Pembaca Blog Ini...

Saturday, August 14, 2010

Berbuka bersama keluarga!

Hari ini hari ketiga puasa.


Kami balik kampung cik abang.
Berbuka ramai-ramai.
Meriah!!


Buat preparation ramai-ramai adalah sangat menyeronokan.


Cik abang jolok kelapa muda, saya kerok isi....
Abah belah kelapa.
Yang lain buat kerja dalam rumah.

Ini hasilnya.
Ada banyak lagi atas dapur.

Ini air tangan saya dan cik abang.
Kerjasama..
Saling memotong bawang, lobak, serai dan segala bagai.
Siakap kukus SIAP!
Dua ekor tau.
Licin lecut semuanya.
Dengan bawang bawang sekali orang sental.
Ikan bakar.
Rempahnya sodap.
Mak kepada biras saya yang buat rempahnya.
Sedap tau.
Masa menaip ni air liur saya duk terkumpul dalam mulut,
sambil teringatkan rasanya yang hebat! (SELEKEH)
Huiiiiii, saya tanya resepi kat biras saya, dia tak tahu.
Heheheh
Takpe.. nanti kalau saya jumpa mak biras saya tu,
memang saya minta resepinya!
Selain lauk di atas, ada lagi satu lauk sedap yang abah masak.
Daging goreng.
Saya meratah berketul-ketul.
Hahaha..
Terliur lagi ni oi!



Saya makan nasi sikit je tau.
Dua senduk. Tak de tambah-tambah.
Bayangkan dua senduk tu sikit laaa tu.
Selalunya saya makan bersenduk-senduk tau.
(Nasib baik tak makan dengan senduk sekali)
Tadi, minum air dua gelas sebelum makan nasi.
Tu yang tak menambah nasi tu.
Kalau tidak, hahahahaha sendiri mau ingat laaa.



Dah dua hari makan nasi ni.

4 comments:

Zura said...

gulppp..

Tihara said...

hahaha..kelakar laa bc en3 ni..tp juadah bbuka tu mmg nampak sedap.aii ni pantang nmpak mknn ..hins :)

~ain said...

zura.. kenapa gulp? lapo ke? hahahah

~ain said...

kak tihara.. heheheh .. kelakar ek? kalau tengah lapar kan kak.. tengok gula2 pun sedap.. heheh