Pembaca Blog Ini...

Monday, August 16, 2010

Memori yang tiba-tiba jadi indah pulak!

Keluarga belah mak saya BESARRRR!
Anak arwah nenek 8 orang.
Menantu 8 laaa sebab belum ada lagi
pak sedara saya yang kahwin lebih dua tiga empat.
Cucu pulak 30 orang. Ke lebih ek? Tak ingat pulak...
Bayangkan betapa riuhnya berbuka puasa bila semua dah balik menjelang raya.


Saya cucu yang sulung-sulung laaaa.
Kalau tak silap saya cucu yang ketiga.
Yang pertama tu lelaki
(kat rumah saya lelaki memang raja. No work work home untuk lelaki)
Yang kedua tu perempuan
(tapi.. dia ala-ala permaisuri. So, memang tak pi jenguk pun dapur)'
Yang ketiga saya...
(pasrah senantiasa)
Sebab tu kena buat semua tu.
Sepupu lain semua kecik lagi.


Kerja-kerja memasak tu, memang mak mak sedara punya kerja laaa kan.
Tapi, kadang-kadang kena panggil juga buat kerja.
Siap kena sound "JANGAN JADI ANAK DARA PEMALAS"
Kengkadang bengang gak.
Asal anak dara tak boleh pemalas.
Asal anak dara je tak boleh pemalas.
Nyampah..
Yang warga lelaki duduk goyang kaki kat beranda
sambil baca surat khabar tu takpe pulak.


Dulu, saya tak suka berbuka puasa ramai-ramai sebab saya rasa amatlah serabut.

Tambah pula, sakit hati sebab
sebelum dan semasa makan tu kena:-
  1. kena bentang tikar,
  2. cari pinggan, cawan semua....
  3. angkat lauk pi hidang,
  4. tuang air untuk 30++,
  5. sendukkan nasi untuk 30++ tu,
  6. kena pi dapur amik lauk tak cukup (memang aku je laa kena amik)
  7. kena hulur-hulur lauk kat orang (nak makan pun tak senang)

Bayangkan, orang lain semua makan dengan tenang dan gelojohnya.
Ahkak asyik duduk bangun duduk bangun
kena mengambil lauk tambah laaaaa,
nasi tambah laaaaaa..
sudu laaaa, cawan laaa...
Sakit.. sakit..
Nak masak nak hidang segala bagai tu
amik masa sejam dua sebelum buka puasa.
Yang tukang makan,
mak aiiiiiiiii lima belas minit dah licin lecut kan semua.
Sakit.. sakit...
(memang bengang laaaaa masa tu. Sekarang pun ada rasa sakit hati sket-sket..)


Lepas makan:
  1. bersihkan tikar
  2. sapu lantai
  3. lap air tumpah
  4. kena bertapa kat dapur untuk cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua semua. (Ini yang paling menyakitkan hati. 8000 kali sakit hati kalau kena gigit nyamuk kat kaki. Masa ni kalau sesapa tegur, memang kena hamun laaaa wei... Bayangkan, masa tengah sakit hati tuuu la ada pulak manusia durjana datang hantar pinggan tak sudah sudah.. Kurang ajar tak? HAHAHAHHAH)

Sekarang ni semua dah tak macam dulu.


Kenapa saya rasa rindu dengan semua tu ye?
(Kalau nenek ada lagi, tentu meriah)

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahahha.
aku rasa org dulu2 kot mamca tu?
skunk ade lagi tpi cam famili laki aku aku..
ko makan..ko basuh sendiri..
siyes..
klu adik beradik aku plak..
dah bahagikan keje..
bile blik kig nenek..
kitaorg tolong n time kemas mmg buat kepala..
bapak aku open..
dia ckp,klu tak puas ati dgn sepupu sendiri..sound jer sbb sume sama taraf.
takde beza laki n pmpuan
tu pasal sepupu laki aku sume anti dgn aku n adik aku.
sbb klu sound mmg kena btg idung sndiri.
nak2 klu jenis duduk goyang kaki.
aku dgn adik aku selalu sound,ingat kitaorg ni hamba abdi ker?!
korang yg bg kitaorg mkn ker?!
mmg panas jer tinga.
tpi mak aku arr selalu segan sbb ade ank dara rajin plus berani tpi mulut laser.
aku?
peduli ape.
janji bapak aku ok.

CkDs AhRa said...

rajinnya..tak sangka ler..hahahahaha

~ain said...

ayu.. aku ni malas nak bising. dari kecik, mmg aku je kena jadi pembantu am bila ramai2 balik kampung. hahaha

~ain said...

ck. itu dulu.. sekarang tidak lagiiiiiiiiii! hahahah