black Eye Peas laaa..
Adui, tak faham konsep [bak kata Icah].


Walaupun panas, masih boleh tersenyum.
Senyumlaaaaa...
Panas makin panas...
Dah macam lepas bersauna dah.
Kepala dan dada dah berdegup kencang.
[kepala berdegup kah?]

Aik?
Abis dah gambar?


Hahah..
Malas laaa nak edit.
Lain kali je laaa ye


Boleh juga kalau nak
tengok kat blog Icah yang
konon-konon nak di private kan tu..
[Tak paham betul aku!]


Tata......

2 comments:

hAnIsAh_aMmRaN said...

oi.perli nmpk kak...huahua

~ain said...

dah tu, main nak private2 blog pulak dah.. tak paham betul aku..