Pembaca Blog Ini...

Friday, September 3, 2010

Popia Mini Siap!

Haaaaa.. ini dia!
Entri membuat kuih raya.
Mungkin ini entri tunggal.
Lepas ni, memang tak de dah entri buat kuih raya.
Sebab? Terus terang je laaaa.
M.A.L.A.S!



Ini pun sebab cik abang request.
Harap-harap lepas ni, beliau tidak request kuih raya lain.
Dibuatnya beliau mau makan dodol?
Tak nangis ahkak ko ni mengacau dodol kat belakang rumah?
Kenapa belakang rumah?
Sebab itu je kawasan luas yang logik untuk kacau dodol.
Kalau nak kacau laaaa kan..
hahahah



Ini dia bahan-bahan nak buat popia mini tu.



Senang je nak buat.
Tapi, sebab banyak kali buat kerja sama..
Maka nya, bosan!
Namun, dek kerana sayangkan suami.....
(sengaja bold kan)
ku gagahi jua!


Lagipun, cik abang tolong sekali tau.
Gigih dia...


Jangan terperanjat!
Hasil gulungan dia lagi kemas dari yang saya buat.
Maklum sahaja lah..
Dia kan 'orang seni'....
Kerja berhalus ni memang dia boleh buat.


Yang ini, saya buat.
Tak de seni..
Memang ke laut laaaa, beb!
Ah.. janji gulung sudah!!!


Lepas gulung, kena goreng!
Masa goreng ni, mak aiiii bau serunding tu naik.
Lapar kejap dibuatnya......

Siap!
(Ada lagi yang dah masuk dalam bekas dah..)

Beliau tersenyum senang melihat hasilnya seraya berkata,


"Abang beli lagi kulit popia. Kita buat lebih sikit, bawa balik rumah mak.."


Haaaaaa??!!!!
**pengsan**

4 comments:

chugie said...

aduhai.. rajinnye lah akak buat popiah goreng ni.. cam remeh je sy rasa..
tp puas hati kan, sebab banyak hasilnye!

Zura said...

boleh pos ke sg buloh...hehhe

CkDs AhRa said...

nak jugak..hntr umah sewa sy ek...hahahahaha

~ain said...

hahah.. popia ni belum raya dah solosai..