Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 19, 2010

Apa aku dah buat pagi ini?

Assalamualaikum..


Korang buat apa tu?


Saya nak cerita ni haaaa...


Hari ini, bangun udah lewat... Mengelidat bangun turun katil, baju pulak tak iron lagi.. Tension tension kalau terlajak ni! Heheh... tapi nak buat macam mana? Salah sendiri kan? Nasib baik rambut dah wangi (nanti saya cerita pasal ni). Tak payah cuci rambut, tunggu rambut kering segala bagai..


Lepas tu, dah alang-alang lambat tu biar lah terus lambat kan? (boleh tak macam tu?) Memandangkan duit pun dah ada (untuk beli bateri VIVA yang merajuk tu), kami pun pi kedai sparepart beli bateri terus. Melayang-layang RM145 terbang meninggalkan kami. Tapi, sempat laaa kami lambai-lambai duit tu, suh datang balik kat kami bila-bila dia rasa nak datang.. Hahaha.. Adat lah kan? Pakai kereta memang macam tu. Maintainance semua kena tanggung. Dah tu, takkan nak suruh makcik sebelah rumah tanggung pulak kan? hahaha.. Takkan nak pakai bateri jam pulak buh kat kereta kan? heheh


Sesudah beli bateri, terus pi sarapan dulu. Lapar.. lapar... lapar... Kalau lapar, tak boleh berfikir.. Kalau nak berfikir dengan baik, perut tak boleh lapar.. Ada orang kalau perut lapar boleh bikin amuk satu badan. Semua jadi tak kena.. Boleh buat hal sampai jadi kes polis.. hehehe


Lepas sarapan, pi rumah abah amik VIVA... Kesian VIVA.. Rindu VIVA.. Kereta yang mudah dan menjimatkan. Saya tak berani lagi nak parking kat tempat sempit dengan WUH. Yelah, selama ni naik kereta comel.. Parking sangatlah mudah pun saya tak berapa expert. Dulu masa ujian memandu dengan JPJ tu lulus pun sebab ada kiraan kan? Kalau nak agak2 memang lapan ploh kali laaa amik ujian parking tu tak lepas-lepas.. hahahha


Jadi, saya pun minta tolong cik abang parking kan untuk saya. Sayang sungguh cik abang kat saya (atau sayangkan kereta, takut calar balar terguris sana sini?) Cik abang bawa WUH sampai ke dalam ruang parking opis. Parking sesiap.. Saya bawa VIVA. Lepas tu, dia amik barang dia, saya amik barang saya... Tukar kereta.. Heheh.. Balik karang, saya bawa WUH slow-slow... Serius! Saya memang pemandu amatur.. Tapi, saya akan belajar mahirkan diri.. (Lesen dah full dekat 4 tahun, tapi masih macam orang baru belajar bawa kereta. Apalah nak jadi si Noraini ni...)


Mulai hari ini, cik abang akan guna VIVA untuk berulang alik ke tempat kerja. Nak bawa WUH, tapi dia terasa macam kopak sket la.. Kalau VIVA petrol RM10 je pi balik setiap hari. Kalau WUH, kurang-kurang RM20.. Kalau round bandar, mahu RM25.. Saya kerja dekat je, dengan rumah. Kalau isi RM30 boleh pakai seminggu lebih kot, kalau setakat pi balik kerja je..


Hehehe.. Tapi, betul la equation nya kan? Kereta lebih besar, enjin lebih besar, lebih besar belanja. Itulah harga keselesaan... Lumrah alam!



No comments: