Pembaca Blog Ini...

Wednesday, October 6, 2010

Gelap gulita hidupku enam hari seminggu!

Cik abang call semasa saya dalam dewan menilai pembentangan pelajar.
Saya tidak menjawab panggilan itu kerana handphone adalah dalam silent mood.


Saya menelefon beliau semula apabila selesai urusan dalam dewan.


"Abang dapat kerja lebih baik di Kuantan."


"Hmmm... jadi?"


"Projek besar bla bla bla ratus juta juta juta bla bla bla.."


"Ooooo.."
~macam malas nak layan. Ada ke nak pi kerja kat Kuantan.
Nak tinggal ahkak lagi..



"Kerja enam hari seminggu. Satu hari je cuti"


"Nak pergi ke?"


"Tengok dulu macam mana keadaan. Lambat lagi nak mula. Bulan dua"
~tapi, intonasi dia macam excited.
Maklum sahaja projek ratus-ratus juta


Kalau beliau jadi pergi, maka..
Hidupku penuh kegelapan laaaaaaaaa....



Tapi, kalau itu semua memberi peluang untuk beliau menambah
pengalaman,
kemahiran
dan terus maju dalam karier,
saya redho!
(Nanti dah kaya, jangan lupakan saya!)
Hahahahah


Semoga ada hikmah atas segala yang terjadi!