Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 16, 2010

Hari-hari yang biasa sahaja

Pepagi buta dikejutkan oleh sms bapak mertua, suruh pi rumah dia.
Adui laa hai hai hai..
Hehehee...
Tabah betul pak mertua ku itu.
Semalam pergi KL, hari ni balik Tganu semula.
Orang muda pun boleh lembik tetengah jalan wei...
Ah.. malas nak komen.
Itu bapak mertua sudah tidak berapa kuat
nak ulang alik ke hulu ke hilir.
Tengok dia pun, saya rasa kasihan.

Tapi, kadang-kadang.. hhmmmm.. yelah kan..
Orang tua. Untuk anak-anak dia tak kesah.
Mungkin saya tak faham sebab
saya belum tua dan belum ada anak-anak.

Sejak dua tiga menjak ni, macam tak ada apa nak cerita.
Tapi, sebab rindu nak update blog, maka nya tulis je laaa apa pun.

Kelmarin dapat email dari editor,
minta buat penambahbaikan sikit pada manuskrip novel.
Hadui.. liat betul nak baiki!
Dah lama sangat dah terbengkalai mendalah tu.
Terbengkalai bukan sebab kita, tapi sebab kesibukan orang lain.
Takpela... tengoklah macam mana.
Nak suruh co-writer pun dia malas.
Ada kang aku hambik balik 5% kang.
Haahahahhaah...

Hari tu kan ada buat contest siapa pemenang dapat novel baru.
Malangnya, novel itu masih menjadi pekasam.
Belum diterbitkan lagi.
Bukan salah saya!
Saya harap pemenang2 budiman, boleh bersabar ye.
Saya akan tetap tunaikan janji saya.

Haaaaaaaa...
Satu lagi, saya janji
ngan Zura Merry Go Round
nak bagi dia perfume.
Malangnya, sehingga hari ini saya
masih belum sempat nak singgah ke pejabat pos.
Cantik ke kotak tu dah siap-siap nak dipos.
Alaaaahai hai hai..

Nak pi kemas rak buku.
Nak buang apa-apa kertas yang
sudah tak pakai lagi dekat bilik saya ni.
Punyalah lama duduk memeram kat bilik ni,
tak pernah pun kemas.
Khamis hari tu dah kemas dah sikit.
Tapi punyalah banyak, sampai tak sempat siap...
Sambung hari ni lah, kan!

Lepas tu .............
Nak pi siapkan Folio Pengajaran + nak buat modul.
Nak prepare untuk Taklimat Program Keusahawanan Selasa ini.
Nak melangok dak registration counter pukul 1-2.30 petang ni.
Bos kata boleh rehat awal hari ini.

Apa-apa sahajalah.
Ok chow..

2 comments:

Zura Tahir said...

xpelah ain...klau bz postpone lah dulu..

~ain said...

dah siap siap balut dah zura tapi asyik pending je.. nanti ain kasi ek..