Pembaca Blog Ini...

Thursday, September 16, 2010

Bebel sikit.. Alaaaa.. sikit je....

Bila dah ramai-ramai ni kan, macam-macam hal laaaa..
Air termanis la, terkurang gula laaa…
Perkara biasa kan?
Tapi, yang sangat menjakikan saya ialah..
Ada seorang makcik tu, siap sound kuat-kuat sampai segenap alam dengar suara dia…
Dia cakap air sarsi tu manis.
Dia tak boleh minum manis-manis.
Ada kencing manis.
Dia siap suruh pi tambah air masak dalam tong air sarsi tu.
Kami pun rasa lah air tu.
Idak lah manis sangat macam dia kata tu.
Sesedap rasa saja lah.
Tak de sivik laaaa makcik tu.
Dah kalau dia tak boleh minum air manis,
takkan dia nak paksa semua orang minum air tawar?
Kok ye pun, minta laaaa air suam ke, air masak ke untuk dia sorang kan?


Ish… ini yang haku tak gemar ni….
Mulut orang tua ni tak reti nak beradab gak kadang-kadang.
Bila orang muda cakap lepas, dia katanya kurang ajar.
Bila orang tua cakap lepas…………… (kira macam beradab lak kot)


Ada lagi cerita, macam biasa….. “Long.. apesal ko jadi macam ni (gemok) long?”
Saya selamba je jawab, “Saya bahagia! Kang kalau saya kurus sangat kang, orang duk kata laki saya tak pandai kasi makan...."


Lagi.. “Ko lagi gemok dari mak ko..”
Saya jawab, “Tunggu saya jadi tua lah, baru saya slim..”


Pastu, ada lagi…. Yang ni lagi sadis.
“Mak aiiiii…. Badan GEMOK…” (Sambil menekankan GEMOK itu….)
Saya jawab, “Saya beli makanan dengan duit saya sendiri. Tak minta duit orang pun. Duit banyak sangat sekarang ni. Ni yang jadi gemuk ni....”


Ada lagi… “Na (mak saya) ini along ke?”~sambil muka tak boleh blah…. Mak saya jawab, “Ye laaaaa.. anak aku kan.. Memang laa macam ni..” ~ See… Masih ramai orang yang kena pi hantar sekolah amik paper Pendidikan Moral laaaaaa walaupun dah tak berapa nak muda lagi.


Tapi, saya tak kesah pun. Saje nak cerita. Ataupun kasi idea kat korang-korang yang selalu disondol dengan kata-kata macam ni. Mulut orang tak boleh nak tutup. Lagipun, mulut dijadikan untuk bercakap. Kalau tak bercakap kang orang kata anti-sosial pulak kang.


Kita menjawab bukan bermakna kita kurang ajar atau tak hormatkan orang tua… Tapi, kadang-kadang kita tak boleh menyerah dan pasrah je bila orang yang tak faham konsep duk membebel kita gemuk laaaa apa laaa…


Kadang-kadang kita kena bagitau juga yang tak elok lah sibuk sangat hal orang kan? Kan? Kan? Mana tau kot dorang lupa kan? Hehehe.. Kadang-kadang makin kita sabar, makin menjadi-jadi mulut kurang ajar tu… Sebab kadang-kadang… Orang yang tegur kita gemuk tu, idaklah kurus pun. Ada yang lebih gemuk dari kita pun ada..


Itu yang kena kasi dorang faham konsep tu. Cuma kita harus kreatif dalam menyusun ayat………..


Sebab kebanyakan orang (terutama orang tua), memang mahukan kita menghormati mereka tak kira dengan kata-kata atau perbuatan. Tapi, tak ramai orang (terutama orang tua) boleh menerima teguran dan menghormati orang lain.


Kita tak boleh salahkan orang tua.. Sebab tanpa mereka siapa lah kita. Lagipun, kita nanti pun akan tua juga. Tah tah kita lagi teruk dari orang tua sekarang….


Peace!!!!!

6 comments:

CkDs AhRa said...

sabo jer lah statement org2 tua nie...

Anonymous said...

hmmm..mmg ramai la ckp pakai lepas aja.. xde tapis2..tp balik raya kali ni has berpuas hati..sbb ramai menegur...ehhh..dah kurus erk?? jom ain..kita usaha lagi ;)


has@honeylanz

Tihara said...

kdg2..diorg jeles je tu ain..org mane leh tgk kita senang...diorg nk tgu jd pape kt kita..pas2 diorg tepuk tgn..akk dh masak perangai org2 mcm ni..kwn2 mak akk ade yg jns camni..ade gak yg jns pandai jaga tutur kata..kita bolh tgk kan air muka org..

~ain said...

ck.. mmg sabo je.. orang tua kan.. tak lama pun idup.. jap jap lagi mati dah.. tak dgr dah aaa mulut cabul mcm tu.. lalalala

~ain said...

has.. memang! usaha mesti terusssssss... wpun jayanya adalah lambat.. hehhe

~ain said...

kak tihara.. tu ah pasal.. macam lah dia bagus sangat kan kan kan?