Pembaca Blog Ini...

Sunday, August 15, 2010

Terlajak dan Pemerdagangan Orang...

Malam tadi, punyalah payah nak tidur!
Pusing kiri, pusing kanan..
Semua tak kena! Apa nak jadi ni haaaaaaaaa?
Saya rasa sebab kalau Jumaat Sabtu, kitorang dah banyak tidur..
Bila nak masuk Ahad je jadi payah laaa nak adjust balik waktu tidur tu.
Sabar je laaa.
Cik abang kata sebab kami minum kopi..
Padahal sebelum ni, minum je laaaa apa pun tidur je. Tak de kena mengena.


Tak tahu pukul berapa mata terlelap.
Tapi, terlelap ayam je (ahahha ada ke perkataan ni?)
Lepas tu, kejap je jam berbunyi suh bangun sahur.
Sebelum ni (3 hari yang lepas) asal sahur je, pak mertua kejut bangun.
Hari ni tak ada pula.
Agaknya dia dah malas kot nak call
sebab tahu kitorang reti bangun sendiri.
Berderu-deru call masuk.
Padahal kitorang dah bangun dah pun sahur.
Abah kan.. Dia cepat risau.
Semua anak menantu dia call suh bangun sahur.
Mungkin sebab terlalu lama menjaga anak-anaknya seorang diri,
membuatkan dia teeeeeeeeerrrr lebih concern terhadap anak-anaknya.
Walaupun anak-anaknya udah berbini..
Hahahhahah


Haaaa.. sambung balik.
Jam bunyi pukul 5..
Mata masing-masing macam ada gam.
Cik abang tanya, "Yang, nak sahur tak?"
Saya jawab, "Tak nak!"
Lepas tu saya nampak cik abang bangun amik air kosong.
Saya minta sikit... Lepas tu minum seteguk dua. Terus tidur balik.

Siap mimpi, ada sorang makcik tu...
Dia orang kaya.
Rumah besar, kereta mewah.
Dia ada anak ramai.
Salah seorang anak dia kecik laaa...
Dalam setahun lebih gitu.
Lepas tu, tetiba makcik tu pi mengadu kat mak saya, anak dia hilang.
Tapi, dalam mimpi tu....
Saya dengan adik saya Imah sudah tahu yang sebenarnya makcik tu jahat.
Dia culik anak dia sendiri, lepas tu dia jual.
Dalam mimpi tu, saya dengan Imah
ada ternampak sebuah kereta yang
bonetnya penuh dengan budak-budak kecik, termasuk anak makcik tu.
Siasat punya siasat, rupanya makcik tu penculik budak.
Dalam mimpi tu lagi, Imah ada cakap, "Along, makcik tu melakukan pemerdagangan orang.." Hahahha poyo je Imah dalam mimpi tu.
"Kita kena fikir, Imah..
Macamana kita nak selamatkan budak-budak tu!
Kita tak boleh report polis sebab kita tak ada bukti.. "

Dua kali lima je saya pun poyo dalam mimpi tu....
HAHHAHAHAHAHAHA


Masa tu laaa, cik abang kejut saya.
Pukul 7.30 baru terjaga solat subuh. (SELEKEH)
Alahai... bukan sengaja! Terlajak sudah........
Boleh pulak saya cakap kat cik abang,
"Agaknya kan, bang...
Makcik yang jahat tu kena tangkap tak?
Macam mana dia kena berkas ek?"



Cik abang buat muka confuse je..
HAHAHAHAH.
Nasib abang laaaaa dapat bini macam ni.


Lepas tu, siap-siap terus pi kerja.
Punch in hari ini pukul 8.30 am.
Not bad huh?
HAHAHHA


(Saya tak puas hati betul. Saya nak sangat tahu, makcik tu kena tangkap ke tak...)

3 comments:

lyn said...

salam..saya readers baru..entry ni mmg saya tak tahan..gelak bersungguh2 betol dibuatnya haha..nanti kalau ada sambungan mimpi tu jgn lupa post tau...

paling tak tahan ayat pemerdagangan orang tu hahahhaha

~ain said...

lyn... salam kenal ye.. hahah mimpi tu mainan tidur kan? saya pun pening dgn mimpi yang tah apa-apa ni..

.imah. said...

arghh, ape merepek mimpi along ni.
tak pasal pasal je imah selit.
hahahaha. kenapa tak aim ke, icah ke, apis ke? haha. :P