Apa nak update hari ni?
Semalam sudahlah tak update.
Tak da idea laaaa..
Blog masakan pun tak update.
Apa nak ditulis sebab nya masakan sejak akhir2 ni masakan biasa sahaja.
Ada yang masakan berulang.
Maklumlah saya ni kan tak reti mana nak masak.
Takkan nak buh dalam blog dua tiga kali kan?
Saya rasa macam dah lama tak balik KL.
Kali akhir balik KL pun sekali yang lama tu.
Masa pesta buku tu.
Dua minggu duk di Serdang.
Sampai dah rindu nak tidur kat rumah sendiri.
Tapi, sekarang macam rindu nak balik.
Tambah pula si Icah weng weng tu tengah cuti sem.
So, mana boleh jadi.. Dia je balik rumah. Saya nak juga...
(ada unsur jeles di situ)
Malangnya, sekarang tak boleh sesuka hati lagi.
Cuti pun tak boleh nak sesuka hati, walaupun student tengah cuti kan...
Ada banyak tanggungjawab di tempat kerja.
Batch pertama program saya dah nak daftar hari Ahad ni.
Lepas ni, siaplah nak kena order buku teks, update silibus.
Belum urusan COPPA COPPIA tu lagi.
Siapa yang kerja dengan MQA atau
berurusan dengan MQA, tahulah ape kebendanya tu.
(Harapan saya agar elaun yang telah tertunggak
sejak tahun lepas tu, dijelaskan kepada saya sebaik sahaja program ini dijalankan)
Cik abang pun tak boleh cuti lama.
Kalau dah masuk belajar nanti,
tah bila boleh curi masa nak balik.
Tengah nak duk pujuk2 cik abang ni.
Tapi, dia diam je...
Takpelaaa...
(Pasrah laaa..)
No comments:
Post a Comment