Pembaca Blog Ini...

Monday, June 14, 2010

Bukan kena sawan pun

Entah macam mana nak mulakan cerita.
Saya pun tak tahu.


Hmm. pasal interview tu.
Saya memang belum tahu sama ada saya berjaya atau tidak.
But
, according to my friend, as long as ada duit.. semua settle..


Itulah yang jadi isu sekarang.
Mulai semester Julai 2010, mereka sudah perketatkan syarat.
Ada duit 15-17k baru boleh masuk daftar.
Makna kata, bayar semua untuk 2 tahun, baru masuk belajar.
Sebab sebelum ni ramai yang duk tangguh2 yuran, then... timbul masalah lain.


Saya fikir, mungkin belum rezeki saya.
Saya memikirkan untuk apply for PTPTN tapi, tak reliable di situ.
Sebab PTPTN akan bagi per semester.
Saya dah tanya penyelia tu, dia kata mostly orang guna savings atau keluarkan KWSP.
Oh no! Mana boleh. Saya baru je kerja.. (consider baru la)
Akaun kedua tak capai pun 10k rasanya.
Masa tu, engineer TNB yang umur dah nak cecah 40 tahun tu,
dengan confident jawab......
I'll use my savings!

(Ye laaa kan... tentu dia ada savings kan)


Huh lalalalalala.. Saya? Savings? Sikit-sikit tu ada laaa...
Setakat lepas loan satu sem tu boleh laaa nak korek.
Kalau sekali nak keluar 15-17k sedebuk?
Sila jawab dalam hati laaa...
Kalau tak ada jawapan, diam sahaja laaaa....


Loan lain? Payah ... Maklumlah, saya bukan keje gomen
(pak mertua saya kata keje gomen byk duit
(saya tambah dalam hati~dan banyak hutang).. hehehehe)
So
, slip gaji setakat macam saya ni, tidak lah laku....
Nak pinjam 2k pun payah. Hahahha
Nak cari penjamin pulak. Penjamin ni pun satu kerja gak kan.
Kalau babit2 orang ni, kang mengungkit laaa apa laaa..
Duit ni, dengan adik beradik pun boleh putus sedara tau.


Mungkin saya kena tangguhkan lagi niat ini.
Saya kena kumpul duit kasi banyak baru laaa boleh
"Nah! Amik ko sedebuk!" Begitu................
ATAU lepas tu baru saya boleh jawab confidently macam engineer tu
"I'll use my savings!"



Mungkin saya kena cari tempat belajar lain ke apa kan..
Tak frust ke? Gile punya frust. Saya frust sampai rasa nak pi beli kete baru.
(Hambik ko! Nak beli kete baru ada pulak duit)
~Nak beli kete baru tak yah muka sedebuk 15-17k laaaa, sayang!
Tapi kena bayar bulan2.. hhahaha


Tapi, mak kata, mungkin Tuhan nak kasi rezeki lain.
Mungkin ada hikmah lain.
Ayah suruh tumpukan pada bidang penulisan.


Sememangnya kenyataan tidak seindah impian.


Sekarang...


DAPAT KE TAK DAPAT KE.
LULUS KE TAK LULUS KE INTERVIEW HARI TU........
TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA KESAN KEPADA SAYA.


Semalam saya sedih, tapi hari ini tak berapa sedih sangat!
Cik abang pujuk,
"Alaaa.. kalau tak boleh sambung sem ni pun, bukan kena sawan pun!"
Apa kena mengena?

8 comments:

Mama Hanim said...

semua tu ada hikmahnya kan.. ada rezeki lain la tu.. Insya Allah..

Zura Tahir said...

hahahha...ayat last colour merah tue yg xtahan tue...

Sidratul Muntaha said...

ko sedih takper ain
cik ise boleh ler pujuk
aku nih?!
tak thulah..
org tua bkn nak pujuk..
malah dia tak phm pun..
(tgh hibernate sebab kena meroyan stage 4!)
- aku sayu je nih weih.. tak thu naper..
xder semangat.mcm nak mati jer rasanyer.

~ain said...

mama hanim.. ye.. mungkin ada hikmahnya..

~ain said...

zura.. itu mmg tak boleh blah. orang sedih nak nangis pun boleh tergelak

~ain said...

ayu.. kena banyak ingat Allah. masa2 ko macam skrg ni, jangan ikut hati sangat. byk2 istighfar.. Semoga semua akan ok, ye...

azimask said...

tak try mintak UPM ke dear..?

~ain said...

upm jauh.. huhuu