Pembaca Blog Ini...

Thursday, August 19, 2010

Bebelan rambang yang tah ke berapa pun tak tahu.

Sejak Ramadhan ni, memang saya kurangkan berblog. Maklum lah, cerita tak ada sangat. Kang kalau banyak sangat bercerita, banyak pulak silap nya. Dosa pun berkepuk-kepuk..


Selalu update kat FB je. Tapi, itu pun fikir dua tiga kali laaaa baru nak post. Saya macam dah lepu ah dengan semua ni. Bosan.....


Semalam dapat email dari editor. Ada dua perkara:

1) Novel kedua akan terbit selewat-lewatnya sebelum 25 Ogos. Kena semak pruf!


2) Novel Pelit sudah diluluskan pengurus besar. Makanya, harus mula buat manuskrip.

haaaaaaaa... ada 3 sebenarnya..


3) Maria Qibthiyah kena tambah muka surat sebab tiba-tiba nak asingkan buku. Maria Qibthiyah sebuah dan Aisyah R.A sebuah buku. Makanya, royalti akan jadi 100% ke? hahaha Tak habis-habis fikir royalti. Ah, biarlaaa...


Tadi, editor dari PTS call. Meminta saya mempercepatkan semakan pruf. Saya kata, semua dah siap. Cuma malam nanti nak confirm kan dengan imah. Dia nak buat semakan atau tidak. Kalau tidak, malam nanti saya akan terus email pada editor.


Agak lama jugak tidak menulis. Semalam, bila mula menulis semula.. cik abang tak senang duduk. Menyakat saya sana sini.. Dia cakap, "alahai, bosan laaa pulak sayang kena buat kerja. Tapi, bagus juga sayang buat kerja. Tak de aaa sengsara abang kena gigit.!" ~Saboooo je laaa dengan dia punya statement itu.


Saya mengharapkan sokongan dan dorongan cik abang untuk meneruskan aktiviti berkarya. Kalau cik abang tidak restu, macam mana saya mahu teruskan? Saya bertuah kerana ada suami sepertinya. Yang manis, dan dah nak nampak halkum.. Hahahah apa kena mengena? Semalam saya nampak halkum suami saya. Oh, suamiku sudah kurus. Selama ini, halkum malu menyorok di balik awan.. AHAHAHHA ~ Tahniah, abang.. kerana pengawalan makanan sudah menampakkan hasil. Tahniah.. tahniah.... (saya pula yang excited. Tergelak mengekek-ngekek malam tadi) ahahhaha


Saya? hahaha begini laaaa... ada pengurangan sekilo dua... Apa yang ketara, kain sudah sedikit longgar. Sedikit je. Lepas berbuka........ bwek..... ketat ah.. ahhaha. Sepanjang Ramadhan ini (9 hari dah), 6 hari tak makan nasi, 3 hari makan nasi... Setakat ni ini lah yang mampu kami lakukan. Kira ok lah kan... Tengok nasi pun takut.. (tak patut betul)


Persiapan raya? hmm.... baju cik abang je belum beli. Lagi satu benda yang duk tunggu2 menjelang raya ni, tak boleh dapat. Ah, malas nak cerita. Allah tak mau kasi lagi ah tu. Dia suh buat benda lain yang lebih berfaedah dengan rezeki yang ada sekarang ni. Tak mengapa! Walaupun kecewa, tapi orang kata... Kalau kita redho bila tak dapat sesuatu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Ameen ya Allah!


Haaaaaaaa!! Baru beberapa saat tadi.. Seorang student dengan muka blur, datang ke bilik.


"cik.. saya tak ambik lagi kuiz group B"


"kenapa awak tak datang semalam?"


"semalam saya balik!"


Saya dah lah tengah serabut ni, dia datang dengan muka blur tak bersalah.
Geram betul. Nasib baik saya tak tengking budak tu. Dah lah datang masa rehat ni.
Masa ni laaa den berjalan ke alam cyber.. (hahahhaa poyo)


"Kenapa balik?" ~nada dah berubah dah. Sabar lagi... Tak mau marah. Puasa ni....


"Tah, cik! Mak suruh balik. Saya balik laaa"
Yes!! Alasan baiiiiiiiiiiikkk punya!!!!


"Takpe, amik petang kang kuiz dengan group A."


"Terima kasih, cik!"


"Sama-sama" ~hah, nasib baik dia pergi cepat. Nak meletup dah haku tadi.. hahaha


Ok laaaaa.. tata!

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

Lepas berbuka........ bwek..... ketat ah..
ni aku gelak!
ahaha..
wei..copy ayat nmpk?1
xper ain..
redha jer..
janji ikhlas tau!
aku petik dari cerita para pencari tuhan dgn dunia belum kiamat...
sape belakon?
deddy mizwar!!
mantap!
aku tetiba teringat kat bapak aku klu tgk itu abang jack!
aahaha..


*citer indon yg aku suke sebab penuh dgn ajaran islam.
bukan mcm siter sinetron indon lain!
sengal!
sume tak boleh pakai!

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

setuju dgn ayat "Kalau kita redho bila tak dapat sesuatu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik"