Pembaca Blog Ini...

Monday, July 12, 2010

Opportunity Cost (Kos Melepas)

Puh.. sekejap je dah tengah bulan Julai. Dah tak lama je lagi nak abis tahun 2010. Huh, dah semakin bertambah dah umur saya. Haaaaaaa... saya tak mau laaa cakap apa azam yang telah tercapai dan apa yang masih belum tercapai. Azam baru pun malas nak ulas. Sebab memang banyak lagi yang tak tercapai. Ada yang menyedihkan, ada yang mengecewakan bila peluang dah ada depan mata, tapi dek kerana masalah lain, saya tak boleh meneruskan cita-cita saya buat masa ini. Kena menangguh lagi, sampai laaaa saya boleh jawab, "I'll use my savings for fees purpose" huk huk huk.. sedih betul.


Tapi, saya tetap akan berusaha untuk mencapai wish list yang satu itu. Kalau bukan masa terdekat, saya akan tetap dapatkannya. InsyaAllah....


Sebab saya kecewa dan sedih dek kerana ketidakberjayaan itu, saya perlu menggembirakan hati saya. Saya mesti sentiasa gembira, untuk diri saya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk meng show off kepada sesiapa. Kalau ada yang membaca enti ini, terasa macam saya memburuk-burukkan sesiapa atau menyerang peribadi sesiapa atau mengutuk sesiapa, atau memperkecil-kecilkan sesiapa.... Saya malas nak minta maaf. Sebab itu bukan niat saya. Kalau korang terasa, lantak korang laaa.. Korang sesuka hati memburukkan saya tanpa ada kena mengena.... Apesal lak saya nak minta maaf? Korang ingat korang bagus sangat? Hebat sangat? Belajar turun naik universiti, akal takkan kosong kot, kan? Tolong laaaa.. takkan perkara mudah pun nak kena ajar, beb? Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Senang kan? Mudah kan? Ah.. cukuplah. Malas betul nak kotorkan blog ini dengan perkara tah apa-apa tu.


Haaa.. saya tak sabar nak tunggu beberapa perkara dalam hidup saya. Boleh juga dikatakan dalam hidup kami suami isteri. Iya laaa, cik abang kan teman hidup saya. Hahahha (sekali lagi duk ulang words 'teman hidup')


Pertamanya, tak sabar nak tunggu novel terbaru diterbitkan. Kejap bulan 4, kejap bulan 6, kejap bulan 7. Eh... ni pulak bulan 8. Apa kes laaa ni? Tak pe.. Asalkan kerja saya pada manuskrip dah settle, saya senang hati. Sekarang tengah fikir konsep untuk Young Khalid siri 2. Eh eh.. apa ek.. Hmm.. nak tanya pendapat korang pun malas lagi. Nanti laaaaa, saya buat entri khas untuk minta pendapat gituuuuuuuuu.. heheh.


Keduanya, tunggu sinopsis novel PELIT diluluskan. Dah gatal nak menulis novel PELIT yang pelik tu. Harap-harapnya tidak ada apa-apa masalah. Kalau bermasalah, kena baiki laaa.. Tapi, rasanya (perasan sendiri je ni) memang best juga jalan ceritanya. HAHAHAH. Kalau sekali fikir, macam best je kalau sudah menulis banyak judul. Kalau banyak judul, maka royalti nya juga banyak masyuk. Boleh laaa sambung belajar tahun depan kalau royalti belas-belas ribu kan? (hahahaha.. opsss... terberangan laaaaa pulak!)


Ketiganya, nak tunggu dapat kereta baru yang ada bontot. Payah juga kalau kereta sebuah ni. Pagi-pagi kena kuar sama-sama. Tengahari tak boleh nak pi mana-mana. Petang pulak kena tunggu cik abang jemput. Lepu laaaa duk opis lelama. Tak tahan. Sekali sekala ok laaa, kalau selama-lamanya memang lepu tahap gaban laaa... Harap-harap tak ada masalah juga. Lagipun, kereta lama sudah habis bayar (dah jual dah pun). Jadinya, nama cik abang sekarang sangat clear. Tak ada loan dengan mana-mana bank. Kad kredit pun tak ada. Personal loan pun tak ada. Huh.. jeles betul dengan Mr. Clean yang seorang itu. Bila laaaaa saya nak menjadi Mrs. Clean juga?


Keempatnya, tak sabar menyambut Ramadhan. Cik abang kata dia suka bulan puasa. Sebab malam macam meriah je. Ye laaa... ada solat tarawikh (walaupun kami ni bukan pergi solat tarawikh hari-hari pun. mesti ada yang 'berlubang'). Lepas tu, ada pasar ramadhan. Hahahah Yang suka pi pasar ramadhan ni, saya je.. Akibat kemalasan yang lebih besar dari badannya. Tahun ni, rasanya memang kerap laaa pi melawat pasar ramadhan. Yelah, kereta kan sebuah je. Lagi lambat balik, lagi malas laaa saya memasak. Hahahah.. Tetiba nak salahkan lambat balik pula. Padahal memang malas. Takpelaaaa.. hahahah. Lainlaaa kalau kereta ada bontot dapat cepat sebelum raya kan kan kan? Tak nak berharap sangat, nanti jadi marah. Sebab kalau boleh nak cepat. Pergi kedai, terus beli, dan terus bawa balik. (ko fikir, beli kereta macam beli durian?)


Kelimanya, menunggu hari raya Aidilfitri. Eh.. dah puasa haruslah nak raya kan. Biarlaaaaa kalau puasa tak penuh pun. Itu fitrah seorang wanita kan kan kan? Nanti boleh diganti. Yang pentingnya raya... Tahun ni seronok raya sebab giliran raya di kampung saya. Tahun lepas raya adalah tidak seronok sangat sebab sedih kena bahan dek adik beradik pakcik makcik kat kampung mak sebab saya kena beraya di kampung cik abang. Kemudian digelakkan oleh cik abang. Tahun ini, insyaAllah beraya di rumah mak ayah yang baru siap (siapkah? sempat kah?). Mak ayah sudah gembira tetapi terpancar sedikit rasa kerisauan, takut over budget. Maklumlaaa.. barang buat rumah kan sekarang mahal. Hari tu budget banyak ni, tetiba ter lebih lak budget. Fuh fuh.. tolong doakan rumah mak ayah siap dengan jayanya. Mak, jangan bimbang.. Nanti akanku buat kutipan derma kilat antara adik beradik, untuk siapkan projek langsir hari raya. Hahahah. Langsir je laaaa, nak belikan batu batan semua dah cukup kan mak kan? heheh


Kemuncak keseronokan pada 2010 (ewah.. kemuncak katanya) percutian keluarga. Tak de laaaa jauh mana pi bercuti. Masih dalam Malaysia juga. Dengan famili saya, insyaAllah akan ke Langkawi. Kalau dengan keluarga belah cik abang, khabarnya akan ke Cameron Highland hujung tahun ini. Tah laaaa, tak tahu jadi ke tidak percutian belah cik abang tu. Sebabnya, masing-masing dah ada keluarga sendiri. Payah dah nak kumpul ramai-ramai dalam satu-satu masa yang sama. Takpe... kami tak kesah. Kami berdua je. Senang bawa diri, nak pergi secara adhoc pun kami no hal.. heheheh


Haaaaaaa.. Akhir sekali, tidak sabar nak dapat duit kutu. Tapi, tak gembira sangat sebab kena simpan buat bayar roadtax kereta. Ish.. pakai kereta lembu kan senang. Tak yah bayar roadtax. Tapi, kesian lak kat lembu tu kang. Larat ke lembu tu nak tarik saya ngan cik abang yang ala-ala 200kg ni kalau campur beratnya. hahaahhaha. Ceh... tapi, gembira juga laaaaaa.... Tak yah pening kepala, tak yah korek duit kat Pak Aji (Tabung Haji) untuk bayar roadtax. Selamaaaaaaaat! Bijak.. bijak... hahahah


Sekali lagi, ini bukan entri show off. Ini adalah entri berkongsi kegembiraan. Entri mengajak kita semua bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita. Allah tidak beri kita satu dua kegembiraan, tapi Dia anugerahkan kita anugerah lain yang melimpah ruah. Mungkin Allah tidak beri kita sebanyak atau semacam yang Dia beri pada orang lain, tapi... itulah bahagian kita. Itulah yang terbaik buat kita. Sememangnya, kita mesti bersyukur. Dia nak kasi tu dah kira bagus kan?


Alhamdulillah....
Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.



Dalam ekonomi pun ada ajar jangan tamak. Apa-apapun memang ada kos melepas dalam BI nya orang sebut Opportunity Cost. Kita nak barang A, kita kena lepaskan barang B sebab ketidakcukupan sumber. Haaa.. dalam hal ni, bukanlah nak kata Allah tidak cukup sumber. Kita laaaa tak cukup sumber sebenarnya. Mungkin tak cukup banyak berdoa. Tak cukup banyak bersedekah ke apa ke kan. Itu yang Allah tahan rezeki dan kehendak kita yang masih belum tertunai tu. ~wahhh.. lama tak bersyarah! Kasi panas enjin dulu...

Walahua'lam ..

No comments: