Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Sesat Barat

Dah 2 minggu duduk Melaka. IC pun dah tukar alamat Melaka oi.. Tak sabar-sabar. Tak de laaa, Icah adik perempuan saya akan bernikah. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Jadi, urusan nikah ni mcm borang ke apa ke senang lah kalau guna alamat terkini kan. Kitorg adik beradik IC semua alamat Serdang. Saya yang duk Terengganu 7 tahun pun alamat Serdang lagi.. Hahah.. Saya meneman Icah ajelah. Sambil-sambil berangan nak mengundi kat Melaka untuk PRU akan dtg. Kalau dipanjangkan usia...
Urusan dah bertangguh dua hari. Isnin sebab mengantuk. Selasa sebab malas. Hujan lebat. Mengantuk. Hari Rabu kalau kau bagi alasan mengantuk lagi memang kena libas dengan emak. Hahaha. Kitorang memang dah malas, tp emak dah keluarkan mukaddimah ilmu rimau. Hahaha baiklah, emak.. Kami pergi...
Sebab anak dara bersiap lambat, kol 8 lebih baru keluar dari rumah. Icah drive. Berpandukan Waze. Hahaha.. Sesat ke barat timur utara selatan. Tapi, alhamdulillah.. Sampai juga. Urusan sekejap sangat masa kat JPN tu. Tak sempat duduk, nombor dah kena panggil. Icah sampai tak sempat pi berak. Hahaha tak senonoh. Icah kaunter 5, saya kaunter 9.Tak sampai 10 minit. Siaplah... Lepas sejam pi kutip kat kaunter 3.
Kitorang g LHDN dulu. Buat urusan duti setem perjanjian sewa rumah. Bertangguh juga sampai dah ketengah bulan. Cik abang dah membebel dah sebab lama sgt tangguh. Sabarlah, abang. Masanya akan tiba juga. Nak cari bangunan LHDN sesat plak. Padahal sebelum jumpa JPN tu dah jumpa LHDN dah. Adoi... Pastu salahkan Waze.. "Waze ni tak update kot!" wakakakaka.. Icah susah ingat jalan. Yang aku ni, lagilah teruk kronik bebal taktau jalan.
Lepas uturn berkali-kali, pusing roundaboard dua tiga kali, sampai juga lah ke LHDN. Urusan LHDN pun sekejap. Tak sampai 10 minit. Awal pagi dan orang pun tak ramai.
Pastu, nak ke JPN semula plak nak collect IC. Hahahah sesat lagi tak jumpa JPN plak. Mak Andih betul lah kitorang dua beradik. Tapi, usahakan juga laaaa sampai jumpa. Jumpa laaa juga lepas pening dua tiga minit.
Sampai JPN, IC kita dah siap. Wo wo wo... Inilah muka sebenar. Yang alamat Serdang tu dah guna lebih 7 tahun. Dah terlalu berbeza. Gambar terkini lebih jelita hahahahahha.. Lantaklah nak perasan!
Haaaa! Lepas ke JPN nak ke Mydin MITC plak. Dekat dengan LHDN tadi tu. Hahaha... Nak cari motor Maman. Alaaaaa, mainan apa budak2 tu naik tu macam motor tayar empat tu. Tah kereta ke motor, tak taulah.. Sekali lagi, pening.... Lupa jalan! Hahahaha.. Kalau waze tu ada tangan memang ktorang dah kena tumbuk! Tapi, jumpa juga laaaa... Beli motor Maman, baju Annisa dan lunch sekali. Icah beli kasut kawin ke apa tak tau.
Rupa2nya, LHDN dgn JPN tu dekat aje. Kitorang dah sesat sampai ke Melaka Mall. Adoi!
Urusan rasmi sekejap aje. Yang lamanya adalah kesesatan yang dialami. Berhenti tepi jalan sebab nak reset waze, konon waze tu tak update. Padahal kita yang ngok! Pastu, isi petrol kasi banyak sebab kang sesat jauh takde hal nak patah balik. Hahaha
Lepas tu, singgah pejabat pos untuk pos perjanjian sewa rumah kepada penyewa. Pejabat pos kat pekan dekat nak sampai rumah. So, tak sesatlah. Kalau nak cari pjbt pos kat air keroh tu, memang sahlah akan sesat lagi dua tiga kali.
Huh...selesai jugalah urusan untuk hari itu. Boleh balik dengan senang hati. Emak pun tak marah dan boleh berlagak kat suami kita dah sampai air keroh sendiri tau.
Walaupun sesat..... Hahaha








Monday, March 25, 2013

Muzium Kapal Selam

 17/3/2013 (Ahad)

Lepas sibuk kenduri kahwin, semua orang tengah letih.
Saya dah teeeeeeeeeeeerjanji dengan Naim.
Nak bawa dia pi muzium kapal selam kat Pantai Klebang tu.
Arghhh... saya dah bayangkan kepanasan yang akan melanda.
Melaka kan memang panas sikit. 
So, memang saya tak tahan.


Tapi, sebab dah terjanji kan.
Nak tido balik lepas cuci tong nasi yang berlambak pon payah. 
Kejap kejap dia datang, "Along! Dah boleh siap-siap ke?"
"Along! Pukul berapa nak pergi muzium?"
"Along... jadi pergi tak hari ni?"
hahaha


Maka, cik abang ajak dia kutip sampah kat laman.
Lepas kenduri sampah banyak gila bersepah-sepah.
Lepas tu, suruh dia rehat kejap. 
Habis licin diorang berdua kutip sampah.
Uncle cakap, "Ada menantu baru, menantu lama jugak paling rajin."
Hahaha.. Kembang kempis cik abangku itu. 
Dia memang rajin mengemas. Ala-ala Cinderella.. (ampun, bang!)


Selesai semua kerja, cik abang pi gunting rambut plak.. Hahahah
Gila stress Naim menunggu nak pi muzium..


Akhirnya, sampai jugak hajat dia nak menjejakkan kaki ke Muzium Kapal Selam.
Sejak berbulan-bulan dia duk ajak abang kakak dia bawa dia pergi.
Tahlah.. Dia happy sangat dapat pergi muzium.



Tak ada apa sangat pun muzium ni.
Mungkin sebab baru buka kot. 
Masuk dewasa kena bayar RM1. 
Bawah 12 tahun kena bayar 50 sen.
Kitorang dah siap acah Naim, "Dewasa kena bayar RM100. Kanak-kanak RM50"
Dia jawab, "Aim ada duit laaaa!" ~ berlagak!


 


Bulan 4 nanti, lepas pi Pulau Perhentian dia dah siap sedia.
Ajak kitorang bawa dia pi Muzium Terengganu dengan Taman Tamadun Islam.

"Aim, dewasa RM200. Kanak-kanak RM150. Sediakan duit!"

Dia jawab, "Sempat lagi Aim kumpul duit!"

hahaha

Monday, October 15, 2012

Pindah

Emak call masa tengah kelas.

Lepas kelas, saya call emak balik.

Emak kata, "Long, emak nak pindah."

Eh, memanglah kan?

Tak.. Emak nak sewa lori 3 tan. Nak angkat barang sikit-sikit.

Oh, baguslah tu .. Sebab kerja pindah ni mana boleh buat sehari dua. Makan minggu jugaklah. Angkut mana-mana yang besar dulu. Masa orang pindah tu pun, rasa penat gila nak mati. Dekat aje. Ini nak ke Melaka, jauh lah sikit...

Itulah. Emak tanya sewa lori 3 tan dengan pekerja sekali ke Melaka satu trip RM550. Ok ke?

Oklah tu sebab dengan pekerja. Siapa pulak nak angkat barang-barang kan? Dahlah barang banyak..

~~~~~~~~~~~~~~

Eheheh.. itulah antara dialog kami anak-beranak. Saya memang selalu call emak. Kalau dulu seminggu 3 kali lebih kurang. Sekarang, sejak ayah takde.. Boleh kata hari-hari saya call emak. Kadang-kadang pagi sekali gayut, petang sekali gayut.. ahhahaa nasib baik tak jadi pape asik gayut je kan.. kahkahkah.. Nasib baik emak tak cakap emak bosan nak cakap ngan saya. 

Rumah emak di Serdang, dah ada orang nak sewa. Saya minta tolong cik abang masukkan dalam mudah.com. Emak dah pening sebab asyik orang call je tanya fasal sewa rumah. Cina lah, India lah, student laaah macam macam orang call emak nak tanya fasal sewa rumah. Sabar jelah. Alhamdulillah. Kadar sewa pun berpatutan. Kalau nak harap emak cari penyewa kang dia kesian, dia bagi orang tu sewa murah-murah kang. Rugilah sebab itu salah satu income emak yang akan berpanjangan kan bila duduk kampung nanti. Ayah takde tinggal duit pencen bulan-bulan. Itu je lah emak nak buat belanja.

Hari ni sedih sikit sebab baca entry di blog Imah.....

Saya bertuah sebab masa zaman sekolah, ayah masih ada. Masih ada untuk teman saya tunggu bas sekolah tepi jalan. Masih ada untuk dengar bacaan dalam solat saya sambil-sambil tunggu bas. Masih ada untuk masakkan air panas setiap pagi (Masa sekolah rendah, saya mandi air panas pepagi. Agak mengada, tapi takpelah kan...) Masih ada masa saya bernikah. Ayah yang nikahkan saya, jadi wali untuk saya. 

Tapi, adik-adik saya? 

Oklah, ada kelas...
Bai..

Sunday, May 30, 2010

Bandar Sauna

Hmm..
Semalam pi balik kampung mak.
Kat Melaka.
Hajatnya nak pi kenduri
dan tengokkan rumah mak ayah
yang tengah duk bina sekarang ni.
(Nanti akan diceritakan di entri akan datang)


Lepas kenduri,
(lantaklah cerita tak ikut urutan pun)
Achik (mak sedara) mintak bawa anak dia, Nurul (sepupu)
pi beli katil leper.
Hape kebendanya katil leper?
Puas dok memikir.
Rupa-rupanya, kalkulator.
(Sabooooo je la makcik aku ini.)
Berdenyut otak kiri duk gelakkan beliau.
HAHAHAH


Ok, kemudian kami menurut perintah.
Membawa Nurul membeli kalkulator
di pekan Masjid Tanah.
Ini ketua rombongan!
=)


Kemudian, tiba-tiba sahaja
kami semua sudah sampai di sini!
Di mana lagi kalau bukan di Bandar Melaka
yang sedari dulu amat terkenal di kalangan kami
dengan kepanasan yang melampau.
Punyalaaaa nekad nak pi sini.
Dah lama tak ke sini.
Katanya, mak orang Melaka.
Boleh kata tetiap tahun raya kat Melaka.
Tapi, kali terakhir jejak Bandar Hilir ni...
mmm.... bila ek? Dah tak ingat!
Maknanya, dah lama sesangat dah.
Mungkin masa tu,
saya tengah duk pakai gaun renda-renda
warna merah jambu sambil
memakai cekak rambut dengan rona yang sama.


Adui.. masa kanak-kanak sangat lagi.
Itupun, ikut Ateh (kakak kepada emak).


Kalau nak harapkan mak ayah, hahaha..
Tak de laaa.. Sebab mereka berdua sedia maklum,
bandar yang ada sekelompok bangunan berwarna merah itu
adalah bandar yang sangat panas.
Jadi kami pun berhenti berharap je laaa..
Hahaha


Kami pasrah!
Sekarang Bandar Hilir masih malah SEMAKIN panas.
Punya laa membahang.
Lalu, kami beramai-ramai
serang pakcik jual air di tepi jalan.
Dan mangsa nya ialah............

Malangnya, pakcik tu tak de duit kecik.
Kena collect laa sorang sikit duit
untuk bayar duit air tebu.
Hahahaha


Muka Imah macam pelik je.
Tapi, beca penuh bunga belakang tu lagi pelik.
Ada yang siap radio.

Cuma yang peliknya.....
pasanglah lagu tradisional ke lagu asli ke.
(eg; Dondang Sayang, Jingling Nona)
Tak payah pasang lagu
Lady Gaga
laaa, Black Eye Peas laaa..
Adui, tak faham konsep [bak kata Icah].


Walaupun panas, masih boleh tersenyum.
Senyumlaaaaa...
Panas makin panas...
Dah macam lepas bersauna dah.
Kepala dan dada dah berdegup kencang.
[kepala berdegup kah?]

Aik?
Abis dah gambar?


Hahah..
Malas laaa nak edit.
Lain kali je laaa ye


Boleh juga kalau nak
tengok kat blog Icah yang
konon-konon nak di private kan tu..
[Tak paham betul aku!]


Tata......

Sunday, March 28, 2010

Basikal Tua

Ini bukan basikal tua ni.
Ini orang tua naik basikal.


Dah.. dah..
Sila laaa turun dan letakkan semula basikal itu
ke tempat asalnya sebelum tayar pecah
atau rim nya bengkok kemudiannya patah!

HAH
HAH
HAH
HA HAH...
(Gelak intonasi tepuk pengakap!)

Na O Mei

Kampung mak saya di Melaka
memang selalu orang datang shooting drama.
Rosyam Noor, kaalu dia shoot yang ada pantai-pantai tu
harus laaaa di sini.
Dengar khabar, isteri nya orang kampung ini juga.


Yang terbaru, drama Na O Mei.
Inilah rumah yang Wan Maimunah tu duduk.
Katanya, tuan rumah dapat RM2000++ untuk 10 hari shooting.


Haaaaa....
ini adalah watak utama drama Na O Mei tuan puan blog!
Jangan muntah ye..
Tahan tau!
ahahahha

Kasi chance laaa ye

Kami nak main
tarik-tarik idung di khalayak ramai...

Konon-konon merakam panorama pantai laaaa tu...

Ini bukan Na O Mei.
Ini Na i Mah.
Hahahahahah

Naim dengan Aidil!
Asyik mandi laut je kerjanya!

Kalau ada DSLR tentu cun gambar ni kan?
Hmmm...
Kang bila ada DSLR kang berungut pulak.
Nak bawa berat-berat kan?

Tak pe zaman laaaaaa ni
DSLR tak berat mana dah.

Saturday, March 27, 2010

Perjalanan Ke Melaka

Seperti dibebelkan sebelum ini,
kami bertolak ke kampung selepas solat Jumaat.
Hujan lebat sangat.
Kami naik satu kereta je dengan ayah.
Sebab tak ramai pun balik.
Mak, Ayah, Aim, Imah, Saya dan Cik abang..

Balik Melaka ikut jalan tah mana tah.
Saya bukannya tahu sangat jalan-jalan ni.
Maklumlah, masuk kereta je kroih..kroih...
mana nak tahu jalan kan? =)


Singgah sekejap kat sini.


Ayah rela tak makan tengahari
sebab nak makan ikan salai kat sini.

Cik abang pun sedap je makan.
Memang favourite dia laaa ikan ikan ni.

Saya dengan mak.
Sama kan?
Cik abang kata, saya rupa macam mak.
Tapi, dalaman macam ayah.
Dalaman ni maksudnya perangai,
kegemaran dan lain-lain laaa....

Kat gerai tu ada kucing.
Saya bukan suka pun kucing.
Tapi, disebabkan kerana haiwan ini lah
saya akan dapat royalti nanti.
So, meh laaaa i tepek gambar u sikit!

Ini laaaa rupa ikan yang di salai.
Sedap ooo..

Siap petai-petai , air asam semua.
Tapi idak laaa saya makan petai.
Saya makan nasi putih dengan kacang botol dengan eh..
Tengok lah kat gambar tu...

Bukan ikan salai je ada.
Burung puyuh salai, daging salai pun ada.
Sedap oi!!

Ikan sungai ni kan, bukan semua makan.
Ada yang tak leh nak makan.
Tapi, kami... sapu je semua!
hihih

Ini buktinya!
Langsai......

Ayah kata, lain kali tak mau singgah sini lagi.
Sebab mahal...
Lauk tak seberapa pun.


Tapi, saya rasa
sangat sedap laaa pulak ikan salai tu.


Monday, December 14, 2009

Abang pergi Bandar Melaka

Lepas naik dari cari remis pagi Jumaat tu, abah ajak cik abang pi round bandar Melaka.
Saya tak ikut serta laaaa sebab saya kan nak tolong mak masak makan tengahari. (hahahahahahhaahhahahahah)
Lepas tu pesan kat cik abang nak FM..
Cik abang terus je beli dua ketul.
Hmmm.... suka!!

Ini abah dan adik ipar saya yang
nak sambung belajar kat Shah Alam tu.

Ini pula, gula-gula hati saya (nama baru kah?)
bersama adik ipar saya juga.
Saya ada ramai adik ipar.
Suami saya anak ke-3 dari lapan adik-beradik.
Maknanya, saya ada 5 adik ipar di belah suami.

Ini adik ipar perempuan yang bongsu
bersama adik ipar yang bongsu!
berlatar belakangkan kapal besar gedabak!

Harap-harap mereka semua seronok
walaupun tanpa saya! ~ayat poyo tahap gaban!

Sunday, December 13, 2009

Remis dicari

Balik kampung. Saya suka!
Tapi, rumah arwah nenek dah buruk, tak de orang jaga..
Kesian....
Sedih dan adakalanya teringat arwah nenek.
Kalau arwah nenek ada sekarang tentu keadaan tidak seperti sekarang!
Pagi Jumaat yang hening,
ramai-ramai turun cari remis.
(sila buat dek je pada seluar tidur saya itu)

Gali.... gali... Jangan tak gali...

Kerjasama mencari remis.
Cik abang kan.. dia kan.. malas nak cari..
Nampak tu.. dia kuis-kuis sikit jek pasir tu.
Tapi bila makan... uiiiiiiiiiiiiii.. bukan main laju lagi..
hahahahha

Ini budak yang bersunat tu.
Sihat dah.
Dah boleh berlari dah.
Tapi, bila Icah balik, dan dan je nak makan suap laaaaa..
apa laaaaa..
Mengada tau.
Lawak je tengok dia ikat kain pelikat tu.
Tapi sebenarnya, lepas mandi baru dia pakai kain tu.
Masa mandi laut, huh.. dia bo*el je.
Tergelak-gelak je orang tengok dia berlari terjun ke laut.


Tengok cik abang saya, dia mengelat tau cari remis.
Dia buat-buat termenung laaaaa apa laaaa...
Dia lupa nak bawa seluar mandi,
jadi dia ke laut dengan kain pelikat saja.
Abah pun lupa bawa seluar trek.
Dia mandi laut dengan kain pelikat je. Lawak tau.

Ini lah gadis-gadis ayu (gadis kah?) yang paling gigih mencari
sampai penuh satu bakul remis.
Yang lain tadi tu, dah tak tahan panas.
Semua dah naik dah... hahaha
Ini sebahagian dari remis itu.
Ada lagi banyak.
Tak sempat nak ambil gambar, terus je habis di'sapu' ...

Ingat satu ketika dulu, masa arwah nenek masih ada.
Ada mat salleh datang tengok kami cari remis.
Siap nak beli satu tempurung RM5.

Arwah nenek suruh mereka cari sendiri.
Yelaaaaa.... cari sendiri laaaaa..
Sebab remis ini akan rasa extra sedap,
kalau kita ambil bahagian dalam acara mencarinya.

Betul tak, bang??
Atau bagaimana?
hahahahhahaha