Pembaca Blog Ini...

Monday, July 19, 2010

Masuk hospital

WARNING:
Ini entri meluah perasaan sendiri.
Kalau panjang sangat nak dibaca, ignore je p
un tak apa..


Sebenarnya, laptop saya adalah masuk hospital...
Hospital untuk laptop..
Hehehe.
Kenapa?
Entahlah...
Saya ni kan buta IT sikit..
Masa tengah menaip novel PELIT
sambil-sambil tengok resepi apa tah... tak ingat,
Tiba-tiba ada warning kata laptop saya ada virus..
Banyak, beb..
Kat C je warning tu kata ada 21 virus trojan(macam sabun basuh dah)

Belum lagi kat tempat-tempat lain dalam hard disk tu..

Saya tetiba macam cuak laaa.
Sebenarnya, saya macam fobia tau bila sebut virus.
Sebab dalam fikiran saya virus tu macam benda kecik-kecik lepas tu banyak..
Eeeee... saya memang tak boleh blah kalau benda-benda kecik pastu banyak..
Contoh macam ada semut banyak-banyak ke,
serangga terbang banyak-banyak,
sotong ikan obor-onor dalam laut berenang ramai-ramai ke...
Kadang-kadang beras pun saya geli..
Tapi, makan nasi tak lak geli kan? Mengada..
Tapi, betul laaa..
Kadang-kadang kereta banyak-banyak tengok dari atas pun saya geli...


Eeee.. masa menaip ni pun saya geli gak sebab bayangkan semua tu!


Ok laa.. berbalik cerita warning ada virus kat laptop tadi..
Bila dah kena warning,
saya pun cuak laa.. (ini dah cerita tadi)
Orang yang warning tu (saya tak tahu orang ke apa)
suggest
saya aktifkan apa tah..
Kira macam antivirus laaa.. (kalau tak silap, Security .....(tak ingat) AV)...
Saya nak search sekarang kat google pun saya takut.
Kang dia serang pc kat office ni karang... ahahahaha
(Ini memang tahap gileee punya buta IT.. ah.. lantak)



Saya pun dengan membawa
sentimen fobia ditambah dengan unsur-unsur buta IT

(ada ke istilah ini?) terus click pada warning tu.
Dah tiba-tiba semua program yang
melibatkan internet connection macam crash..
Bila nak click Avira Antivirus pun tak leh..
Huhuhu...
Bayangkan perasaan saya ketika itu.
Sedih sampai hentak-hentak kaki..
(Ini serius.. memang hentak-hentak kaki)
Mahu tak sedih...
Saya tengah ada projek manuskrip
nak disiapkan dalam masa terdekat.
Tiba-tiba laptop buat pasal.


Ok... ok... Ye, saya tahu.. Saya mengaku!
Saya dah menyesal sekarang...
Saya yang buat pasal, bukan laptop..
Patutnya saya tak payah hiraukan pun, warning palsu tu..
kan... kan... kan...?


Kemudian, saya buat tindakan pantas
menyelamatkan folder PENULISAN.
Folder tu masih boleh buka lagi, masa itu.
Saya terus paste semua manuskrip, pruf, sinopsis novel
yang sangat berharga masuk dalam pendrive.
Fuh.. fuh.. fuh... berjaya.
Alhamdulillah! Selamat....


Pendrive macam dah penuh,
lepas tu cik abang suruh copy fail plan building dia
yang tah berapa punya besar...
Saya kata, "Meh laaaa pendrive."
Dia kata, "Alaaa.. abang malas nak pi ambik dalam kereta."
Saya macam dah lah tekanan kan laptop sakit.
Pastu, cik abang alasan tah apa-apa tu lagi.
Saya buat tak tahu je...


(Sebenarnya, saya memang ada copy plan building
yang dia tengah duk buat sekarang.
Tak siap lagi. Payment pun tak dapat lagi..
Saya pun rasa patut minta sikit % ni.
Sebab khidmat saya menyelamatkan fail-fail
yang memberatkan pendrive ni..
Sempat lagi tu menjadi mata duitan)


Lepas tu, sedih....
Tanya PC Clinic kat office ni.
Sebab student dah ramai,
paling awal pun 2 minggu baru boleh settle.
Alaaa.. reformat je kan..
Itu pun lambat ke?
(Ahaaaaaa, cakap pandai!
Kalau hebat sangat, sila laaa reformat sendiri,
Cik Puan Noraini.
Nescaya laptop tu meletup berderai 30 cebisan laaa
kalau saya reformat sendiri)


Ok.. call ayah!
(Ops... bukan call ayah.
Saya call mak minta mak kasitau ayah.
Lepas tu ayah call saya.
Memang laaaa, mak mana reti
nak bagi description kerosakan
bab-bab komputer ni hehehehe)


Ayah suh remove semua program kecuali Microsoft dalam laptop tu.
Buat kerja secara offline.
Sementara balik Serdang dua minggu lagi.
Ayah akan reformat kan..
Adui.... dua minggu?
Dua minggu?
adu du du du du..
hancur luluh hatiku,
terkenang dikau,
jadi keping-keping .. (Terrrrr gurindam pulak)


Tapi..... malam tadi, memang takleh buka langsung laptop.
Asyik restart je..
Eeeee... memang gila laaa..
Rasa nak lekuk je orang (orang ke apa)
yang warning laptop aku ada virus tu..
Jahat betul laaa...
Biar nanti mati masuk neraka.. (hahaha emosional betul)
Memang kritikal laaa penulis yang
ketagih internet kalau tak dapat ngadap laptop.
Sekarang ni pulak ada projek novel PELIT.
Dah janji dengan editor 3 minggu sahaja.
Laptop rosak dua minggu..
Tinggal seminggu...
Memang nahas laaaa wei...
Masak laaaaaaaaaaaaaaa wei.. Masak......


Pagi ni, cik abang baik hati!
(sebab saya dah alihkan fail plan building dia kot.
Tetiba cakap saya comel laaa...
Bertambah sayang laaaaa. tak tersilap pilih isteri laaaaa)

Cik abang volunteer nak tolong
hantar laptop kat mana-mana kedai komputer
di bandar Kuala Terengganu.
Harap boleh siap dalam masa satu hari..


Oh, ya!
Esok (Selasa) Terengganu cuti.
Sempena Pertabalan ke Keputeraan Sultan Terengganu ke apa tah..
Saya tak ambil tahu sangat.
Yang penting, cuti...


Dan yang PALING penting, laptop boleh sihat dalam masa satu hari...
Walaupun tidak meletakkan harapan yang besar,
saya tetap berharap gambar-gambar dalam laptop tu boleh diselamatkan.


Huk Huk Huk..


Ok... Pi kelas dulu..
Daaaaa daaa....
[Panjang juga rupanya entri ini]

9 comments:

Anonymous said...

huhuhu..Has dah pernah terkena. pc kt opis ok. cuak gile. trs call technician ...

~ain said...

memang cuak has... sampai hantak hentak kaki.. tapi itu aksi limited tu, kat opis takleh tunjuk.. hahahaha

Mama Hanim said...

perhhh..mmg panjang giler..hehe..

xpe2, bg laptop tu rehat dlu cukup2 ye ain.. semoga cepat sembuh..kui3..

~ain said...

mama hanim.. hahaha.. meluah perasaan mmg macam tu.. tak sedar tetiba dah berjela bebelan..

tu aaa kalau disuruh senaraikan peralatan yang penat sangat kat rumah tu, jawapannya laptop, peti ais, televisyen dan kipas.. heheh

Sidratul Muntaha said...

ahaha..
laptop mkn tuan!!

~ain said...

ayu.. u make me hurt!!

huk huk huk

n.a.j said...

hi ain...

it's naj-ain here...amat memahami masalh ain..sya pun tak berapa celik IT..mmg bila jadik camni..kita lah paling gelabah tak senang bontot...

Zura Tahir said...

ingatkan sapa masuk hospital...

~ain said...

itulaaaa.. rugi tak amik short course reformat komputer dulu... hahaah