Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 9, 2010

"Hanya maut yang dapat memisahkan kita!"

Aku tidak menyesal mencintaimu, yang aku sesali mengapa tidak sedari dulu aku mencintaimu. Sepatah kata ini membuktikan bahawa cintaku cuma satu. Hanya padamu akan kuberikan


Aduh...! Saya macam, "Wak luuuuuuuuuu???"

Saya menulis begini, sebab saya ada terbaca sebuah blog student saya. Saya copy paste dalam blog dia! Ex-student sebenarnya. Belajar tak habis sebab tah apa-apa. Datang kelas tak selalu sangat. At last, kena banned tak leh masuk exam sebab attendance tak cukup 80%.

Blog nya.. adui laaaaa... jiwang miwang, karat marat ... macam tah apa-apa aaa dia ni. Pi kelas malas. Bercinta sakan nak mati. Macam mana ko nak bagi makan anak dara orang oiii kalau diri kau sendiri pun kau tak leh handle. Ko, kelas pun malas pergi! Macam mana nak bagi komitmen bila dah kahwin, dah beranak pinak semua tu?

Hmmm.. mungkin jiwa remaja bergolak kan? Saya pun pernah bergolak macam tu. Bercinta berpisah bercinta.. Biasa laaa kan? Cuma.. kena pandai seimbangkan dengan apa-apa yang lebih utama...

Itu baru couple laa dik non oi... Belum apa-apa lagi. Macam-macam boleh jadi.

Ayat tak boleh blah lagi... "Hanya maut yang dapat memisahkan kita.."

Hi, nampak macam saya ni sangat kekampungan kan? Tak sporting kan? Hahhaha.. lantaklah nak kata apa pun.

"Rilek laaaa, kak! Ko pun bercinta gak dulu." Yelaaaa.. tapi saya tak de laaa tak pi kelas sebab dating. hahhahaha

Saya tak de laaa negatif sangat sampai takleh langsung terima budak2 bercinta ke apa sebab saya pun mula bercinta masa sekolah gak. hahahhaha

Bercinta bukan semestinya bersatu. Common sense laaa tu dik oi..

6 comments:

CkDs AhRa said...

betul tu...ayat tak bleh blah..heheheh...dulu suka gak ponteng kelas sbb p dating..hahah..mujur cpt sedar diri..hahahah

Tihara said...

haah salah tu..komitmen study kena utamakan tapi takleh judge terlalu awal tentang life dia..mana tau satu hari dia berjaya..hihi...sebab Syed Mokhtar Al-Bukhary..tiada segulung ijazah pun tetapi jadi antara org terkaya di Malaysia..

namun tanggungjawab lelaki lebih besar kan..isteri yg bekerja adalah bonus buat suami..

panjang lak akak ngomel2..hikhik :)

"Hanya maut memisahkan kita"

macam keramat bunyi nyer

zh-ena said...

mmg jiwang
time ena bercinta pun dulu tak la jiwang karat smp mcm tu
pelajaran lebih ptg


suka la layout ain yg baru nie :D

~ain said...

ckds.. nak pi dating, pi laaaah .. tp jangan laa ponteng kelas.. sekali sekala, ok.. jangan sampai kena banned masuk exam.. hahaha

~ain said...

kak tihara.. ye, tapi.. kalau skrg pun dia tak boleh jadi contoh pada diri dia sendiri pun... =)

sebab tu lah ain bekerja, sebab nak bagi bonus kat suami... hahahaha

~ain said...

ena.. haaaaaa.. ye.. ye.. tapi kalau nak jiwang gak tak leh laaa nak nolong eh.. mmg ada org ni jiwa dia macam tu sikit kan.. hahahaha

macam2 puisi dikarang sampai kadang2 melalaikan..