Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 26, 2010

Peluang hanya sekali



Hmmm..
borang sudah isi, sudah hantar.
Bos pun sudah tahu. (Harap beliau beri pelepasan kelas hari Ahad @ Khamis)
Kebanyakan rakan sekerja punsudah sedia maklum
tentang application tersebut.
Sebab saya ada minta ada someone tolong isi referee form hari tu.
Lepas tu, habis kecoh satu donia.. Biasa laa kan..
Saya pun semakin hari semakin berdebar jantung menunggu jawapan.


Gilek punya berdebar, beb...
Hati tak tenteram.
Rasa yang pasti menggemparkan! (Macam iklan cekelat apollo tu)


Asyik fikir,
"Kalau aku dapat sambung belajar nanti......"


Pastu sikit-sikit bila nak buat apa-apa,
"Baik aku buat sekarang, nanti kalau aku dah sambung belajar nanti....."


Bila nak pergi mana-mana,
"Abang, kalau owang dapat sambung belajar nanti......"
Boleh kata, kepala otak duk fikir perkara itu aje laaaa.


Tengah mandi pun fikir,
"Eh.. kang kalau aku dapat sambung belajar.. mandi pun tak boleh lama-lama...."
(kadang-kadang saya pun tak tahu apa kaitannya)


Kat office, kejap-kejap duk tanya officemate
pasal pengalaman dia bekerja sambil belajar.
Duduk borak-borak,
tiba-tiba tanya dia pasal text books,
pasal study fees,
pasal medical check up.
berapa possibility saya akan dapat tempat laaaa...
Lepas ni kena hantar kad minta ampun laaa kat
office mate
saya yang sabar melayan kerenah saya. HAHAHAH


Sungguh obses si Ain ni.
Macam baru pertama kali nak masuk IPT.


Teringat dulu masa lepas diploma nak masuk degree.
Tah macam mana saya tak dapat offer letter lagi.
Semua kawan-kawan dah dapat.
Cuak gilek. Macam nak menangis je (hahaha padahal dah menangis dah pun).
Sekali check dalam Student Portal, saya tak berjaya ditawarkan tempat ke IPTA.
Masa tu macam apa je saya rasa.
Ayah siap pujuk segala bagai sebab
mak tak tahu nak cakap apa tengok saya sangatlah frust macam tu.
Ayah siap dah kata,
"Kalau tak dapat, kita cari kolej mana-mana. Jangan sedih.."
HAHAHAH~ agak malu di situ...


Tetiba lagi seminggu nak daftar tu, dapat surat tawaran.
Macam apa je dia punya rasa lega.
Tak tahu nak kata laaaa...


Tapi, sekarang bila saya tanya kebanyakan student saya yang tamat diploma,
"Awak dah isi form nak further degree?" "Awak dah ambil MUET?"

Mereka jawab,
"Tak nak sambung lah, cik! Puas dah belajar?"



APA???!!! PUAS!!!???


Jawapan itu yang buat saya kecewa!
Sebab nanti mereka akan menyesal.....
(macam saya satu ketika dulu)


Apa-apapun, mereka masih boleh survive walaupun tiada degree.
Semoga mereka berjaya!



2 comments:

Anonymous said...

adih has ada sorang berjaya tanpa degree..takat diploma tp gaji dia kalahkan kakak dia yg ada degree??? hehehhe

~ain said...

rezeki masing2.. Allah tak bagi serupa je semua kan.. alhamdulillah dgn kejayaan adik has tu.. tentu dia seorang yang gigih..