Pembaca Blog Ini...

Sunday, October 3, 2010

Apa yang menarik!



Sebenarnya, rasa macam terlalu awal je nak buat entri pasal ni.
Tapi, tak kesah laaaa..
Buat je laaa.
Awal ke lambat ke sama je kan kan kan?


Dah masuk bulan Oktober dah ni.


Kami (saya sekeluarga) sudah merancang sebuah percutian keluarga ke Langkawi.
Saya pernah bagitau dalam blog ni.
Ayah dah booking tiket sejak lepas balik Sabah dulu.
Bayangkanlah sudah nak masuk setahun dah..
Hehehe..
Semangat percutian keluarga gitu.........


Mula-mula saya budget nak pi bercuti ke Langkawi guna duit royalti.
Tapi, sekarang royalti pun dah tinggal habuk-habuk je..
Maklum sahaja, saya ingatkan royalti dapat hujung-hujung tahun.
Sekali PTS baik dan hebat membayar royalti cepat pulak.
Heheh.. Tak pe aaa..
Tak usah risau tentang itu.
Flight ticket dah ada.


Kami ke LCCT 27hb pagi buto flight pukul 8.30am.
Flight ke LCCT dari Tganu ni, ada dua kali je sehari.
Itu je flight pagi dari Kuala Terengganu ke LCCT.
Hahhaa.. mau lepas subuh tak tidur dah terus gerak ke Kuala Terengganu.
Minta tolong adik ipar hantar ke airport.
Kalau dia tak mau anta, haku culik anak dia...
hahahahha **tak kuasek**


Kena tunggu diorang (mak ayah adik2 semua) sampai LCCT.
Flight ke Langkawi, pukul 2 petang kot kalau tak silap.
Jenuh juga kot nak menunggu dari pukul 9 pagi tu sampai ke pukul 2 petang.
Kena bawa laptop laaaaaaaa (bateri kasi full)


Berada di Langkawi dari 27hb (ptg) sampai 29hb (balik LCCT pukul 11.45 malam kot).
**Pengsan**
Sape pulak nak anta balik ke Serdang.
30hb kami balik ke Terengganu.
Kalau ada WUH, balik naik WUH.
Kalau tidak, flight ticket dah book 30hb jam 8 malam.


Begitulah, secara kasar jadual perjalanan.
Tapi, mana nak pi masa kat Langkawi tu belum fikir lagi.


Membeli belah ke apa ke pun belum fikir lagi...


(Family cik abang pun ada organised pi bercuti sekeluarga. Tapi, tah laaaaaaaaa.. Kelihatan seperti dull dan masing-masing tidak ada semangat nak pergi. Biasalaaaa, bila masing-masing ada keluarga sendiri, ada komitmen sendiri, payah nak kumpul ramai-ramai. Tapi, bagi saya.. itu bukan alasan. Sebab perancangan adalah dibuat awal. Kena lah duduk berbincang sama-sama. Barulah kata sepakat dapat dicapai. Lagipun ,siapalah kita tanpa keluarga kan kan kan?)


4 comments:

Nurhayati said...

bestnye dapat gi holiday ramai2. yati lama giler tak berholiday bersama parents dan pil.. insyaAllah mesti best.. nak2 bersama orang yg tersayangkan. :)

Tie HT said...

best nye..akk tk sempat nk g memana dah..tambah pulak mak tk sihat ni

~ain said...

yati.. insyaALLah nanti adik Zara dah besooo sikit bolehlaaa nak pi holiday2 lagi kan... =D

~ain said...

kak tihara.. takpe kak.. dapat jaga ma yang sakit tu merupakan nikmat juga.. InsyaAllah akan diberkati Allah.. Ameen..